{"id":40811,"date":"2026-10-02T09:30:09","date_gmt":"2026-10-02T01:30:09","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40811"},"modified":"2026-10-02T09:30:12","modified_gmt":"2026-10-02T01:30:12","slug":"program-sulam-the-art-of-manicure-perkasa-kemahiran-komuniti-melalui-pembelajaran-berasaskan-perkhidmatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/10\/02\/program-sulam-the-art-of-manicure-perkasa-kemahiran-komuniti-melalui-pembelajaran-berasaskan-perkhidmatan\/","title":{"rendered":"Program SULAM &#8220;The Art of Manicure&#8221; Perkasa Kemahiran Komuniti Melalui Pembelajaran Berasaskan Perkhidmatan"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Muhammad Hidayat Hasbullah, Muhammad Isyraf Firdaus Hassim &amp; Dr. Farah Najwa binti Ahmad Puad<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Hulu Selangor, 13 Jun<\/strong> \u2013 Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh peranan sebagai agen perubahan masyarakat menerusi penganjuran Program SULAM: <em>The Art of Manicure \u2013 Beauty Begins at Your Fingertips<\/em> di Pusat Komuniti Desa Sungai Gumut, Kampung Sungai Gumut Tambahan, Kalumpang, Hulu Selangor. <\/p>\n\n\n\n<p>Program pembelajaran berasaskan perkhidmatan (<em>Service Learning Malaysia-University for Society, SULAM<\/em>) ini memberi fokus kepada pembangunan kemahiran asas penjagaan kuku dan keusahawanan kepada komuniti. <\/p>\n\n\n\n<p>Program tersebut dijayakan oleh 22 mahasiswa Kursus Terapi Estetik dari Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), UPSI dengan penyertaan seramai 40 orang komuniti setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan SULAM yang menggabungkan pembelajaran akademik dengan khidmat kepada masyarakat. <\/p>\n\n\n\n<p>Melalui pendekatan ini, mahasiswa berpeluang mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam kursus Terapi Estetik secara langsung kepada komuniti. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara objektif utama program ialah memberi pendedahan mengenai asas rawatan manicure, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kuku secara profesional serta berkongsi pengetahuan berkaitan kesihatan dan kebersihan kuku. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, program ini turut membantu mahasiswa memperkukuh kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan dan pengurusan program melalui interaksi bersama masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang program berlangsung, peserta mengikuti pelbagai aktiviti seperti sesi pengenalan asas manicure, anatomi dan fisiologi kuku, penyakit kuku, pengenalan bahan serta peralatan manicure, demonstrasi amali dan sesi penilaian. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengisian berbentuk teori dan praktikal ini berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif serta memberikan pengalaman baharu kepada peserta. <\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman yang diterapkan melalui program SULAM ini membolehkan mahasiswa menghubungkan teori dengan amalan sebenar di samping mengukuhkan hubungan antara universiti dan komuniti melalui pemindahan ilmu yang bermanfaat.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"439\" height=\"291\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-5.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40813\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-5.png 439w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-5-300x199.png 300w\" sizes=\"(max-width: 439px) 100vw, 439px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"439\" height=\"329\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-4.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40814\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-4.png 439w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-4-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 439px) 100vw, 439px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"497\" height=\"331\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-4.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40815\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-4.png 497w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-4-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 497px) 100vw, 497px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, Program SULAM: <em>The Art of Manicure \u2013 Beauty Begins at Your Fingertips<\/em> telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan jayanya. Program ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan keyakinan komuniti dalam aspek penjagaan kuku, kebersihan diri serta membuka perspektif baharu terhadap bidang terapi estetik sebagai satu kemahiran yang bernilai. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa yang sama, program ini menjadi platform kepada mahasiswa untuk mengasah kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan, pengurusan program dan profesionalisme. <\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan program ini sekaligus memperkukuh aspirasi UPSI dalam melahirkan graduan yang holistik, berdaya saing dan mempunyai nilai tanggungjawab sosial melalui penglibatan aktif bersama masyarakat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Muhammad Hidayat Hasbullah, Muhammad Isyraf Firdaus Hassim &amp; Dr. Farah Najwa binti Ahmad Puad Hulu Selangor, 13 Jun \u2013 Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh peranan sebagai agen perubahan masyarakat menerusi penganjuran Program SULAM: The Art of Manicure \u2013 Beauty Begins at Your Fingertips di Pusat Komuniti Desa Sungai Gumut, Kampung Sungai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40812,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[172],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40811"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40811"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40811\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40816,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40811\/revisions\/40816"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40812"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40811"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40811"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40811"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}