{"id":40980,"date":"2026-10-09T16:19:26","date_gmt":"2026-10-09T08:19:26","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40980"},"modified":"2026-10-09T16:19:28","modified_gmt":"2026-10-09T08:19:28","slug":"penganjuran-anugerah-akademia-bitara-2025-akira-2025-untuk-menghargai-jasa-dan-sumbangan-ahli-akademia-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/10\/09\/penganjuran-anugerah-akademia-bitara-2025-akira-2025-untuk-menghargai-jasa-dan-sumbangan-ahli-akademia-upsi\/","title":{"rendered":"PENGANJURAN ANUGERAH AKADEMIA BITARA 2025\u00a0 (AKIRA 2025) UNTUK MENGHARGAI JASA DAN SUMBANGAN AHLI AKADEMIA UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh ZAINA HAFIZA MOHD ZAMRI<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 7 Oktober 2026<\/strong> &#8211; Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh budaya kecemerlangan akademia, penyelidikan dan inovasi menerusi penganjuran Anugerah Akademia BITARA (AKIRA) 2025, yang menghimpunkan pengiktirafan terhadap pencapaian warga akademik serta penyelidik universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>AKIRA yang merupakan gabungan Anugerah Akademia UPSI (A2U) anjuran Pusat Pembangunan Akademik (PPA) dan Anugerah BITARA Penyelidikan dan Inovasi (AURA) anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC), berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran AKIRA 2025 bukan sekadar menjadi wadah penghargaan kepada warga akademik dan penyelidik yang mencipta kecemerlangan, malah mencerminkan komitmen UPSI dalam memartabatkan kesarjanaan, memperkasa budaya inovasi serta melonjakkan pencapaian universiti ke peringkat nasional dan global.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis tersebut turut diserikan dengan peluncuran Big Ideas dan Research Sustainability Fund (RSF), yang menjadi antara inisiatif strategik universiti dalam memperkasakan idea kreatif serta memastikan kelangsungan aktiviti penyelidikan yang berimpak tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran AKIRA 2025 juga bertepatan dengan sambutan Hari Akademia UPSI, sekali gus menjadi platform untuk meraikan sumbangan dan pencapaian warga akademik dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan pengkomersialan.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih daripada sekadar sebuah anugerah, AKIRA menjadi pemangkin kepada warga akademik untuk terus meningkatkan produktiviti, memperkukuh kualiti penyelidikan dan menghasilkan inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat serta negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi,\u00a0 Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, yang menyifatkan penganjuran AKIRA bukan sekadar acara penghargaan, sebaliknya mencerminkan aspirasi kolektif dalam membina insan berilmu, berdaya saing dan berjiwa MADANI.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, pengiktirafan yang diberikan kepada warga akademik bukan semata-mata atas peranan mereka sebagai pendidik generasi masa hadapan, tetapi turut menuntut ketelitian dalam penyelidikan, kejujuran dalam kesarjanaan dan kesabaran dalam membimbing pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan sama, Big Ideas diperkenalkan sebagai platform bagi mencungkil, menggilap dan memperkasakan idea-idea inovatif yang lahir daripada kreativiti warga universiti. Inisiatif tersebut diharap dapat mengembangkan idea berpotensi tinggi sehingga mampu menghasilkan penyelesaian yang memberi impak kepada masyarakat dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Research Sustainability Fund (RSF) pula berperanan sebagai mekanisme sokongan kewangan dalaman bagi memastikan kesinambungan aktiviti penyelidikan universiti melalui pengurusan dana yang lebih strategik dan terancang.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff, berkata pencapaian UPSI dalam Times Higher Education World University Rankings by Subject 2026, apabila universiti berada pada kedudukan 101\u2013125 dunia bagi bidang Pengajian Pendidikan, merupakan satu pengiktirafan penting terhadap kecemerlangan UPSI dalam bidang pendidikan. Pencapaian tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukan UPSI sebagai antara institusi pendidikan tinggi yang menjadi rujukan dalam bidang pendidikan dan inovasi, bukan sahaja di peringkat nasional, malah di persada global.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengiktirafan berkenaan turut membuktikan keupayaan warga akademik dan penyelidik tempatan dalam menghasilkan penyelidikan berkualiti serta inovasi berimpak, selaras dengan aspirasi UPSI untuk terus memperkukuh kedudukan universiti dalam penarafan antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebanyak 30 jumlah anugerah AKIRA yang melibatkan Katogeri Utama sebanyak 10 anugerah, 8 penerima Katogeri Kebitaraan Pusat Tanggung jawab (PTj), 6 Katogeri Kecmerlangan Akademia &nbsp;dan 6 Anugerah Khas Penyelidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut dierkenalkan buat julung kalinya ialah Anugerah untuk Pemenang Pertandingan Big Ideas dan Research Sustainability Fund (RSF) yang menyaksikan seramai 7 pemenang menerima pengiktirafan atas idea para penerima.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"820\" height=\"547\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-23.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40982\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-23.png 820w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-23-300x200.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-23-768x512.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-23-600x400.png 600w\" sizes=\"(max-width: 820px) 100vw, 820px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"404\" height=\"606\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-17.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40983\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-17.png 404w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-17-200x300.png 200w\" sizes=\"(max-width: 404px) 100vw, 404px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"437\" height=\"612\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-17.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40984\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-17.png 437w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-17-214x300.png 214w\" sizes=\"(max-width: 437px) 100vw, 437px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Bagi usaha menghargai komitmen dan kecemerlangan dalam menyelaras, menyediakan dan mengurus data MyRA bagi menyokong peningkatan prestasi MyRA, sebanyak 5 pusat tanggungjawab menerima anugerah khas yang diperkenalkan menerusi AKIRA 2025. Kemuncak majlis turut menyaksikan Fakulti Sains Kemanusiaan diumumkan sebagai penerima Anugerah Fakulti Terbaik, sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan fakulti berkenaan dalam aspek akademik, penyelidikan dan pembangunan pelajar sepanjang tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan UPSI adalah hasil kesatuan hati dan usaha seluruh warga. Setiap pencapaian yang kita raih ialah hasil kerja kolektif dalam memartabatkan Ibu Kandung Suluh Budiman di persada dunia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis berprestij itu diadakan bagi menghargai kecemerlangan akademik dan sumbangan warga UPSI, dengan kehadiran pengurusan tertinggi universiti, penerima anugerah serta tetamu kehormat dari pelbagai agensi dan institusi pendidikan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh ZAINA HAFIZA MOHD ZAMRI TANJONG MALIM, 7 Oktober 2026 &#8211; Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh budaya kecemerlangan akademia, penyelidikan dan inovasi menerusi penganjuran Anugerah Akademia BITARA (AKIRA) 2025, yang menghimpunkan pengiktirafan terhadap pencapaian warga akademik serta penyelidik universiti. AKIRA yang merupakan gabungan Anugerah Akademia UPSI (A2U) anjuran Pusat Pembangunan Akademik (PPA) dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40981,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[250,144],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40980"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40980"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40980\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40985,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40980\/revisions\/40985"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40981"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40980"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40980"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40980"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}