{"id":40987,"date":"2026-10-12T09:04:54","date_gmt":"2026-10-12T01:04:54","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40987"},"modified":"2026-10-12T09:04:55","modified_gmt":"2026-10-12T01:04:55","slug":"edu-forest-upsi-mdtm-bersatu-jayakan-kejohanan-muallim-ultra-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/10\/12\/edu-forest-upsi-mdtm-bersatu-jayakan-kejohanan-muallim-ultra-2026\/","title":{"rendered":"Edu-Forest UPSI, MDTM Bersatu Jayakan Kejohanan Muallim Ultra 2026"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh Afifah Adriana Aznan<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 10 Oktober 2026 \u2013<\/strong> Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dengan kerjasama penganjur All Trail Project Management telah menganjurkan kejohanan larian denai berprestij, Muallim Ultra 2026 (MUTRA 2026) Edisi Ke-5, yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 10 Oktober 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi memantapkan penganjuran kejohanan yang membawakan tema &#8220;The Forbidden Passage&#8221; ini, pihak MDTM telah menjalin kerjasama strategik bersama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi memanfaatkan kawasan Edu-Forest UPSI sebagai antara lokasi utama program.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran MUTRA 2026 bertujuan menyemarakkan sukan larian gunung di Malaysia menerusi pengenalan laluan denai baharu, di samping menjadi platform berkesan bagi mempromosikan industri eko-pelancongan Daerah Muallim selaras dengan penjenamaan \u2018Adventure Muallim\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejohanan ini menampilkan pelbagai kategori jarak larian merangkumi 50km, 30km, 15km, dan 5km yang merentasi kawasan bercabaran tinggi seperti laluan Gunung Liang, Diamond Creek, serta fasiliti Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN). Bagi menjamin keselamatan dan kelancaran kejohanan, kawasan checkpoint di Edu-Forest UPSI turut disediakan dengan kawalan serta petugas urus setia.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas mengenai acara berkenaan, Prof. Dato\u2019 Dr. Md. Amin bin Md. Taff, Naib Canselor UPSI, yang juga pakar dalam bidang sukan lasak menekankan bahawa acara larian ketahanan memerlukan persediaan holistik.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sukan larian denai seperti Muallim Ultra 2026 bukan sekadar ujian fizikal, malah menuntut ketahanan mental dan pengurusan risiko yang rapi. Dari sudut sains sukan, acara ini menguji daya tahan kardiovaskular serta disiplin atlet mendepani laluan mencabar,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain UPSI, kejohanan eko-pelancongan sukan ini turut mendapat sokongan penuh daripada pelbagai agensi kerajaan dan pentadbiran tempatan, termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Muallim, Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Tourism Perak, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBPTM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan INSTUN.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"431\" height=\"766\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-24.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40989\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-24.png 431w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-24-169x300.png 169w\" sizes=\"(max-width: 431px) 100vw, 431px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pelepasan Muallim Ultra Run 2026 di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"454\" height=\"806\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-18.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40990\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-18.png 454w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-18-169x300.png 169w\" sizes=\"(max-width: 454px) 100vw, 454px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Checkpoint di Edu-Forest UPSI<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"454\" height=\"806\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-18.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40991\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-18.png 454w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-18-169x300.png 169w\" sizes=\"(max-width: 454px) 100vw, 454px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Checkpoint di Edu-Forest UPSI<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pengarah UCTC UPSI, Prof. Dr. Mohd Azlan Nafiah berkata, pihak universiti amat menyokong usaha kolaboratif ini demi merancakkan lagi pembangunan eko-pelancongan daerah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pihak UCTC UPSI amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada penganjuran Muallim Ultra 2026. Penglibatan Edu-Forest UPSI bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta menikmati khazanah alam universiti, malah memperkukuh sinergi antara universiti dan pentadbiran tempatan demi kemajuan komuniti,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sinergi antara agensi tempatan dan institusi pengajian tinggi ini dijangka berupaya merancakkan lagi ekonomi setempat serta memartabatkan daerah Muallim sebagai hub sukan lasak dan eko-pelancongan pilihan utama.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh Afifah Adriana Aznan Tanjong Malim, 10 Oktober 2026 \u2013 Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dengan kerjasama penganjur All Trail Project Management telah menganjurkan kejohanan larian denai berprestij, Muallim Ultra 2026 (MUTRA 2026) Edisi Ke-5, yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 10 Oktober 2026. Bagi memantapkan penganjuran kejohanan yang membawakan tema &#8220;The Forbidden Passage&#8221; ini, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40988,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[245,103],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40987"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40987"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40987\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40992,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40987\/revisions\/40992"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40988"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40987"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40987"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40987"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}