{"id":41094,"date":"2026-10-13T11:53:28","date_gmt":"2026-10-13T03:53:28","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=41094"},"modified":"2026-10-13T11:53:30","modified_gmt":"2026-10-13T03:53:30","slug":"bengkel-tatacara-dan-etika-calon-mpp-sidang-2026-2027-perkasa-kewibawaan-pemimpin-mahasiswa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/10\/13\/bengkel-tatacara-dan-etika-calon-mpp-sidang-2026-2027-perkasa-kewibawaan-pemimpin-mahasiswa\/","title":{"rendered":"Bengkel Tatacara dan Etika Calon MPP Sidang 2026\/2027\u00a0Perkasa Kewibawaan Pemimpin Mahasiswa"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Nur Anisah Alia Zahari<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 12 Oktober 2026<\/strong> \u2014 Bagi memastikan kelancaran dan ketelusan proses pemilihan kepimpinan mahasiswa di peringkat universiti, Campus Election Organization (CEO) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Bengkel Tatacara dan Etika Calon<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang 2026\/2027 yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Oktober bertempat di Kalumpang Resort &amp; Training Centre.<\/p>\n\n\n\n<p>Matlamat program ini adalah untuk memberikan pendedahan menyeluruh dan bimbingan berstruktur kepada para calon Majlis Perwakilan Pelajar UPSI mengenai garis panduan kempen, etika kepimpinan, serta peraturan tatatertib sepanjang tempoh pemilihan berlangsung. Langkah proaktif anjuran CEO UPSI ini penting bagi membentuk pemahaman yang tepat tentang prinsip integriti dan peraturan pemilihan, sekali gus memupuk amalan berdemokrasi yang sihat, berhemah dan profesional di kampus.<\/p>\n\n\n\n<p>Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof. Dr. Norkhalid bin Salimin, yang meluangkan masa bersama calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar pada hari kedua bengkel. Kehadiran beliau membuktikan sokongan berterusan pihak pengurusan universiti terhadap pembangunan sahsiah mahasiswa serta menyantuni barisan bakal calon yang menyertai program tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang tiga hari bengkel dijalankan, para peserta didedahkan dengan pelbagai sesi taklimat terperinci, sesi soal jawab, serta perkongsian interaktif berkaitan prosedur pemilihan dan etika yang perlu dipatuhi. Inisiatif ini membolehkan para calon bertukar pandangan serta memahami dengan jelas peranan dan tanggungjawab yang digalas sebelum melangkah ke fasa pemilihan rasmi.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sekadar tertumpu kepada taklimat teori semata-mata, bengkel ini turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti khusus bagi melihat sejauh mana tahap kualiti kepimpinan dan daya keketuaan dalam diri setiap calon. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, para peserta diuji dari segi kebolehan berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, ketahanan emosi, serta keupayaan membuat keputusan secara rasional dalam situasi yang mencabar.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"497\" height=\"352\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-39.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41096\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-39.png 497w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-39-300x212.png 300w\" sizes=\"(max-width: 497px) 100vw, 497px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>\u00a0Prof. Dr. Norkhalid bin Salimin menyampaikan amanat beliau \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"364\" height=\"245\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-32.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41097\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-32.png 364w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-32-300x202.png 300w\" sizes=\"(max-width: 364px) 100vw, 364px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Pengagihan Buku Panduan &amp; Peraturan<\/em> <em>PMPP kepada calon<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"354\" height=\"247\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-32.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41098\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-32.png 354w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-32-300x209.png 300w\" sizes=\"(max-width: 354px) 100vw, 354px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Penerangan\u00a0 Buku Panduan &amp; Peratura<\/em>n <em>PMPP oleh En. Muhammad Aminuddin<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pendekatan holistik ini membolehkan para calon mengenali potensi diri masing-masing dengan lebih mendalam di samping membentuk semangat kerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain, walaupun bakal bersaing secara sihat dalam gelanggang pemilihan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan CEO UPSI selaku badan pelaksana dalam memastikan seluruh proses Pemilihan MPP Sidang 2026\/2027 dapat dilaksanakan secara telus, adil, teratur dan harmoni demi melahirkan barisan kepimpinan mahasiswa yang berwibawa.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Nur Anisah Alia Zahari TANJONG MALIM, 12 Oktober 2026 \u2014 Bagi memastikan kelancaran dan ketelusan proses pemilihan kepimpinan mahasiswa di peringkat universiti, Campus Election Organization (CEO) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Bengkel Tatacara dan Etika Calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang 2026\/2027 yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 hingga 11 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":41095,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[222],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41094"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41094"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41094\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41099,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41094\/revisions\/41099"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41095"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41094"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41094"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41094"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}