{"id":41126,"date":"2026-10-14T12:09:44","date_gmt":"2026-10-14T04:09:44","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=41126"},"modified":"2026-10-14T12:09:45","modified_gmt":"2026-10-14T04:09:45","slug":"pawaka-sakti-serlah-dominasi-rangkul-gelaran-juara-pestari-2-0","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/10\/14\/pawaka-sakti-serlah-dominasi-rangkul-gelaran-juara-pestari-2-0\/","title":{"rendered":"PAWAKA SAKTI SERLAH DOMINASI, RANGKUL GELARAN JUARA PESTARI 2.0"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Suria Afiqah Ahmad Rosdi<\/p>\n\n\n\n<p>TANJONG MALIM &#8211; Jika Pesta Tari (PESTARI) 1.0 anjuran Persatuan Moral (PERMOR) menjadi medan mengenal luka dan menimba pengalaman, PESTARI 2.0 pada 16 Jun 2026 pula hadir sebagai pentas membalas segala keraguan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pawaka Sakti Entertainment, sebuah produksi tarian yang dipimpin oleh koreografer, Mohamad Faiz Iqmal Mohtar, membuktikan bahawa kekalahan bukan noktah sebuah perjuangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya koma yang memberi ruang untuk sebuah kebangkitan. Daripada naib johan menerusi persembahan <em>Tarian Cina Payung<\/em>, mereka kembali dengan semangat yang lebih menyala dengan Tarian Cina Sapu Tangan, lalu menobatkan diri sebagai johan sekali gus membuktikan bahawa keupayaan mereka untuk menyerlah adalah dengan prestasi yang cemerlang serta mengatasi persaingan.<\/p>\n\n\n\n<p>Di sebalik gemerlap pentas dan sorakan yang bergema, tersimpan sebuah kisah yang tidak dibina dalam masa yang berbulan-bulan, tetapi dengan hanya empat hari latihan sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Hari yang barangkali tampak singkat pada hitungan waktu, namun sarat dengan disiplin, ketelitian dan kepercayaan terhadap satu sama lain. Setiap gerak diperhalus, setiap langkah disatukan, dan setiap helaian nafas menjadi sebahagian daripada usaha yang menyempurnakan sebuah persembahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam keterbatasan masa, ahli kumpulan Pawaka Sakti yang terdiri daripada 8 orang iaitu, Suria Afiqah Ahmad Rosdi, Rebecca Ulau Jacob, Nazhul Hayah Abdul Rahman, Shendy Michelle Chong, Abraham Leo Stephen, Ahmad Aiziq Faizal Ahmad Fizal, Amru Hamid dan Muhammad Faathir Aiman Muhammad Nazir, memilih untuk tidak gentar; malah mereka menjadikan tekanan sebagai irama dan kesuntukan waktu sebagai pemangkin kekuatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Waktu yang kian menyempit tidak pernah memadamkan tekad mereka, malah menguatkan keazaman untuk terus bertahan tatkala tenaga mula mengalah dan tekanan semakin menguji kesabaran. Setiap kesilapan menjadi ruang untuk memperbaiki diri, setiap teguran menjadi pedoman dan setiap detik latihan menjadi taruhan demi sebuah impian yang ingin direalisasikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Pawaka Sakti, kemenangan bukan sekadar tentang siapa yang berdiri paling tinggi di penghujung pertandingan, tetapi tentang keberanian untuk terus melangkah ketika segala-galanya terasa sukar serta kesanggupan untuk mengorbankan keselesaan demi membuktikan bahawa setiap usaha yang disulam dengan kesungguhan pasti akan menemukan maknanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bertempat di Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, (KSAJS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menjadi saksi kepada perjalanan yang akhirnya menemukan kemuncaknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Di ruang itulah, gerak tubuh berbicara lebih lantang daripada kata-kata, manakala sapu tangan menjadi perantara cerita yang diterjemahkan melalui lenggok dan formasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tarian Cina Sapu Tangan atau nama uniknya \u201cD\u014dng B\u011bi Y\u0101ng Ge\u201d, bukan sekadar himpunan gerakan yang indah dipandang, tetapi ia juga menonjolkan manifestasi kesepaduan, penghayatan dan keberanian untuk menghidupkan seni melalui sapu tangan yang berwarna merah dan berlabuci emas.<\/p>\n\n\n\n<p>Persaingan kali ini menemukan Pawaka Sakti dengan dua pencabar yang turut membawa keunikan warisan masing-masing, iaitu persembahan tarian inang Melayu dan tarian India. Kedua-dua tarian tersebut hadir dengan identiti, rentak dan keindahan budaya tersendiri, yang menjadikan pertandingan ini sebuah pertembungan seni yang kaya dengan warna dan makna. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, di antara kepelbagaian tersebut, Pawaka Sakti berjaya mencipta ruang untuk menyerlah melalui persembahan yang menggabungkan ketelitian koreografi dengan kesatuan gerak, sekali gus memikat perhatian juri dan membawa pulang gelaran johan.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih manisnya, kejayaan itu tidak terhenti pada satu pengiktirafan sahaja. Pawaka Sakti turut merangkul anugerah Koreografi Terbaik, sebuah pencapaian yang mengangkat karya koreografer yang bukan sahaja keindahan dalam persembahan, malah kekuatan idea dan penyusunan gerak yang menjadi nadi kepada keseluruhan persembahan tarian. <\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Faiz, selaku koreografer bagi kumpulan Pawaka Sakti, kejayaan bukanlah sesuatu yang hadir dengan mudah, sebaliknya ia menuntut kesabaran, disiplin dan kesanggupan untuk terus bertahan dalam setiap fasa perjuangan. <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi saya, untuk menjadi seseorang yang hebat bukanlah sesuatu yang mudah. Kita perlu melalui pelbagai proses yang menguji mental dan fizikal, ada masanya kita berasa tertekan, penat, malah terlintas untuk berhenti. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, semua itu boleh diatasi apabila kita jelas dengan matlamat yang ingin dicapai dan sedar akan tanggungjawab yang dipikul. Kita hendaklah sentiasa merendah diri kerana masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila kita ada sasaran yang jelas, kita akan belajar untuk terus melangkah walaupun dalam keadaan yang sukar. Akhirnya, apabila segala usaha itu membuahkan hasil, barulah kita sedar bahawa setiap titis keringat, setiap rasa penat dan setiap pengorbanan yang dilakukan tidak akan pernah sia-sia. Semuanya terbayar apabila kita berjaya mencapai apa yang selama ini kita perjuangkan.\u201d <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap gerakan ini disusun menjadi rangkaian yang saling melengkapi, seolah-olah setiap penari memegang helaian cerita yang hanya sempurna apabila semuanya bersatu. Dua pengiktirafan tersebut menjadi bukti bahawa sebuah persembahan yang berkesan bukan sekadar tentang apa yang dilihat oleh mata, tetapi juga tentang jiwa yang menghidupkannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika PESTARI 1.0 menyaksikan Pawaka Sakti berhadapan dengan lima pencabar yang membawa tarian Borneo, India dan zapin Melayu, PESTARI 2.0 pula hadir dengan medan persaingan yang lebih kecil, namun tetap menuntut persediaan dan keberanian yang besar. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"783\" height=\"522\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-44.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41129\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-44.png 783w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-44-300x200.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-44-768x512.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-44-600x400.png 600w\" sizes=\"(max-width: 783px) 100vw, 783px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Gambar para pemenang PESTARI 1.0 (30 April 2025) di pentas Kolej Harun Aminurrashid<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"679\" height=\"510\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-36.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41130\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-36.png 679w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-36-300x225.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-36-600x451.png 600w\" sizes=\"(max-width: 679px) 100vw, 679px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Gambar kumpulan Pawaka Sakti bersama koreografer, Mohamad Faiz Iqmal Mohtar<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"737\" height=\"554\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-36.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41131\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-36.png 737w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-36-300x226.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-36-600x451.png 600w\" sizes=\"(max-width: 737px) 100vw, 737px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Gambar para pemenang kategori tarian tradisional PESTARI 2.0 di pentas Auditorium Utama, KSAJS, UPSI<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pengalaman tersebut menjadi cermin untuk menilai kekurangan, manakala kekalahan tipis yang pernah dirasai menjadi bara untuk membina keyakinan. Kini Pawaka Sakti membuktikan bahawa perjalanan seni tidak semestinya bergerak dalam langkah yang sempurna; ada kalanya, seseorang perlu jatuh pada satu anak tangga sebelum mampu mendaki hingga ke puncak.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya, kejayaan Pawaka Sakti di PESTARI 2.0 bukan sekadar kisah tentang sebuah piala yang berjaya dibawa pulang, tetapi tentang keberanian untuk kembali selepas hampir mempercayai bahawa takdir telah menentukan tempat mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Empat hari latihan yang menjadi saksi, Auditorium Utama menjadi pentas sejarah, dan tarian Cina Sapu Tangan menjadi bahasa kebangkitan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Daripada naib johan kepada johan, sebuah kejayaan yang nyata, Pawaka Sakti telah membuktikan bahawa juara bukanlah mereka yang tidak pernah tewas, tetapi mereka yang memilih untuk kembali dan menari dengan lebih berani.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Suria Afiqah Ahmad Rosdi TANJONG MALIM &#8211; Jika Pesta Tari (PESTARI) 1.0 anjuran Persatuan Moral (PERMOR) menjadi medan mengenal luka dan menimba pengalaman, PESTARI 2.0 pada 16 Jun 2026 pula hadir sebagai pentas membalas segala keraguan. Pawaka Sakti Entertainment, sebuah produksi tarian yang dipimpin oleh koreografer, Mohamad Faiz Iqmal Mohtar, membuktikan bahawa kekalahan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":41127,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[166,258],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41126"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41126"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41126\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41132,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41126\/revisions\/41132"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41127"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41126"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41126"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41126"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}