{"id":41150,"date":"2026-10-15T16:23:45","date_gmt":"2026-10-15T08:23:45","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=41150"},"modified":"2026-10-15T16:23:47","modified_gmt":"2026-10-15T08:23:47","slug":"perseni-pupuk-pelajar-baru-nilai-bitara-dan-cinta-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/10\/15\/perseni-pupuk-pelajar-baru-nilai-bitara-dan-cinta-upsi\/","title":{"rendered":"PERSENI pupuk pelajar baru nilai bitara dan cinta UPSI."},"content":{"rendered":"\n<p>TANJONG MALIM &#8211; Bukan mudah seorang pelajar yang baru bergelar mahasiswa memulakan langkah di menara gading apatah lagi menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus selepas tamat persekolahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain pendaftaran pengajian, perkara lain seperti urusan penempatan, pengangkutan, kokurikulum dan pelbagai program universiti lain kadang-kadang menjadi hal sulit untuk warga baru kampus lebih-lebih lagi bila dah berjauhan dengan keluarga di kampung.<\/p>\n\n\n\n<p>Baru-baru ini Persatuan Seni Visual (PERSENI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan program &#8216;Bitara Seni Siswa Madani&#8217; menjadi penghubung kepada para pelajar baru program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Seni (AT23) Fakulti Seni Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) bermula 27 September hingga 4 Oktober lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FSKIK, Dr. Mohd Fauzi Harun, dalam suatu kenyataan berkata, program yang melibatkan seramai 160 pelajar ISMP semester satu sesi 2026&nbsp; berlangsung selama lapan hari di kampus UPSI bukan sekadar program orientasi semata-mata, malah menjadi medan pertemuan antara pihak tenaga pengajar dan pengurusan fakulti, pelajar senior serta alumni berkongsi pengalaman berguna selain membina rangkaian kemahiran masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Penasihat PERSENI, Dr. Elis Syuhaila Mokhtar berkata sebagai universiti pendidikan terulung tanahair, modul-modul program ini menerapkan nilai-nilai bitara Madani selaras dengan hasrat universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pada hari pertama para pelajar dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil kemudian diminta untuk membina pasukan lengkap dengan bantuan fasilitator yang dilantik dari kalangan ahli jawatankuasa PERSENI sendiri,&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Dr Elis juga, modul-modul seperti aktiviti Sinergi Ukhwah berlangsung secara interaktif di mana para pelajar perlu mendapatkan maklumat tentang pengajian dan bergerak setiap mercu tanda di sekitar kampus seperti bilik kuliah, studio seni, perpustakaan, pejabat fakulti dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sepanjang program berlangsung, para fasilitator menyampaikan maklumat berguna selain membimbing para pelajar baru mengenali latar belakang UPSI yang sarat dengan sejarah melahirkan para ilmuan dan pendidik tanahair selama lebih seratus tahun lamanya,<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Secara tidak langsung program ini akan melahirkan rasa cinta mereka terhadap alma mater sepanjang pengajian di sini,&#8221; ujarnya lanjut.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"525\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-4-Sebahagian-160-orang-pelajar-baru-semester-satu-ISMP-Seni-bersedia-untuk-persembahan-Talent-Show-AT23-1024x525.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-41152\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-4-Sebahagian-160-orang-pelajar-baru-semester-satu-ISMP-Seni-bersedia-untuk-persembahan-Talent-Show-AT23-1024x525.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-4-Sebahagian-160-orang-pelajar-baru-semester-satu-ISMP-Seni-bersedia-untuk-persembahan-Talent-Show-AT23-300x154.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-4-Sebahagian-160-orang-pelajar-baru-semester-satu-ISMP-Seni-bersedia-untuk-persembahan-Talent-Show-AT23-768x393.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-4-Sebahagian-160-orang-pelajar-baru-semester-satu-ISMP-Seni-bersedia-untuk-persembahan-Talent-Show-AT23-1536x787.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-4-Sebahagian-160-orang-pelajar-baru-semester-satu-ISMP-Seni-bersedia-untuk-persembahan-Talent-Show-AT23-2048x1049.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-4-Sebahagian-160-orang-pelajar-baru-semester-satu-ISMP-Seni-bersedia-untuk-persembahan-Talent-Show-AT23-600x307.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Antara aktiviti yang dilaksanakan program orientasi PERSENI<\/strong><br><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"742\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-5-Antara-aktiviti-yang-dilaksanakan-program-orientasi-PERSENI-1024x742.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-41153\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-5-Antara-aktiviti-yang-dilaksanakan-program-orientasi-PERSENI-1024x742.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-5-Antara-aktiviti-yang-dilaksanakan-program-orientasi-PERSENI-300x217.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-5-Antara-aktiviti-yang-dilaksanakan-program-orientasi-PERSENI-768x557.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-5-Antara-aktiviti-yang-dilaksanakan-program-orientasi-PERSENI-1536x1113.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-5-Antara-aktiviti-yang-dilaksanakan-program-orientasi-PERSENI-2048x1484.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-5-Antara-aktiviti-yang-dilaksanakan-program-orientasi-PERSENI-600x435.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Ragam para pelajar ketika mengendalikan aktiviti suai kenal antara kumpulan.<\/strong><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-7-Mahasiswa-mengambil-gambar-kumpulan-berlatar-belakang-suasana-sekitar-kampus-UPSI-Tanjong-Malim-Perak-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-41154\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-7-Mahasiswa-mengambil-gambar-kumpulan-berlatar-belakang-suasana-sekitar-kampus-UPSI-Tanjong-Malim-Perak-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-7-Mahasiswa-mengambil-gambar-kumpulan-berlatar-belakang-suasana-sekitar-kampus-UPSI-Tanjong-Malim-Perak-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-7-Mahasiswa-mengambil-gambar-kumpulan-berlatar-belakang-suasana-sekitar-kampus-UPSI-Tanjong-Malim-Perak-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-7-Mahasiswa-mengambil-gambar-kumpulan-berlatar-belakang-suasana-sekitar-kampus-UPSI-Tanjong-Malim-Perak-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-7-Mahasiswa-mengambil-gambar-kumpulan-berlatar-belakang-suasana-sekitar-kampus-UPSI-Tanjong-Malim-Perak-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/GAMBAR-7-Mahasiswa-mengambil-gambar-kumpulan-berlatar-belakang-suasana-sekitar-kampus-UPSI-Tanjong-Malim-Perak-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Mahasiswa mengambil gambar kumpulan berlatar belakang suasana sekitar kampus UPSI Tanjong Malim Perak<\/strong><br><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Selain itu para pelajar turut didedahkan dengan penggunaan akses infrastruktur bukan saja di kampus, sebaliknya di sekitar kawasan daerah Muallim.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Menariknya aktiviti sinergi ukhwah pada hari keempat turut menampilkan para alumni dan pelajar senior yang mendapat keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.80 ke atas berkongsi petua dan tips untuk menjadi cemerlang sepanjang tempoh pengajian mereka,<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Menerusi perkongsian ini secara tak langsung memberi inspirasi dan suri teladan kepada adik-adik mereka yang baru mula menimba ilmu di sini,&#8221; jelasnya lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya lagi aktiviti mencungkil bakat persembahan secara berkumpulan turut diadakan bukan sahaja untuk memupuk sifat kerjasama kumpulan, namun sekaligus persiapan membina keyakinan dan daya interaksi kepada bakal guru ini di hadapan para murid pada masa akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TANJONG MALIM &#8211; Bukan mudah seorang pelajar yang baru bergelar mahasiswa memulakan langkah di menara gading apatah lagi menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus selepas tamat persekolahan. Selain pendaftaran pengajian, perkara lain seperti urusan penempatan, pengangkutan, kokurikulum dan pelbagai program universiti lain kadang-kadang menjadi hal sulit untuk warga baru kampus lebih-lebih lagi bila dah berjauhan dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":41151,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[90],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41150"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41150"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41150\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41155,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41150\/revisions\/41155"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41151"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41150"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41150"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41150"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}