{"id":41172,"date":"2026-10-15T16:49:53","date_gmt":"2026-10-15T08:49:53","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=41172"},"modified":"2026-10-15T16:49:55","modified_gmt":"2026-10-15T08:49:55","slug":"stem-nurturing-centre-fsm-upsi-perkasa-generasi-pelindung-alam-menerusi-eksplorasi-mikroplastik-di-sk-chikus-perak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/10\/15\/stem-nurturing-centre-fsm-upsi-perkasa-generasi-pelindung-alam-menerusi-eksplorasi-mikroplastik-di-sk-chikus-perak\/","title":{"rendered":"STEM Nurturing Centre FSM UPSI Perkasa Generasi Pelindung Alam Menerusi Eksplorasi Mikroplastik di SK Chikus, Perak"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Prof. Madya ChM. Dr. Noorshida Mohd Ali, Dr. Yusnita Juahir, Prof. Madya Dr. Saripah Salbiah Syed Abdul Azziz, ChM. Dr. Aisyah Mohamad Sharif, Dr. \u00a0Abubaker Mustafa Abdelaal Elsayed, Dr. Alene Tawang dan Nur Umairah Farhana Mohd Asri<\/p>\n\n\n\n<p>CHIKUS, 9 Oktober 2026 \u2013 STEM Nurturing Centre, Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkasakan pendidikan STEM dan kesedaran kelestarian alam sekitar menerusi Program STEM Explore Race Saintis Cilik 2026: Dalam Jejak Mikroplastik di Sawah Padi yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Chikus, Perak.<\/p>\n\n\n\n<p>Program berteraskan konsep Planetary Health ini mendapat tajaan daripada Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPSI, dengan kerjasama SK Chikus serta komuniti Kampung Chikus. Program ini melibatkan seramai 30 orang murid SK Chikus, 22 orang fasilitator dalam kalangan pelajar serta enam orang pensyarah FSM, UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman, peserta mengikuti aktiviti yang menggabungkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk memahami ancaman pencemaran plastik dan mikroplastik terhadap ekosistem sawah padi.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdapat tujuh (7) stesen atau <em>checkpoint<\/em> yang perlu diterokai dan diselesaikan oleh para peserta. Pengisian utama program ini ialah penerokaan ekosistem sawah padi dan hubungan antara hidupan, penyiasatan pergerakan sisa plastik dalam air serta perubahan plastik menjadi mikroplastik. Peserta turut menjalankan aktiviti mengukur dan mengelaskan sisa plastik mengikut saiz bagi mengenal pasti mikroplastik, iaitu zarah plastik yang berukuran kurang daripada 5 mm, mengenal pasti jenis plastik melalui kod resin, serta mereka bentuk bekas pengasingan sisa plastik. Aktiviti amali ini menggalakkan kemahiran memerhati, membuat inferens, menyelesaikan masalah dan bekerjasama, di samping meningkatkan kesedaran tentang pencemaran mikroplastik dan kepentingan pengurusan sisa plastik secara bertanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini turut melibatkan komuniti Sungai Manik dalam aktiviti STEM melalui Pertandingan Reka &amp; Bina Penapis Air, iaitu aktiviti mereka bentuk, membina dan menguji penapis air menggunakan bahan semula jadi serta sisa pertanian seperti sekam padi dan biochar yang boleh dimanfaatkan. Aktiviti ini menggalakkan kreativiti, pemikiran kritis dan penggunaan sumber tempatan secara lestari bagi menangani isu alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Program, Dr. Yusnita binti Juahir, Pensyarah Kanan Jabatan Kimia, FSM, UPSI, bersama barisan pensyarah dan fasilitator memainkan peranan penting dalam menjayakan pelaksanaan aktiviti dan perkongsian ilmu STEM. Guru Besar SK Chikus, Pn. Azni binti Abdul Rashid, merakamkan penghargaan kepada pihak UPSI atas perkongsian kepakaran dan pengalaman yang menyemai rasa ingin tahu serta pemikiran saintifik murid. Beliau turut berharap jalinan akademik antara UPSI dan SK Chikus terus diperkukuh melalui kerjasama pendidikan pada masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan pembelajaran secara langsung yang diterapkan sepanjang program ini memberi ruang kepada murid menghubungkan pengetahuan sains dengan isu alam sekitar yang berlaku dalam kehidupan seharian. Melalui aktiviti pemerhatian, penyiasatan dan pengasingan bahan pencemar, murid didedahkan kepada kepentingan membuat keputusan berasaskan bukti saintifik, sekali gus memupuk kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"443\" height=\"295\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-49.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41174\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-49.png 443w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-49-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 443px) 100vw, 443px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Penerokaan STEM komuniti ke arah kelestarian alam sekitar.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"387\" height=\"350\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-41.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41175\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-41.png 387w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-41-300x271.png 300w\" sizes=\"(max-width: 387px) 100vw, 387px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Aktiviti penerokaan sisa plastik dan reka bentuk bekas pengasingan sisa.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"679\" height=\"470\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-40.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41176\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-40.png 679w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-40-300x208.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-40-600x415.png 600w\" sizes=\"(max-width: 679px) 100vw, 679px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Peserta dan fasilitator mengikuti aktiviti STEM Explore Race dalam persekitaran pembelajaran luar bilik darjah.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Penganjuran program ini turut memperlihatkan peranan STEM Nurturing Centre FSM, UPSI sebagai platform pemindahan ilmu yang menghubungkan kepakaran pensyarah dan pengalaman fasilitator universiti dengan keperluan pembelajaran murid sekolah rendah. Kerjasama strategik bersama SK Chikus dan komuniti setempat diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang pelaksanaan program STEM berasaskan isu sebenar, khususnya dalam meningkatkan literasi sains dan kesedaran terhadap kelestarian ekosistem pertanian.<\/p>\n\n\n\n<p>Program diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil penghargaan. Inisiatif ini memperkukuh jaringan universiti\u2013sekolah\u2013komuniti serta menyemai minat STEM dan tanggungjawab memelihara kelestarian ekosistem pertanian dalam kalangan generasi muda.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Prof. Madya ChM. Dr. Noorshida Mohd Ali, Dr. Yusnita Juahir, Prof. Madya Dr. Saripah Salbiah Syed Abdul Azziz, ChM. Dr. Aisyah Mohamad Sharif, Dr. \u00a0Abubaker Mustafa Abdelaal Elsayed, Dr. Alene Tawang dan Nur Umairah Farhana Mohd Asri CHIKUS, 9 Oktober 2026 \u2013 STEM Nurturing Centre, Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":41173,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[121],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41172"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41172"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41172\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41177,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41172\/revisions\/41177"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41173"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41172"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41172"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41172"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}