{"id":41257,"date":"2026-10-19T10:54:52","date_gmt":"2026-10-19T02:54:52","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=41257"},"modified":"2026-10-19T10:54:53","modified_gmt":"2026-10-19T02:54:53","slug":"fi-stem-1-0-tarik-2028-peserta-global-perkasa-mahasiswa-menuju-era-inovasi-dan-ai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/10\/19\/fi-stem-1-0-tarik-2028-peserta-global-perkasa-mahasiswa-menuju-era-inovasi-dan-ai\/","title":{"rendered":"FI-STEM 1.0: TARIK 2,028 PESERTA GLOBAL, PERKASA\u00a0 MAHASISWA MENUJU ERA INOVASI DAN AI"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Nurfatin Syazwani Halimi<\/p>\n\n\n\n<p>TANJONG MALIM &#8211;  Program webinar bertaraf antarabangsa, Future Innovator: Global\u00a0 STEM and Innovation (FI-STEM 1.0) yang dianjurkan oleh Majlis Mahasiswa Kolej Awang\u00a0 Had Salleh (KAHS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi Sidang 2026\/2027 telah\u00a0 mencatatkan kejayaan cemerlang apabila berjaya menarik seramai 2,028 orang peserta secara\u00a0 keseluruhan.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang berlangsung secara dalam talian menerusi platform Google Meet dan siaran\u00a0 langsung Facebook Live pada 17 Oktober 2026 (Sabtu) bermula jam 8:00 malam hingga 11:00\u00a0 malam ini menampilkan kelainan berimpak tinggi dengan menerima penyertaan merentas\u00a0 sempadan dari United Kingdom (UK), China, Thailand, dan Malaysia.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Berteraskan tema pemerkasaan minda melalui STEM bagi membentuk masa depan MADANI&nbsp; yang mampan, program ini menghimpunkan mahasiswa, ahli akademik, penyelidik, serta&nbsp; profesional industri dari pelbagai negara iaitu Malaysia, Thailand dan Nigeria untuk berkongsi&nbsp; kepakaran dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) sejajar&nbsp; dengan era Revolusi Industri 4.0.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Daripada jumlah keseluruhan 2,028 peserta, sambutan hebat turut dirasai menerusi platform&nbsp; digital apabila seramai 400 peserta menyertai dan mengikuti sesi pembelajaran ini secara&nbsp; langsung menerusi Facebook Live Kolej Awang Had Salleh.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran peserta secara menyeluruh ini membuktikan keterbukaan serta impak program\u00a0 dalam memperkasakan agenda pengantarabangsaan universiti. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain warga UPSI, program ini\u00a0 turut disokong oleh seramai 40 orang mahasiswa dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA)\u00a0 tempatan seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Kebangsaan Malaysia\u00a0 (UKM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM). <\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran ini turut menarik penyertaan\u00a0 seramai 4 orang pelajar antarabangsa yang mewakili empat buah negara iaitu United Kingdom\u00a0 (UK), China, Thailand, dan Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu, penglibatan seramai 30 orang peserta daripada komuniti awam serta 5 orang pelajar sekolah menengah turut memperlihatkan bahawa\u00a0 kesedaran terhadap kepentingan STEM dan kecerdasan buatan (AI) kini meluas ke segenap\u00a0 lapisan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"372\" height=\"495\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/1-62.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41259\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/1-62.png 372w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/1-62-225x300.png 225w\" sizes=\"(max-width: 372px) 100vw, 372px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"329\" height=\"502\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-50.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41260\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-50.png 329w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-50-197x300.png 197w\" sizes=\"(max-width: 329px) 100vw, 329px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"329\" height=\"497\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-49.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41261\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-49.png 329w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-49-199x300.png 199w\" sizes=\"(max-width: 329px) 100vw, 329px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Webinar ini menampilkan barisan panel jemputan antarabangsa yang berpengalaman luas:&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>1. Associate Professor Dr. Abdul Halim bin Masnan (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar&nbsp; &amp; Alumni, Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI) membentangkan topik <em>Innovation&nbsp; Beyond Borders<\/em>.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>2. Daniel Makinde (Pembangun Perisian dan Aplikasi Mudah Alih Kanan dari Nigeria)&nbsp; berkongsi pandangan menerusi tajuk <em>The Future of STEM in the Era of Artificial&nbsp; Intelligence (AI)<\/em>.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>3. Teeraphol Ambhai (Pensyarah Jemputan &amp; Calon Doktor Falsafah, University of the&nbsp; Thai Chamber of Commerce &#8211; UTCC, Thailand) menyampaikan perkongsian bertajuk&nbsp; <em>Future Skills for Global STEM Leaders<\/em>.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran FI-STEM 1.0 menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) PBB melalui\u00a0 SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) untuk menyediakan akses pembelajaran sepanjang hayat\u00a0 bersama pakar antarabangsa, SDG 8 (Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan menerusi kemahiran global, SDG 9 (Industri, Inovasi\u00a0 dan Infrastruktur) dalam memupuk budaya inovasi dan teknologi tinggi, serta SDG 17\u00a0 (Perkongsian Untuk Mencapai Matlamat) untuk memperkukuh jaringan strategik\u00a0 antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi penganjuran ini, para peserta bukan sahaja mendapat pendedahan secara langsung\u00a0 mengenai teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI), malah berpeluang membina jaringan\u00a0 profesional bertaraf global. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Program, Nurfatin Syazwani binti Halimi, menzahirkan\u00a0 rasa syukur atas kejayaan penganjuran ini dan berharap program seumpama ini dapat\u00a0 diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memperkasa modal insan yang berdaya saing\u00a0 global.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nurfatin Syazwani Halimi TANJONG MALIM &#8211; Program webinar bertaraf antarabangsa, Future Innovator: Global\u00a0 STEM and Innovation (FI-STEM 1.0) yang dianjurkan oleh Majlis Mahasiswa Kolej Awang\u00a0 Had Salleh (KAHS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi Sidang 2026\/2027 telah\u00a0 mencatatkan kejayaan cemerlang apabila berjaya menarik seramai 2,028 orang peserta secara\u00a0 keseluruhan.\u00a0 Program yang berlangsung secara dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":41258,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[190,210,95],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41257"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41257"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41257\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41262,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41257\/revisions\/41262"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41258"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41257"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41257"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41257"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}