{"id":41291,"date":"2026-10-19T15:11:10","date_gmt":"2026-10-19T07:11:10","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=41291"},"modified":"2026-10-19T15:23:27","modified_gmt":"2026-10-19T07:23:27","slug":"icame-2026-perkukuh-wibawa-akademik-upsi-pacu-agenda-pemerkasaan-ai-berteraskan-kemanusiaan-dan-kelestarian-global","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/10\/19\/icame-2026-perkukuh-wibawa-akademik-upsi-pacu-agenda-pemerkasaan-ai-berteraskan-kemanusiaan-dan-kelestarian-global\/","title":{"rendered":"ICAME 2026 Perkukuh Wibawa Akademik UPSI, Pacu Agenda Pemerkasaan AI Berteraskan Kemanusiaan dan Kelestarian Global"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Dr. Ramdzan Ali Saibon dan Noraini Aminuddin<\/p>\n\n\n\n<p>Photo : Nurul Hasniza Mohd Rashid<\/p>\n\n\n\n<p>TANJUNG MALIM, 18 Oktober 2026 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh kedudukannya dalam arena akademik antarabangsa menerusi penganjuran The 4th International Conference on Accounting, Management and Economics (ICAME 2026) yang dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), UPSI pada 17 hingga 18 Oktober yang lalu bertempat di Blok 10, UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengangkat tema <em>\u201cHumanizing AI for Sustainable and Ethical Value Creation in Islamic Finance, Accounting, Management and Economics Research\u201d<\/em>, persidangan antarabangsa ini menzahirkan komitmen UPSI dalam memperkasa wacana akademik yang menghubungkan kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan nilai kemanusiaan, integriti dan pembangunan ekonomi mampan.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBrs. Profesor Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun, yang menegaskan kepentingan memastikan kemajuan teknologi sentiasa berpaksikan prinsip etika dan kesejahteraan manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyifatkan tema ICAME 2026 sebagai amat bertepatan dengan perkembangan transformasi digital global yang menyaksikan fungsi AI memainkan peranan penting dalam tadbir urus organisasi, pemodelan kewangan, pengauditan dan ramalan ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMenginsankan AI bermaksud mengimbangi keupayaan teknologi dengan integriti moral, kearifan tempatan dan nilai kemanusiaan. Teknologi tidak harus dilihat semata-mata sebagai alat untuk memaksimumkan keuntungan, tetapi sebagai instrumen memelihara kesejahteraan insan dan keadilan sosial,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, penerapan AI secara beretika berpotensi membawa manfaat besar dalam pelbagai bidang, termasuk kewangan Islam, kewangan sosial, perakaunan dan pengurusan. Penggunaan teknologi tersebut dapat membantu mempertingkat ketepatan analisis bagi pengagihan zakat dan wakaf kepada golongan yang memerlukan, selain meningkatkan ketelusan pelaporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta memperkukuh tadbir urus korporat.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menekankan bahawa penyelarasan teknologi AI dengan prinsip Maqasid al-Shariah dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) mampu menyumbang kepada pembentukan ekosistem ekonomi yang lebih berdaya tahan, inklusif dan berorientasikan kesejahteraan sejagat.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran ICAME 2026 menghimpunkan lebih 77 peserta melalui pelbagai pengisian, termasuk sesi pembentangan kertas kerja secara selari, pertandingan video inovasi dan bengkel khas. Persidangan ini menyediakan platform strategik untuk mempertemukan kepakaran akademik dengan pengalaman industri, sekali gus menggalakkan perkongsian ilmu serta penerokaan penyelesaian inovatif terhadap cabaran ekonomi dan sosial semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara pengisi utama adalah ucaptama persidangan iaitu Prof. Dr. Mehmet Asutay yang merupakan sarjana terkemuka dalam bidang Ekonomi Islam, Kewangan Islam, dan pembangunan sosioekonomi dari Durham University Business School, United Kingdom. Bagi pengisian hari kedua, persidangan ini diserikan lagi dengan perkongsian <em>workshop speaker <\/em>oleh<em> <\/em>Assoc. Prof. Dr. Linda Sue Hammonds dari University of South Alabama dan Dr. Nurul Fadly Habidin, Pengerusi Koperasi Profesional Perunding Berhad (KOPRUNDING).<\/p>\n\n\n\n<p>Persidangan ini membuka ruang kepada penyelidik untuk memperluas jaringan kolaborasi antarabangsa, termasuk melalui penglibatan rakan strategik dari Lagos State University, Nigeria dan Universitas Negeri Padang Indonesia (UNP). Kerjasama rentas sempadan ini diharapkan dapat memperkukuh perkongsian kepakaran, merangsang penyelidikan bersama dan memperluas impak hasil penyelidikan kepada masyarakat serta pembuat dasar.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam aspek penerbitan ilmiah, ICAME 2026 menyediakan laluan penerbitan melalui jurnal berindeks MyCite dan Scopus, tertakluk kepada keperluan serta proses penilaian jurnal berkenaan. Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan untuk meningkatkan mutu penyelidikan dan memperluas penyebaran ilmu pada peringkat nasional serta antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-2-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-41293\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-2-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-2-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-2-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-2-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-2-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-2.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Prof. Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun ketika ucapan perasmian ICAME 2026<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-3-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-41294\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-3-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-3-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-3-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-3-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-3-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-3.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Dekan FPE, Prof. Madya Dr. Hartini Jaafar ketika menyampaikan ucapan alu-aluan<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-4-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-41295\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-4-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-4-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-4-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-4-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-4-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Gambar-4.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Keynote Speaker oleh Prof. Dr. Mehmet Asutay dari Durham University Business School, United Kingdom<br><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pada majlis yang sama, Profesor Dr. Raja Nor Safinas turut merakamkan penghargaan kepada Dekan FPE UPSI, Profesor Madya Dr. Hartini binti Jaafar, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Prof. Madya Dr. Azila binti Abdul Razak, Pengerusi ICAME 2026, Dr. Ramdzan Ali bin Saibon, serta seluruh jawatankuasa penganjur atas komitmen dan dedikasi dalam menjayakan persidangan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyeru para penyelidik dan peserta agar memanfaatkan platform tersebut untuk memperkukuh wacana intelektual, membina jaringan kerjasama yang berterusan dan menghasilkan inovasi yang memberikan manfaat nyata kepada manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, ICAME 2026 bukan sekadar medan pertukaran idea dan pembentangan hasil penyelidikan, malah menjadi manifestasi aspirasi UPSI dalam memperkasa ekosistem akademik yang dinamik, progresif dan responsif terhadap perubahan global. Penekanan terhadap AI yang berteraskan kemanusiaan dan penciptaan nilai beretika turut memperkukuh peranan universiti dalam meneroka masa depan pembangunan ekonomi yang bukan sahaja maju dari sudut teknologi, tetapi juga lestari, bertanggungjawab dan berpaksikan kesejahteraan insan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Dr. Ramdzan Ali Saibon dan Noraini Aminuddin Photo : Nurul Hasniza Mohd Rashid TANJUNG MALIM, 18 Oktober 2026 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh kedudukannya dalam arena akademik antarabangsa menerusi penganjuran The 4th International Conference on Accounting, Management and Economics (ICAME 2026) yang dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), UPSI [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":41292,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[79],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41291"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41291"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41291\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41298,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41291\/revisions\/41298"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41292"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41291"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41291"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41291"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}