{"id":41304,"date":"2026-10-20T11:54:50","date_gmt":"2026-10-20T03:54:50","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=41304"},"modified":"2026-10-20T11:54:51","modified_gmt":"2026-10-20T03:54:51","slug":"memacu-generasi-inovator-digital-bengkel-lanjutan-coding-for-all-secondary-2026-perkasa-bakat-stem-pelajar-perak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/10\/20\/memacu-generasi-inovator-digital-bengkel-lanjutan-coding-for-all-secondary-2026-perkasa-bakat-stem-pelajar-perak\/","title":{"rendered":"Memacu Generasi Inovator Digital: Bengkel Lanjutan Coding for All Secondary 2026 Perkasa Bakat STEM Pelajar Perak"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Dr. Aisyah Mohamad Sharif dan Ummu Madihah Zulfah Abu Mansor<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 15 Oktober 2026<\/strong> \u2013 Usaha memperkasa bakat muda dalam bidang pengekodan terus diperkukuh menerusi program <em>Coding for All (CFA) Secondary: Advanced Workshop mBlock<\/em> yang berlangsung pada 14 dan 15 Oktober 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), peringkat negeri Perak.<\/p>\n\n\n\n<p>Program anjuran Penang Science Cluster (PSC) dengan kerjasama STEM Nurturing Centre, Fakulti Sains dan Matematik (FSM), UPSI dan Neoteric Education Initiatives Centre (NiCE), UPSI ini menghimpunkan 81 pelajar sekolah menengah dan 27 guru. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelaksanaannya turut mendapat sokongan 31 fasilitator UPSI serta empat wakil PSC yang membimbing peserta sepanjang bengkel.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka penggunaan mBlock, memperkukuh kefahaman tentang pengaturcaraan serta mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam tugasan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama antara pihak sekolah, universiti dan PSC turut menyediakan ruang pembelajaran yang menghubungkan pengetahuan teknologi dengan pengalaman secara praktikal.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai persediaan, satu sesi bengkel fasilitator diadakan pada 12 Oktober 2026, pukul 5 petang bagi menyelaras bimbingan kepada peserta. <\/p>\n\n\n\n<p>Pasukan PSC diterajui Cik Aina Azureen dengan penglibatan ahli pasukan, antaranya Encik Ezkil Uzair dan Cik Alia Iwani.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada hari pertama, fasilitator UPSI membimbing pelajar mengenali dan menggunakan mBlock, termasuk memahami langkah membina atur cara. <\/p>\n\n\n\n<p>Bimbingan tersebut memberi ruang kepada peserta untuk bertanya, mencuba serta menyelesaikan kesukaran yang dihadapi sepanjang proses pembelajaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Program diteruskan pada hari kedua dengan sesi penilaian yang bermula pada pukul 10 pagi. Tiga juri UPSI yang terlibat ialah Encik Wan Zul Adli bin Wan Mokhtar, Dr. Nurul Syafiqah Yap Abdullah dan Dr. Sabarina binti Shafie.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengalaman mempelajari platform baharu turut mendapat perhatian peserta. Nur Qaireen Safiyya Mohd Azizi berkongsi bahawa kepelbagaian fungsi tambahan atau <em>extension<\/em> dalam mBlock membuka ruang penerokaan kepadanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa memahami susunan dan penggunaan fungsi tersebut menjadi cabaran kerana tempoh pembelajaran yang singkat.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis program disempurnakan oleh Encik Nor Faizal bin Abd Mutalib, Penolong Pengarah Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak. <\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir sebagai wakil jemputan UPSI ialah Profesor Dr. Suriani binti Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), serta Profesor Madya Dr. Noorshida binti Mohd Ali, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), FSM.<br><br>Seorang peserta menyatakan kegembiraannya apabila dapat mengenali dan mempelajari mBlock walhal sebelum ini hanya mengetahui <em>Scratch <\/em>sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain memperoleh pengetahuan tentang pembinaan atur cara yang betul, program tersebut turut memberinya peluang untuk berkenalan dengan rakan baharu. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkongsian semasa majlis penutupan, Rayyan, peserta dari sebuah sekolah berasrama penuh di Gopeng, Perak, turut berkongsi bahawa perasaan takut pada awal penyertaan berjaya diatasi dengan membina keyakinan diri. Beliau turut menggalakkan rakan yang berminat dalam pengekodan supaya terus maju jaya dalam mempelajari ilmu baharu.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"427\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-63.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41307\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-63.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-63-300x136.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-63-768x348.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2-63-600x272.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Sesi taklimat persediaan fasilitator bersama wakil Penang Science Cluster bagi menyelaras pelaksanaan program oleh Encik Ezkil.Uzair<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"575\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-54.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41308\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-54.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-54-300x183.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-54-768x469.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/3-54-600x367.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Pemenang Johan dari SMK Seri Kurau bergambar bersama wakil JPN Perak, UPSI dan Penang Science Cluster<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"479\" height=\"295\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-52.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41309\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-52.png 479w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/4-52-300x185.png 300w\" sizes=\"(max-width: 479px) 100vw, 479px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Sebahagian fasilitator UPSI bersama wakil Penang Science Cluster yang membantu menjayakan bengkel.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Program melabuhkan tirai dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang sebagai penghargaan terhadap usaha dan pencapaian mereka. Momen tersebut menjadi penutup kepada dua hari pembelajaran dan cabaran pengaturcaraan, di samping menyuntik semangat kepada peserta untuk terus mengembangkan bakat dalam bidang teknologi digital.terus berusaha mendalami bidang tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut wakil PSC, Encik Ezkil Uzair, program berkenaan dilaksanakan di bawah kendalian JPN Perak dengan bantuan PSC. Kesediaan UPSI menjadi tuan rumah membantu pasukannya menangani kekangan masa untuk mendapatkan lokasi pelaksanaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menjelaskan bahawa perancangan asal sepatutnya juga melibatkan pengaturcaraan Python telah disesuaikan kepada mBlock sahaja berikutan keadaan jerebu yang membimbangkan. Meskipun berdepan perubahan tersebut, program berjaya dilaksanakan dengan sokongan pihak yang terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p>Encik Ezkil Uzair turut menghargai kerjasama UPSI yang menyediakan kemudahan lengkap, sokongan tiga juri serta bilangan fasilitator yang mencukupi. Menurut beliau, kesungguhan dan komitmen fasilitator UPSI banyak membantu kelancaran program serta bimbingan kepada peserta.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan CFA 2026 memperlihatkan peranan UPSI dalam menyokong pembelajaran STEM melalui perkongsian kepakaran, kemudahan dan penglibatan fasilitator. <\/p>\n\n\n\n<p>Program CFA ini juga selari dengan aspirasi UPSI dalam memperkasakan pendidikan berkualiti dengan memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah terhadap kemahiran pengaturcaraan dan teknologi digital bagi melahirkan generasi celik teknologi, kreatif serta inovatif. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama ini diharapkan dapat diteruskan bagi memperluas peluang pelajar sekolah meneroka pengekodan serta membina keyakinan untuk menghasilkan idea dan penyelesaian berasaskan teknologi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Aisyah Mohamad Sharif dan Ummu Madihah Zulfah Abu Mansor Tanjong Malim, 15 Oktober 2026 \u2013 Usaha memperkasa bakat muda dalam bidang pengekodan terus diperkukuh menerusi program Coding for All (CFA) Secondary: Advanced Workshop mBlock yang berlangsung pada 14 dan 15 Oktober 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), peringkat negeri Perak. Program anjuran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":41305,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[121],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41304"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41304"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41304\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41310,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41304\/revisions\/41310"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41305"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41304"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41304"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41304"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}