{"id":41351,"date":"2026-10-21T10:44:07","date_gmt":"2026-10-21T02:44:07","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=41351"},"modified":"2026-10-21T10:44:09","modified_gmt":"2026-10-21T02:44:09","slug":"evolusi-taksonomi-jalur-sinestetik-delegasi-fskik-upsi-luaskan-kerjasama-strategik-menerusi-pameran-botani-rentas-budaya-di-china","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/10\/21\/evolusi-taksonomi-jalur-sinestetik-delegasi-fskik-upsi-luaskan-kerjasama-strategik-menerusi-pameran-botani-rentas-budaya-di-china\/","title":{"rendered":"EVOLUSI TAKSONOMI &#038; JALUR SINESTETIK: DELEGASI FSKIK UPSI LUASKAN KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PAMERAN BOTANI RENTAS BUDAYA DI CHINA"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>oleh<\/strong> <strong>Dr. Rosyida Mohd Rozlan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>KUNMING, CHINA, 17 &amp; 18 Oktober 2026<\/strong> \u2013 Seorang pensyarah dan seorang pelajar Tahun Dua daripada Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa menerusi pameran seni rentas disiplin-budaya bertajuk <em>&#8220;Eco-Synaesthetic: A Cross-Cultural Taxonomical Evolution of Sino-Malayan Botanical Motifs&#8221;<\/em>.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Pameran antarabangsa yang berlangsung bermula 17 hingga 30 Oktober 2026 ini diadakan di Ladang Epal Tuanjie Xin, Daerah Xishan, Kunming, China\u2014sebuah lokasi unik berketinggian 2,511 meter dari paras laut (2,511 MDPL) dan merupakan sebuah kawasan bekas perlombongan yang telah dipulihkan secara ekologi dengan usahasama kerajaan China bersama dengan pemilik ladang.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sinergi Industri &amp; Rangkaian Kerjasama Antarabangsa<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pameran antarabangsa ini adalah merupakan projek penyelidikan secara sintesis multi-deria antara seni visual (seni halus) dan seni muzik yang dipimpin oleh delegasi akademik FSKIK, UPSI iaitu Dr. Rosyida binti Mohd Rozlan bersama Cik Lai Xiao Yue yang juga merupakan artist visual yang terlibat bersama artist \u201c<em>soundscape<\/em>\u201d, Puan Wong Siew Ngan dari Persatuan Hearts Symphony. Sebanyak 40 buah karya visual dengan tema bunga-bungaan dari kedua negara China\u2014Malaysia, bersama gubahan 20,000 kumtum bunga ros dilokasi, berserta alunan muzik \u2018soundscape\u2019 yang digubah berdasarkan empat jenis bunga yang menjadi subjek utama pengkaryaan seni visual yang dipamerkan. Pameran ini dianjurkan menerusi kerjasama rakan strategik industri di China, iaitu <em>Yunnan Tuan Jie Xin Agricultural Technology Co., Ltd.<\/em> dan <em>Yunnan Dianyuan Flower Co., Ltd.<\/em>.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan pameran ini merupakan hasil manifestasi kukuh daripada jalinan kerjasama strategik FSKIK, UPSI bersama rakan industri, institusi pengajian tinggi di Yunnan, serta persatuan kebudayaan tempatan dan antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis pembukaan rasmi pada 17 Oktober 2026 turut diserikan dan disaksikan oleh tetamu kehormat serta wakil rakan kerjasama strategik. Encik Muhamad Nadzri bin Abdullah Sani, Wakil Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming telah hadir dan menyampaikan ucapan beliau. Antara yang menarikdalam teks ucapan beliau adalah:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerjasama strategik antara institusi akademik dan industri menerusi konsep Eco-Synaesthetic bukan sahaja memupuk inovasi, penyelidikan, dan kolaborasi seni, malah menghubungkan alam semula jadi dengan deria serta identiti budaya. Berteraskan iktibar kepelbagaian bunga di taman yang saling melengkapi, pameran ini menekankan bahawa kepelbagaian dalam masyarakat merupakan kekuatan yang memperkaya keharmonian dan penghormatan sesame manusia tanpa mendesak keseragaman\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Pihak penganjur yang juga merupakan rakan strategik projek pameran, iaitu Cik Lu Ya, Pengurus Besar Solidarity Xin Agricultural Technology Co., Ltd., telah menyampaikan ucapan pembukaan serta mengumumkan perasmian pameran ini, bersama Puan Chen Yang dan Cik Wang Yuan, selaku Pengerusi Bersama yang menjayakan pameran ini. Selain itu, kehadiran perwakilan akademik dan pakar\/rakan seni daripada <em>Chung Chen Sun Art Museum<\/em>, <em>Yunnan University of Finance and Economics<\/em> (YUFE), <em>Yunnan Light and Textile Industry Vocational College<\/em>, <em>Hearts Symphony Society<\/em>, serta tokoh warisan daripada <em>Wax Printing &amp; Batik Heritage Transmission Centre<\/em> turut memeriahkan lagi majlis.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Mesej Utama Ucapan &amp; Falsafah <\/strong><strong><em>Eco-Synaesthetic<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapan pembukaan oleh Dr. Rosyida Mohd Rozlan, selaku Ketua Kurator pameran menekankan bahawa pameran ini mengetengahkan konsep kuratorial \u2018trans-ecological materiality\u2019 yang bergerak atas landasan rasa kesyukuran terhadap keindahan alam ciptaan Ilahi, yang menghubungkan semula imej-imej flora dengan ekosistem kehidupannya menerusi penciptaan berasaskan amalan yang mampan. Mengambil analogi kisah <em>Layla dan Majnun<\/em>, beliau menjelaskan bahawa ikatan hubungan antara Malaysia dan China bukannya sekadar perdagangan atau diplomasi korporat semata-mata, sebaliknya merupakan cerminan cinta mendalam terhadap bumi dan keharmonian alam yang terjalin sejak berzaman sewal laluan sutera maritim.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>CIk Wang Yuan, pengerusi bersama anjuran turut menyokong pandangan tersebut dalam ucapannya dengan menyatakan bahawa inisiatif menggabungkan penyelidikan akademik, seni warisan, seni ekologi, dan muzik di kawasan tanah tinggi Kunming ini membuktikan bahawa seni dan alam sekitar mampu menjadi bahasa universal yang menyatukan bangsa.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, alunan muzik dari gubahan \u2018<em>soundscape<\/em>\u2019 bersama nada biola yang halus mengalir&nbsp; di antara empat motif botani dan bergema menerusi ruang pameran tersebut. Alunan bunyi yang dipersembahan membentuk sebuah refleksi dua hala hasil karya visual flora, sekali gus mewujudkan penglaman imersif yang mempertemukan elemen visual dan pendengan bertemakan \u2018<em>eco-synaesthetic\u2019<\/em>. Menurut Professor Chen Zhiwei, Penolong Pengarah Chun Chen Sun Art Museum di Yunnan University of Finance and Economics, \u201c\u2026pameran ini menyaksikan puluhan karya visual botanical yang menggapai para pengunjung dengan suasana nyaman aroma bunga ros segar dan permandangan musim luruh yang cerah di dalam kawasan ladang epal menyajikan nikmat pengalaman estetika dan artistik pelbagai dimensi yang merangkumi deria penglihatan, pendengaran, bau, dan rasa\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Manfaat Jalinan Kerjasama Industri &amp; Akademik&nbsp;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kolaborasi rentas sempadan melalui penganjuran pameran ini memberikan impak dan manfaat yang amat signifikan kepada FSKIK dan UPSI secara keseluruhannya:<\/p>\n\n\n\n<ol>\n<li><strong>Pindahan Teknologi &amp; Pemindahan Ilmu (<\/strong><strong><em>Knowledge Transfer<\/em><\/strong><strong>):<\/strong> Sinergi bersama rakan industri <em>Yunnan Dianyuan Flower Co., Ltd.<\/em> dan <em>Yunnan Tuan Jie Xin Agricultural Technology<\/em> membuka ruang integrasi antara sains, seni visual, seni bina landskap ekologi, dan teknologi mampan.&nbsp;<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Penyelidikan Berimpak Tinggi &amp; Pengantarabangsaan:<\/strong> Kerjasama akademik dengan institusi di China seperti <em>Yunnan University of Finance and Economics<\/em> memperkukuh kedudukan FSKIK sebagai hab penyelidikan seni hijau dan <em>eco-printmaking<\/em> di peringkat global.&nbsp;<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Peluang Mobiliti &amp; Pasaran Industri Kreatif:<\/strong> Jalinan bersama persatuan dan agensi warisan (seperti <em>Wax Printing &amp; Batik Heritage Transmission Centre<\/em>) menyediakan platform pertukaran kepakaran, mobiliti pelajar\/staf, dan pendedahan karya akademik ke pasaran antarabangsa.&nbsp;<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Diplomasi Kreatif &amp; Kebudayaan:<\/strong> Memperkasakan hubungan bilateral Malaysia-China menerusi pendekatan seni, sekali gus memelihara motif warisan botani kedua-dua buah negara.&nbsp;<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p><strong>Meneroka Hubungan Ekologi dan Warisan Budaya<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pameran ini mengetengahkan empat motif botani utama yang berkongsi nilai sejarah dan budaya antara Malaysia dan China, iaitu Bunga Raya (Hibiscus), Bunga Teratai (<em>Lotus<\/em>), Bunga Epal (<em>Apple Blossom<\/em>), dan Bunga Mawar (<em>Rose<\/em>).\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Karya yang dipamerkan menggabungkan pelbagai teknik seni halus mampan melalui pengunaan kepelbagaian media seni mampan<strong> <\/strong>atau \u2018<em>eco-friendly\u2019<\/em>. Penghasilan pelbagai medium karya seni visual yang berteraskan bahan biodegradasi semula jadi, proses pembuatan rendah karbon, serta teknik cetakan alami dan pewarnaan tumbuhan mampan dapat dilihat pada setiap hasil karya visual yang dipamerkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, penyelidikan motif botani dalam kepelbagaian biologi dengan warisan visual seawal zaman perdagangan maritim turut menjadi kajian visual oleh kedua artist visual.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p><em>&#8220;Setiap bunga mempunyai keindahannya yang tersendiri, sebagaimana setiap budaya mempunyai keunikannya. Melalui tumbuhan dan seni, kita merentas sempadan untuk saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.&#8221;<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>\u2014 Dr. Rosyida binti Mohd Rozlan, Kurator &amp; Artis, FSKIK UPSI.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tarikan &amp; Kejayaan Acara Utama (17\u201318 Oktober 2026)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pameran ini mendapat liputan luas daripada media tempatan China (<em>Yunnan.cn &amp; Yunan Daily \u2013 Yunnan News<\/em>) atas kelainan konsep menerusi pendekatan multi-deria (<em>synaesthetic<\/em>). Persembahan Muzik &amp; Interaktif (Video &amp; Puisi) semasa pelancaran dengan dua gubahan muzik (<em>soundscape<\/em>) asli bertajuk <em>Lotus<\/em> dan <em>Hibiscus<\/em> yang dicipta khusus dan dimainkan secara langsung bersama persembahan biola dan interaktif video serta bacaan puisi bersama pengunjung yang hadir. Selain itu, pengalaman seni secara langsung<strong> <\/strong>melalui sesi demonstrasi lukisan botanical oleh Dr. Rosyida serta sesi lakaran spontan untuk pengunjung oleh Cik Lai Xiao Yue turut menjadi nilai tambah kepada pameran yang bakal berlangsung hingga 30 Oktober 2026.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan \u2018hijau\u2019 dan amalan mampan (amalan mesra alam)<strong> <\/strong>yang diserapkan sepenuhnya memperlihatan aturan ruang galeri atau pameran yang memastikan usaha mampan sentiasa diamalkan seperti penggunaan bahan pelekat bio, katalog digital tanpa kertas, dan bahan biodegrasi yang digunakan sepanjang pra pameran, semasa dan pasca-pameran. Tambahan pula, ruang galeri yang berlatarbelakangkan tapak bekas perlombongan yang telah dipulihkan secara ekologi ini, menjadikan pameran ini lebih bermakna dan dihiasi dengan lebih 20,000 kuntum bunga mawar segar di tengah-tengah ladang epal yang berada di kemuncak musim menuai buah epal.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"680\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/978-1024x680.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-41353\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/978-1024x680.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/978-300x199.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/978-768x510.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/978-1536x1020.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/978-600x398.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/978.jpeg 1928w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/984-1024x683.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-41354\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/984-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/984-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/984-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/984-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/984-600x400.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/984.jpeg 1920w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-18-at-1.00.28-PM.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-41355\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-18-at-1.00.28-PM.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-18-at-1.00.28-PM-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-18-at-1.00.28-PM-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-18-at-1.00.28-PM-600x450.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Inisiatif dan penglibatan FSKIK, UPSI dalam penganjuran pameran di peringkat antarabangsa ini memperlihatkan komitmen berterusan warga akademik universiti dalam memartabatkan penyelidikan berasaskan seni visual (seni halus), memelihara kelestarian alam sekitar, serta memperkasa diplomasi budaya menerusi jalinan kerjasama industri dan institusi antarabangsa yang mampan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh Dr. Rosyida Mohd Rozlan KUNMING, CHINA, 17 &amp; 18 Oktober 2026 \u2013 Seorang pensyarah dan seorang pelajar Tahun Dua daripada Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa menerusi pameran seni rentas disiplin-budaya bertajuk &#8220;Eco-Synaesthetic: A Cross-Cultural Taxonomical Evolution of Sino-Malayan Botanical Motifs&#8221;.\u00a0 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":41352,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[90],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41351"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41351"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41351\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41356,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41351\/revisions\/41356"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41352"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41351"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41351"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41351"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}