{"id":41391,"date":"2026-10-21T16:27:15","date_gmt":"2026-10-21T08:27:15","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=41391"},"modified":"2026-10-21T16:27:17","modified_gmt":"2026-10-21T08:27:17","slug":"warisan-seorang-pendidik-ribuan-buku-kini-jadi-khazanah-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/10\/21\/warisan-seorang-pendidik-ribuan-buku-kini-jadi-khazanah-upsi\/","title":{"rendered":"WARISAN SEORANG PENDIDIK, RIBUAN BUKU KINI JADI KHAZANAH UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p>TANJONG MALIM, 21 Oktober 2026 \u2013 Bermula dengan minat membeli buku menggunakan elaun bulanan yang kecil, siapa sangka kecintaan seorang pendidik terhadap ilmu akhirnya meninggalkan khazanah bernilai yang kini dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kisah Allahyarham Cikgu A. Kamarudin Ariffin yang gemar membaca terus diabadikan apabila Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) merasmikan Koleksi A. Kamarudin Ariffin yang menempatkan sebanyak 3,444 judul merangkumi 4,894 naskhah bahan bacaan pelbagai bidang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Profesor Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun.<\/p>\n\n\n\n<p>Dilahirkan pada 22 Disember 1933 di Tapah, Perak, Allahyarham merupakan seorang pendidik yang menjadikan membaca sebagai sebahagian daripada kehidupannya. Ketika masih muda, beliau sanggup menaiki bas dari Tapah ke kedai-kedai buku pada setiap hari Sabtu semata-mata untuk mencari bahan bacaan baharu, meskipun hanya berbekalkan elaun bulanan sebanyak RM20.00.<\/p>\n\n\n\n<p>Daripada minat yang sederhana itu, koleksi bukunya semakin bertambah dari tahun ke tahun sehingga beliau berjaya mewujudkan sebuah perpustakaan peribadi di kediamannya di Jalan Temoh, Tapah. Bahan yang dikumpulkan pula merangkumi pelbagai bidang termasuk astronomi, sejarah, agama, bahasa dan sastera, menggambarkan luasnya minat serta kecintaan beliau terhadap ilmu.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 12 April 2015, hasratnya untuk melihat koleksi tersebut terus dibaca dan dimanfaatkan tidak terhenti begitu sahaja. Berkat usaha dan kesungguhan ahli keluarga, khususnya Puan Sri Datin Paduka Profesor Dr. Jamilah Ariffin, koleksi yang sekian lama menjadi sebahagian daripada kehidupan Allahyarham kini mendapat tempat baharu di PTB, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai pembaca untuk menikmati khazanah ilmu yang ditinggalkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapan perasmiannya, Raja Nor Safinas menyifatkan penubuhan koleksi khas itu sebagai satu usaha bermakna dalam menghargai jasa dan pemikiran seorang pendidik yang begitu mencintai ilmu. Menurut beliau, buku dan bahan bacaan yang dihimpunkan bukan sekadar koleksi untuk disimpan, sebaliknya membawa bersama kisah kehidupan, pengalaman dan semangat menuntut ilmu yang wajar dicontohi oleh generasi hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menekankan bahawa khazanah ilmu seperti ini mempunyai nilai yang besar kepada dunia akademik, khususnya sebagai sumber rujukan kepada penyelidik, pensyarah dan mahasiswa yang ingin mendalami sejarah, pemikiran serta perkembangan masyarakat. Pada masa sama, beliau berharap kewujudan Bilik Koleksi A.Kamarudin Ariffin dapat menarik lebih ramai warga universiti untuk mendekati bahan bacaan yang tersedia, meneroka ilmu baharu dan menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai amalan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"950\" height=\"633\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-16.05.15.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-41393\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-16.05.15.jpeg 950w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-16.05.15-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-16.05.15-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-16.05.15-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 950px) 100vw, 950px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"950\" height=\"633\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-16.06.03.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-41394\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-16.06.03.jpeg 950w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-16.06.03-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-16.06.03-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-16.06.03-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 950px) 100vw, 950px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"950\" height=\"633\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-16.08.06.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-41395\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-16.08.06.jpeg 950w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-16.08.06-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-16.08.06-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-16.08.06-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 950px) 100vw, 950px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Penghargaan turut diberikan kepada keluarga Allahyarham atas kesudian menyerahkan koleksi berkenaan kepada UPSI, selain warga PTB yang bertungkus-lumus mengurus, memproses dan menyediakan ruang khas bagi memastikan setiap bahan dapat dipelihara dengan baik. Bagi PTB, penerimaan koleksi ini membawa makna yang lebih besar daripada sekadar pertambahan bahan bacaan. Ia menjadi satu amanah untuk menjaga warisan ilmu seorang pendidik agar terus hidup dan dapat dikongsi bersama masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini, buku-buku yang dahulunya memenuhi ruang perpustakaan kecil di kediaman Allahyarham di Tapah mempunyai tempat tersendiri di UPSI, menanti untuk diterokai oleh pembaca yang ingin menimba ilmu.<\/p>\n\n\n\n<p>Daripada sebuah perpustakaan peribadi kepada khazanah ilmu universiti, legasi Cikgu A. Kamarudin Ariffin menjadi bukti bahawa kecintaan terhadap ilmu tidak terhenti dengan pemergian seseorang, sebaliknya terus hidup melalui setiap buku yang dibaca dan ilmu yang dikongsi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TANJONG MALIM, 21 Oktober 2026 \u2013 Bermula dengan minat membeli buku menggunakan elaun bulanan yang kecil, siapa sangka kecintaan seorang pendidik terhadap ilmu akhirnya meninggalkan khazanah bernilai yang kini dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang. Kisah Allahyarham Cikgu A. Kamarudin Ariffin yang gemar membaca terus diabadikan apabila Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Perpustakaan Tuanku [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":41392,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[78],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41391"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41391"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41391\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41396,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41391\/revisions\/41396"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41392"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41391"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41391"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41391"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}