{"id":41470,"date":"2026-11-01T15:53:12","date_gmt":"2026-11-01T07:53:12","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=41470"},"modified":"2026-11-01T15:53:14","modified_gmt":"2026-11-01T07:53:14","slug":"festival-orator-2026-serlah-bakat-bahasa-dan-budaya-martabatkan-seni-pengucapan-awam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/01\/festival-orator-2026-serlah-bakat-bahasa-dan-budaya-martabatkan-seni-pengucapan-awam\/","title":{"rendered":"Festival Orator 2026 Serlah Bakat Bahasa dan Budaya, Martabatkan Seni Pengucapan Awam"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Fatina Bakar<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJUNG MALIM, 28 Oktober 2026<\/strong> \u2013 Majlis Penutupan Festival Orator 2026 berlangsung meriah di Auditorium Utama, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dengan kehadiran para pelajar dan tetamu jemputan.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis tersebut turut menyaksikan kehadiran para pemenang pertandingan dari seluruh negara, termasuk Sabah, Kedah, Melaka dan Selangor, yang berhimpun bagi meraikan kejayaan serta pencapaian masing-masing dalam festival berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Festival yang berlangsung secara dalam talian dari 1 September hingga 28 Oktober 2026 itu melabuhkan tirainya dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang bagi tiga kategori utama, iaitu sekolah rendah, sekolah menengah serta kategori terbuka yang turut melibatkan peserta daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA).<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"978\" height=\"775\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41472\" style=\"width:842px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture1.png 978w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture1-300x238.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture1-768x609.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture1-600x475.png 600w\" sizes=\"(max-width: 978px) 100vw, 978px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pemenang bagi pertandingan vlog bahasa Jerman<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Pelbagai pertandingan berteraskan kemahiran berbahasa dan pengucapan awam telah dianjurkan sepanjang festival berlangsung. Bagi kategori sekolah rendah, pertandingan video bercerita secara individu dipertandingkan dalam bahasa Inggeris, Tamil dan Arab.<\/p>\n\n\n\n<p>Kategori sekolah menengah pula menampilkan pertandingan pidato secara individu dalam bahasa Melayu dan Arab. Sementara itu, bagi kategori terbuka dan IPTA, dua pertandingan utama dianjurkan, iaitu pidato secara individu dalam bahasa Melayu serta penghasilan vlog secara berkumpulan dalam enam bahasa, iaitu Mandarin, Korea, Jepun, Perancis, Jerman dan Sepanyol.<\/p>\n\n\n\n<p>Bertemakan <strong>\u201cBahasa Merentas Dunia, Budaya Menyatukan Dunia\u201d<\/strong>, Festival Orator 2026 menjadi platform untuk mengetengahkan bakat, kreativiti dan keyakinan peserta dalam seni pengucapan awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran program ini turut membuka ruang kepada peserta untuk mengasah kemahiran komunikasi, memperkukuh penguasaan bahasa dan menghargai kepelbagaian budaya menerusi aktiviti yang berteraskan bahasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Akademi Bahasa Antarabangsa, Profesor Madya Dr. Mazlin binti Mohamed Mokhtar, merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian serta berkongsi idea dan kreativiti masing-masing sepanjang festival berlangsung.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"769\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Festival-orator-2-1024x769.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41474\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Festival-orator-2-1024x769.png 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Festival-orator-2-300x225.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Festival-orator-2-768x577.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Festival-orator-2-600x450.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Festival-orator-2.png 1059w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pemenang pertandingan mengabadikan kenangan di Auditorium Utama UPSI<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, setiap penyertaan mencerminkan usaha, latihan dan kesediaan peserta untuk menerima bimbingan, sekali gus memberikan nilai tambah kepada penganjuran pertandingan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian penutupan oleh Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Pengkomersialan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Dr. Mohamad Taufiq Abdul Ghani, yang seterusnya menyempurnakan Majlis Penutupan Festival Orator 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemuncak majlis turut diserikan dengan persembahan tarian oleh pelajar bahasa Iban, Kadazandusun dan Semai, selain persembahan nyanyian oleh pelajar Persatuan Bahasa Jepun.<\/p>\n\n\n\n<p>Persembahan tersebut menampilkan kepelbagaian seni dan budaya, sekali gus menghidupkan suasana majlis serta mencerminkan keunikan warisan budaya dalam masyarakat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain pertandingan dan persembahan kebudayaan, sebanyak 10 reruai turut dibuka di ruang Auditorium Utama UPSI bagi memberikan pengalaman yang lebih interaktif kepada para pengunjung.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"958\" height=\"718\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41473\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture3.png 958w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture3-300x225.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture3-768x576.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture3-600x450.png 600w\" sizes=\"(max-width: 958px) 100vw, 958px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pameran reruai bahasa Jepun mempamerkan pakaian dan permainan tradisi<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Reruai tersebut menampilkan pelbagai bahasa dan budaya, termasuk reruai Persatuan Perintis Bahasa Etnik serta reruai bahasa Arab, Korea dan Jepun.<\/p>\n\n\n\n<p>Pihak penaja, UOB Islamic Banking, turut menyediakan perkhidmatan pembukaan akaun menerusi reruai khas yang disediakan. Pengunjung juga berpeluang mengunjungi reruai jualan yang menawarkan pelbagai barangan dan makanan menarik sepanjang program berlangsung.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, Festival Orator 2026 bukan sahaja menjadi medan untuk mencungkil bakat dan meningkatkan keyakinan diri peserta dalam pengucapan awam, malah turut memperkukuh kesedaran tentang kepentingan penguasaan pelbagai bahasa dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran festival ini diharapkan dapat terus menyemarakkan minat terhadap pembelajaran bahasa serta melahirkan generasi yang berani berkomunikasi, kreatif dan mampu menyampaikan idea dengan berkesan dalam persekitaran yang kaya dengan kepelbagaian bahasa dan budaya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Fatina Bakar TANJUNG MALIM, 28 Oktober 2026 \u2013 Majlis Penutupan Festival Orator 2026 berlangsung meriah di Auditorium Utama, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dengan kehadiran para pelajar dan tetamu jemputan. Majlis tersebut turut menyaksikan kehadiran para pemenang pertandingan dari seluruh negara, termasuk Sabah, Kedah, Melaka dan Selangor, yang berhimpun bagi meraikan kejayaan serta pencapaian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":13,"featured_media":41471,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[140],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41470"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/13"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41470"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41470\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41475,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41470\/revisions\/41475"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41471"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41470"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41470"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41470"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}