{"id":41503,"date":"2026-11-02T09:43:40","date_gmt":"2026-11-02T01:43:40","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=41503"},"modified":"2026-11-02T09:43:41","modified_gmt":"2026-11-02T01:43:41","slug":"khar-futsal-tradisi-pelikat-bersarung-juara-disanjung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/02\/khar-futsal-tradisi-pelikat-bersarung-juara-disanjung\/","title":{"rendered":"KHAR FUTSAL TRADISI: PELIKAT BERSARUNG, JUARA DISANJUNG"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Muhammad Zayyad Iman Zaini<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, Perak, 25 Oktober 2026<\/strong> \u2013 Semangat kesukanan dan tradisi warga kolej disemarakkan menerusi program KHAR FUTSAL TRADISI: PELIKAT BERSARUNG, JUARA DISANJUNG. Program ini merupakan sebuah program sukan yang menghimpunkan para penghuni Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) dalam suasana penuh meriah dan ceria. Program ini menggabungkan permainan futsal bersama pemakaian kain pelikat sekali gus mewujudkan identiti seperti semangat kesukanan dan semangat bekerjasama dalam kalangan peserta.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran program ini bertujuan untuk menggalakan gaya hidup aktif, mengeratkan hubungan silaturahim antara penghuni kolej dan membina semangat berpasukan. Selain itu, pertandingan ini memberi ruang kepada penghuni KHAR untuk menonjolkan bakat, disiplin, strategi dan sikap saling hormat-menghormati tanpa mengira latar belakang.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini berlangsung di gelanggang futsal KHAR selama dua hari iaitu pada 24 dan 25 Oktober 2026. Hari pertama pertandingan dijalankan menggunakan format liga, apabila setiap pasukan dalam kumpulan masing-masing&nbsp; berlawan untuk mengumpul mata dan menentukan kedudukan terbaik. Persaingan berlangsung sengit apabila setiap pasukan berusaha mempamerkan aksi terbaik demi memperoleh mata yang mencukupi. Empat pasukan teratas mengikut johan dan naib johan dalam kumpulan masing-masing kemudian layak ke peringkat ke separuh akhir.<\/p>\n\n\n\n<p>Empat pasukan tersebut bertanding dengan menggunakan format kalah mati. Sebelum perlawanan bermula, para peserta menjalani sesi pemanasan badan terlebih dahulu yang dikendalikan oleh ahli jawatankuasa aktiviti. Sepanjang perlawanan, setiap pasukan mempamerkan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"635\" height=\"352\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41505\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-3.png 635w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-3-300x166.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-3-600x333.png 600w\" sizes=\"(max-width: 635px) 100vw, 635px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Gambar perlawanan<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"552\" height=\"414\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41506\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-3.png 552w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-3-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 552px) 100vw, 552px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Gambar penyampaian hadiah<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"585\" height=\"329\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41507\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-3.png 585w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-3-300x169.png 300w\" sizes=\"(max-width: 585px) 100vw, 585px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Gambar barisan AJK Program<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Keunikan program ini, pemain-pemain berlawan sambil memakai kain pelikat. Elemen tradisi ini bukan sahaja mewujudkan suasana santai dan menghiburkan malah menggabungkan warisan budaya dengan aktiviti sukan masa kini. Sorakan daripada daripada rakan-rakan turut menambahkan kemeriahan program.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini bukan sekadar pertandingan untuk menentukan pemenang tetapi turut menjadi medium untuk meningkatkan perpaduan, kerjasama, disiplin dan toleransi. Program seperti ini wajar diteruskan kerana mampu mewujudkan warga kolej KHAR yang aktif, harmoni dan saling menyokong antara satu sama lain serta menghargai unsur tradisi dalam suasana yang segar dan menyeronokkan.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Muhammad Zayyad Iman Zaini Tanjong Malim, Perak, 25 Oktober 2026 \u2013 Semangat kesukanan dan tradisi warga kolej disemarakkan menerusi program KHAR FUTSAL TRADISI: PELIKAT BERSARUNG, JUARA DISANJUNG. Program ini merupakan sebuah program sukan yang menghimpunkan para penghuni Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) dalam suasana penuh meriah dan ceria. Program ini menggabungkan permainan futsal bersama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":41504,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[176,200,95],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41503"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41503"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41503\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41508,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41503\/revisions\/41508"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41504"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41503"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41503"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41503"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}