{"id":41615,"date":"2026-11-02T11:38:19","date_gmt":"2026-11-02T03:38:19","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=41615"},"modified":"2026-11-02T11:38:21","modified_gmt":"2026-11-02T03:38:21","slug":"dari-kampus-ke-bilik-darjah-upsi-uum-perkukuh-sinergi-transformasi-pendidikan-guru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/02\/dari-kampus-ke-bilik-darjah-upsi-uum-perkukuh-sinergi-transformasi-pendidikan-guru\/","title":{"rendered":"Dari Kampus ke Bilik Darjah: UPSI, UUM Perkukuh Sinergi Transformasi Pendidikan Guru"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Hartini Ismail<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 29 Oktober 2026 <\/strong>\u2013 Kepakaran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang pendidikan dan pembangunan profesionalisme keguruan terus mendapat perhatian apabila 12 orang delegasi Pusat Pengajian Pendidikan (<em>School of Education<\/em>, SOE), Universiti Utara Malaysia (UUM) mengadakan lawatan penandaarasan ke Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), UPSI, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Lawatan ini menjadi platform perkongsian amalan terbaik serta pengukuhan jaringan kerjasama akademik antara kedua-dua universiti, khususnya dalam pengurusan dan pelaksanaan program pengajian di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara fokus utama perbincangan ialah pembangunan kurikulum, struktur dan pengkhususan program akademik, pelaksanaan <em>Value-Based Education<\/em> (VBE), kaedah pentaksiran serta pengurusan latihan mengajar dalam usaha meningkatkan kualiti dan profesionalisme bakal pendidik.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkongsian turut merangkumi pelaksanaan <em>microteaching<\/em> dan <em>macroteaching<\/em>, penempatan guru pelatih di sekolah, pengintegrasian pengalaman industri serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif bagi memenuhi keperluan pendidikan semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain aspek pengajaran, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai pengurusan program prasiswazah dan pascasiswazah, tadbir urus hal ehwal akademik, pengurusan kewangan program, penawaran kursus, penjaminan kualiti serta strategi meningkatkan kecekapan pengurusan akademik.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Fakulti Pembangunan Manusia, Profesor Madya Dr. Norazilawati Abdullah berkata, lawatan penandaarasan seumpama ini merupakan ruang penting untuk memperkukuh kecemerlangan pengurusan akademik melalui perkongsian pengalaman dan amalan terbaik antara institusi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLawatan ini bukan sekadar perkongsian mengenai pelaksanaan program pendidikan guru, malah turut membuka ruang untuk kita meneliti pendekatan terbaik dalam pengurusan akademik, kewangan, mobiliti serta pembangunan program prasiswazah dan pascasiswazah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam landskap pendidikan tinggi yang semakin mencabar, kerjasama antara universiti amat penting bagi memastikan program yang ditawarkan kekal relevan, berkualiti dan mampu melahirkan graduan yang kompeten serta berdaya saing,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, perkongsian pengalaman antara UPSI dan UUM juga berpotensi memperkukuh kerjasama dalam bidang penyelidikan, inovasi pengajaran, mobiliti pelajar dan pensyarah serta pembangunan program akademik yang lebih fleksibel dan responsif terhadap keperluan semasa.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"531\" height=\"300\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-14.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41617\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-14.png 531w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-14-300x169.png 300w\" sizes=\"(max-width: 531px) 100vw, 531px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"618\" height=\"464\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-12.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41618\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-12.png 618w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-12-300x225.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-12-600x450.png 600w\" sizes=\"(max-width: 618px) 100vw, 618px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Perbincangan turut menyentuh aspek pendidikan inklusif, kesejahteraan pelajar serta peluang kerjasama strategik dalam memperluas pengalaman pembelajaran dan pembangunan profesionalisme keguruan.<\/p>\n\n\n\n<p>Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan UPSI dan UUM dalam memperkukuh hubungan institusi, meningkatkan kecekapan tadbir urus akademik serta meneroka pendekatan baharu dalam memperkasakan pendidikan tinggi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Diharapkan sinergi yang terjalin dapat menjadi pemangkin kepada transformasi pendidikan guru yang lebih holistik, inovatif dan berteraskan nilai, sekali gus menyumbang kepada pembangunan modal insan berkualiti selaras dengan aspirasi pendidikan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Hartini Ismail TANJONG MALIM, 29 Oktober 2026 \u2013 Kepakaran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang pendidikan dan pembangunan profesionalisme keguruan terus mendapat perhatian apabila 12 orang delegasi Pusat Pengajian Pendidikan (School of Education, SOE), Universiti Utara Malaysia (UUM) mengadakan lawatan penandaarasan ke Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), UPSI, hari ini. Lawatan ini menjadi platform [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":41616,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[112],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41615"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41615"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41615\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41619,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41615\/revisions\/41619"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41616"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41615"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41615"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41615"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}