{"id":41792,"date":"2026-11-03T08:51:17","date_gmt":"2026-11-03T00:51:17","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=41792"},"modified":"2026-11-03T08:51:18","modified_gmt":"2026-11-03T00:51:18","slug":"sisa-jadi-baja-komuniti-jadi-berdaya-revolusi-kebun-lasagna-dalam-komuniti-bandar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/03\/sisa-jadi-baja-komuniti-jadi-berdaya-revolusi-kebun-lasagna-dalam-komuniti-bandar\/","title":{"rendered":"Sisa Jadi Baja, Komuniti Jadi Berdaya: Revolusi Kebun Lasagna dalam Komuniti Bandar"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Dr. Anizah Mohd Salleh, Ahmad Azam Abdul Somad, Mohamad Alif Nasnawi Abdullah<\/p>\n\n\n\n<p>Bukit Sentosa, 2 November 2026 \u2013 Sisa dapur dan sisa kebun sering kali dianggap sebagai sampah yang tidak bernilai, namun melalui inovasi dan pemindahan ilmu yang tepat, ia boleh bertukar menjadi sumber kekayaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bertitik tolak daripada kesedaran ini, sebuah program pemindahan ilmu (Knowledge Transfer Programme &#8211; KTP) telah berjaya dilaksanakan di Pangsapuri Seri Bakawali, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor. <\/p>\n\n\n\n<p>Projek yang diketuai oleh Dr. Anizah Mohd Salleh dari Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini bertujuan memperkenal amalan pengkomposan melalui teknik Kebun Lasagna dalam kalangan komuniti pertanian bandar. <\/p>\n\n\n\n<p>Program yang dilaksanakan pada 31 Oktober 2026 ini telah melibatkan seramai 15 orang peserta komuniti, 2 orang siswazah pelatih, dan 4 orang sukarelawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan program ini turut disokong oleh rakan kolaborasi strategik iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Hulu Selangor serta Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Seri Bakawali, yang bersama-sama memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan utama projek ini dapat dilihat melalui perubahan positif dalam aspek pengetahuan, sikap, kemahiran, dan aspirasi (PSKA) komuniti setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut impak ekonomi, projek ini dapat mengurangkan kebergantungan komuniti kepada baja kimia apabila mereka kini mampu menghasilkan baja organik sendiri daripada sisa dapur dan sisa kebun yang sebelum ini dibuang ke tapak pelupusan. <\/p>\n\n\n\n<p>Melalui teknik Kebun Lasagna, sisa organik dijadikan lapisan dalam kotak tanaman, sekali gus mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sampah dan menjimatkan kos pembelian baja serta tanah, di samping membuka potensi pengkomersialan produk organik komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari aspek pembangunan modal insan, projek ini melibatkan 2 orang siswazah pelatih daripada Program Sarjana Muda Sains Pertanian (Pengembangan Pertanian) dengan Pendidikan (AT65) menjadi fasilitator yang kompeten dalam pengurusan projek komuniti, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan. <\/p>\n\n\n\n<p>Seramai 4 orang sukarelawan dan 15 orang peserta komuniti juga telah dibimbing sehingga mampu menjadi ejen perubahan dalam komuniti mereka sendiri. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"531\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-28.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41794\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-28.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-28-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-28-768x433.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-28-600x339.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Peserta menjawab borang soal selidik bagi menilai keberkesanan program dari aspek pengetahuan, sikap, kemahiran, dan aspirasi (PSKA) komuniti terhadap pengurusan sisa organik dan pertanian bandar<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"529\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-25.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41795\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-25.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-25-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-25-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-25-600x337.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Peserta komuniti membina kotak tanaman dengan bimbingan siswazah pelatih dan sukarelawan<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Selain itu, projek ini turut menghasilkan modul latihan pengurusan sisa organik melalui pertanian bandar yang berfungsi sebagai rujukan berterusan bukan sahaja untuk komuniti Pangsapuri Seri Bakawali, malah boleh dikongsikan dengan institusi pendidikan lain kerana ia merangkumi panduan praktikal mengenai pembinaan kebun lasagna secara organik.<\/p>\n\n\n\n<p>Program pemindahan ilmu ini membuktikan bahawa pendekatan inovatif seperti teknik Kebun Lasagna mampu menyelesaikan dua masalah serentak iaitu pengurusan sisa organik dan kemampanan pertanian bandar. Menerusi sokongan jaringan kolaborasi antara UPSI, agensi kerajaan, dan komuniti, projek perundingan di bawah Program Pemindahan Ilmu (Kod Perundingan: 2026-0090-PP-01) yang dibiayai oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris ini bukan sahaja memenuhi objektif pemindahan ilmu, malah mampu membina kapasiti komuniti untuk meneruskan amalan ini secara berterusan. <\/p>\n\n\n\n<p>Impak jangka panjangnya diharap dapat melahirkan generasi yang lebih menghargai alam sekitar dan mampu berdikari dalam pengeluaran makanan secara mampan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Anizah Mohd Salleh, Ahmad Azam Abdul Somad, Mohamad Alif Nasnawi Abdullah Bukit Sentosa, 2 November 2026 \u2013 Sisa dapur dan sisa kebun sering kali dianggap sebagai sampah yang tidak bernilai, namun melalui inovasi dan pemindahan ilmu yang tepat, ia boleh bertukar menjadi sumber kekayaan. Bertitik tolak daripada kesedaran ini, sebuah program pemindahan ilmu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":41793,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[172],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41792"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41792"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41792\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41796,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41792\/revisions\/41796"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41793"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41792"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41792"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41792"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}