{"id":41834,"date":"2026-11-03T11:37:48","date_gmt":"2026-11-03T03:37:48","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=41834"},"modified":"2026-11-03T11:37:49","modified_gmt":"2026-11-03T03:37:49","slug":"dari-kampus-ke-bilik-darjah-memperkasa-literasi-bahasa-murid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/03\/dari-kampus-ke-bilik-darjah-memperkasa-literasi-bahasa-murid\/","title":{"rendered":"DARI KAMPUS KE BILIK DARJAH: MEMPERKASA LITERASI BAHASA MURID"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh: Dr. Mohd Hazreen Shah Hassan<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang murid mungkin mempunyai banyak idea, tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakan karangan. Seorang lagi murid mungkin memahami soalan dalam Bahasa Inggeris, namun memilih untuk berdiam diri kerana bimbang melakukan kesilapan. Kedua-dua keadaan ini memperlihatkan bahawa cabaran penguasaan bahasa bukan sekadar berkaitan pengetahuan, tetapi turut melibatkan kemahiran dan keyakinan untuk menggunakan bahasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pendidikan, kelemahan berbahasa sering dikaitkan dengan pencapaian peperiksaan. Namun, persoalan yang lebih signifikan adalah sejauh manakah murid diberikan ruang dan peluang untuk mengembangkan kemahiran literasi bahasa yang bersesuaian dengan keperluan mereka? Keadaan ini menuntut pendekatan pembelajaran yang tidak hanya bergantung pada pengajaran rutin di bilik darjah.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, kerjasama antara pihak universiti dengan pihak sekolah dilihat sebagai langkah alternatif untuk memperluas akses murid kepada kepakaran pedagogi, strategi pembelajaran dan pengalaman latihan yang lebih berfokus.<\/p>\n\n\n\n<p>Usaha tersebut diterjemahkan melalui dua inisiatif Program Pemindahan Ilmu&nbsp; (<em>Knowledge Transfer Programme<\/em>) oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), iaitu <em>Program Sanggar Bahasa Sekolah Menengah Kebangsaan Proton City pada 9 dan 10 September 2025<\/em> dan <em>Program Intensif Literasi Bahasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Slim pada 10 dan 11 Jun 2026<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-dua program berkesinambungan anjuran Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) bersama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPSI, dengan kerjasama sekolah dan rakan komuniti masing-masing, telah berjaya melibatkan hampir keseluruhan 162 orang murid. Fokus utama KTP adalah kepada penguasaan penulisan Bahasa Melayu dan penguasaan bertutur Bahasa Inggeris sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).<\/p>\n\n\n\n<p>Program Pemindahan Ilmu (KTP) ini dilaksanakan melalui intervensi pembelajaran berfokus yang menggabungkan penerangan teknik, latihan amali, perbincangan kumpulan dan bimbingan langsung oleh pensyarah serta fasilitator UPSI. Bagi Bahasa Melayu, intervensi menekankan teknik membina pendahuluan, mengembangkan isi dan menghasilkan penutup karangan yang berkesan. Bagi Bahasa Inggeris pula, intervensi melibatkan latihan komunikasi individu, aktiviti berpasangan dan simulasi ujian bertutur SPM bagi meningkatkan kelancaran serta keyakinan murid berkomunikasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Penilaian <em>Program Sanggar Bahasa SMK Proton City Tahun 2025<\/em> memperlihatkan peningkatan penguasaan penulisan Bahasa Melayu apabila 47 daripada 62 murid yang berada pada tahap lemah dan sangat lemah sebelum intervensi berjaya melepasi kedua-dua kategori tersebut selepas program. Perubahan positif turut dicatatkan dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris apabila bilangan murid pada tahap sangat lemah menurun daripada 37 orang kepada sifar.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, <em>Program Intensif Literasi Bahasa SMK Slim Tahun 2026<\/em> turut mencatatkan pencapaian memberangsangkan apabila 78 peratus murid mencapai tahap baik dan cemerlang dalam penulisan Bahasa Melayu selepas intervensi. Bagi kemahiran bertutur Bahasa Inggeris pula, peratusan murid pada kedua-dua tahap tersebut meningkat daripada 14 peratus kepada 36 peratus. Secara keseluruhannya, dapatan ini menyerlahkan potensi intervensi KTP berfokus dalam memperkukuh penguasaan bahasa serta membina keyakinan murid.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"874\" height=\"370\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-32.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41836\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-32.png 874w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-32-300x127.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-32-768x325.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-32-600x254.png 600w\" sizes=\"(max-width: 874px) 100vw, 874px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"316\" height=\"300\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-30.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41837\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-30.png 316w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-30-300x285.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-30-24x24.png 24w\" sizes=\"(max-width: 316px) 100vw, 316px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"197\" height=\"300\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-24.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41838\"\/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Signifikannya, pelaksanaan kedua-dua program bukan sahaja memberikan manfaat kepada murid sekolah, malah turut membuka ruang kepada mahasiswa UPSI yang bertindak sebagai fasilitator untuk memperoleh pengalaman langsung dalam mengaplikasikan pengetahuan pedagogi dan kemahiran pengajaran dalam situasi sebenar. Kerjasama yang terjalin antara pensyarah, mahasiswa, guru dan pentadbir sekolah turut memperkukuh jaringan strategik universiti dengan komuniti pendidikan, sekali gus membuka peluang kepada pelaksanaan intervensi yang lebih berterusan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengalaman ini memperlihatkan bahawa kejayaan pemindahan ilmu tidak hanya diukur melalui bilangan program atau peserta, tetapi sejauh mana kepakaran universiti mampu membantu murid mengatasi cabaran pembelajaran. Melalui perancangan berfokus, perkongsian kepakaran dan bimbingan susulan, manfaat intervensi berpotensi diperluas ke sekolah lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Di situlah nilai sebenar pemindahan ilmu, apabila universiti bukan sekadar hadir untuk berkongsi pengetahuan, tetapi turut membina pengalaman bakal pendidik, memperkukuh kerjasama pendidikan dan membuka peluang kepada lebih ramai murid untuk menguasai bahasa dengan yakin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh: Dr. Mohd Hazreen Shah Hassan Seorang murid mungkin mempunyai banyak idea, tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakan karangan. Seorang lagi murid mungkin memahami soalan dalam Bahasa Inggeris, namun memilih untuk berdiam diri kerana bimbang melakukan kesilapan. Kedua-dua keadaan ini memperlihatkan bahawa cabaran penguasaan bahasa bukan sekadar berkaitan pengetahuan, tetapi turut melibatkan kemahiran dan keyakinan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":41835,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[140],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41834"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41834"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41834\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41839,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41834\/revisions\/41839"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41835"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41834"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41834"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41834"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}