{"id":41841,"date":"2026-11-04T08:55:03","date_gmt":"2026-11-04T00:55:03","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=41841"},"modified":"2026-11-04T08:55:06","modified_gmt":"2026-11-04T00:55:06","slug":"pusat-stem-upsi-perkasa-guru-sk-ulu-slim-melalui-ai-dan-pembelajaran-bermakna","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/04\/pusat-stem-upsi-perkasa-guru-sk-ulu-slim-melalui-ai-dan-pembelajaran-bermakna\/","title":{"rendered":"Pusat STEM UPSI Perkasa Guru SK Ulu Slim Melalui AI dan Pembelajaran Bermakna"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Prof Madya Dr Shakinaz Desa dan Nor Aida Abdul Aziz<\/p>\n\n\n\n<p>SLIM RIVER, 24 Oktober 2026- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperluas perkongsian kepakaran dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan inovasi pedagogi menerusi penglibatan ahli akademiknya dalam Program i-TEACH SEKULIM: AI dan Pembelajaran Bermakna di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Slim, Slim River, Perak.<\/p>\n\n\n\n<p>Program pembangunan profesional anjuran Jawatankuasa Kurikulum dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) SK Ulu Slim itu melibatkan guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP), dengan matlamat memperkukuh kompetensi digital serta mengintegrasikan teknologi AI dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p>Program tersebut menampilkan Profesor Madya Dr. Shakinaz Desa dari Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Matematik (FSM), UPSI, yang juga merupakan Google AI Champion Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Felo STEM Nurturing Center UPSI, sebagai penceramah jemputan.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkongsian aplikasi berteraskan falsafah<em> Learning Experience and Experiencing Learning<\/em>. Sesi menekankan bahawa perubahan paradigma penggunaan AI dalam pendidikan, bukan sekadar menghasilkan bahan pengajaran yang menarik. Guru perlu mereka bentuk pengalaman pembelajaran yang bermakna, berpusatkan murid dan berasaskan teori pendidikan yang sesuai.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara pendekatan yang diperkenalkan ialah teknik <em>reverse engineering<\/em>, pembinaan arahan AI berasaskan konteks, teori pendidikan, dan prinsip <em>Visualization Before Context Prompting. <\/em>Ini bagi mendedahkankepentingan menentukan tujuan, impak dan risiko pembelajaran sebelum menggunakan AI untuk menghasilkan sesuatu bahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui aktiviti amali, peserta meneroka penggunaan aplikasi Google termasuk Gemini dan Gemini Canvas untuk membangunkan bahan pembelajaran digital, visual pendidikan serta aktiviti interaktif yang boleh disesuaikan dengan tahap dan keperluan murid.<\/p>\n\n\n\n<p>Penekanan turut diberikan kepada penggunaan AI secara beretika dan bertanggungjawab, khususnya dalam memastikan ketepatan kandungan, kesesuaian bahan dengan objektif pembelajaran serta peranan guru sebagai pembuat keputusan utama dalam proses PdP.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan ini membawa mesej penting bahawa <em>Guru mengendalikan AI; murid mengalami pembelajaran<\/em>, sekali gus menegaskan bahawa keberkesanan teknologi pendidikan bukan hanya diukur melalui kecanggihan bahan yang dihasilkan, tetapi juga melalui pengalaman dan kefahaman yang dibina oleh murid.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"818\" height=\"870\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/1-33.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41843\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/1-33.png 818w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/1-33-282x300.png 282w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/1-33-768x817.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/1-33-600x638.png 600w\" sizes=\"(max-width: 818px) 100vw, 818px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Profesor Madya Dr. Shakinaz Desa menyampaikan perkongsian kepakaran berkaitan AI dan Pembelajaran Bermakna sempena Program i-TEACH SEKULIM di SK Ulu Slim, Slim River, Perak.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"413\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-31-1024x413.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41844\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-31-1024x413.png 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-31-300x121.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-31-768x309.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-31-600x242.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-31.png 1122w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Peserta mengikuti bimbngan penggunaan aplikasi AI melalui aktiviti amali menggunakan komputer riba bagi membangunkan bahan dan pengalaman pembelajaran digital.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Program yang berlangsung secara interaktif itu turut memberi ruang kepada peserta untuk meneroka sendiri aplikasi AI melalui aktiviti praktikal, sekali gus menghubungkan pengetahuan teknologi dengan keperluan sebenar pengajaran di bilik darjah.<\/p>\n\n\n\n<p>Penglibatan ahli akademik UPSI yang turut membawa kepakaran STEM Nurturing Center ini mencerminkan komitmen universiti dalam memperluas pemindahan ilmu, menyokong pembangunan profesional guru serta memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi dengan komuniti sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pusat STEM UPSI akan terus membantu dan membina pengetahuan guru-guru mengenai peranan <em>human-in-the-loop<\/em>, menggunakan AI berteraskan falsafah dan teori pendidikan, serta tidak membiarkan hanya AI membuat keputusan semata-mata. Inisiatif seumpama ini selari dengan peranan UPSI sebagai universiti pendidikan dalam memperkasa pendidik yang bukan sahaja celik teknologi, malah mampu memanfaatkan AI secara kritis, kreatif dan beretika bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Prof Madya Dr Shakinaz Desa dan Nor Aida Abdul Aziz SLIM RIVER, 24 Oktober 2026- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperluas perkongsian kepakaran dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan inovasi pedagogi menerusi penglibatan ahli akademiknya dalam Program i-TEACH SEKULIM: AI dan Pembelajaran Bermakna di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Slim, Slim River, Perak. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":41842,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[121],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41841"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41841"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41841\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41845,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41841\/revisions\/41845"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41842"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41841"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41841"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41841"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}