{"id":41962,"date":"2026-11-12T09:30:59","date_gmt":"2026-11-12T01:30:59","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=41962"},"modified":"2026-11-12T09:34:19","modified_gmt":"2026-11-12T01:34:19","slug":"upsi-perkasa-minat-stem-dalam-kalangan-pelajar-smk-raja-shahriman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/12\/upsi-perkasa-minat-stem-dalam-kalangan-pelajar-smk-raja-shahriman\/","title":{"rendered":"UPSI perkasa minat STEM dalam kalangan pelajar SMK Raja Shahriman"},"content":{"rendered":"\n<p>BERUAS \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) memperkasa minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) melalui Program STI 100\u00b3 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Shahriman, di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang melibatkan kira-kira 490 pelajar Tingkatan Satu hingga Enam serta guru itu dilaksanakan dalam tiga sesi pada 16 Jan, 8 April dan 15 Jun lepas dengan peruntukan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).<\/p>\n\n\n\n<p>Saintis STI 100\u00b3 UPSI, Prof Dr Bahbibi Rahmatullah berkata pendedahan awal melalui pengalaman pembelajaran secara langsung penting bagi memupuk minat dan keyakinan pelajar terhadap bidang sains serta teknologi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMatlamat kami bukan sekadar mengajar pelajar menyambung litar atau menulis kod. Kami mahu menyemai rasa ingin tahu, memupuk minat dan membina keyakinan mereka bahawa teknologi bukan sesuatu yang jauh atau sukar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila pelajar melihat sendiri idea mereka menjadi ciptaan yang berfungsi, mereka mula sedar bahawa mereka juga mampu menjadi pencipta dan inovator teknologi, bukan sekadar pengguna,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"291\" height=\"516\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-51.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41965\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-51.png 291w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-51-169x300.png 169w\" sizes=\"(max-width: 291px) 100vw, 291px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Encik Meor Asyraf bin Rostam Affandi, alumni SMKRS dan Perwakilan Dewan Belia Perak, berkongsi inspirasi kerjaya IT<\/strong><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"764\" height=\"575\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-48.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41966\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-48.png 764w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-48-300x226.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-48-600x452.png 600w\" sizes=\"(max-width: 764px) 100vw, 764px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Ucapan perasmian penutup oleh YB Senator Datuk Dr. Azhar bin Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah UPSI<\/strong><br><strong>\u00a0<\/strong><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"766\" height=\"431\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-38.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41967\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-38.png 766w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-38-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-38-600x338.png 600w\" sizes=\"(max-width: 766px) 100vw, 766px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>\u00a0Sesi perkongsian dan soal jawab bersama pelajar<\/strong><br><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Program STI 100\u00b3 merupakan inisiatif bersama MOSTI dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menghubungkan 100 saintis tempatan dengan 100 sekolah bagi meningkatkan minat murid terhadap bidang STEM.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahbibi dilantik sebagai saintis bagi Kitaran Dua program itu pada November 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara pengisian program ialah ceramah kesedaran teknologi maklumat (IT) dan kecerdasan buatan (AI) pada 8 April yang disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah UPSI, Senator Datuk Dr Azhar Ahmad di Dewan Dato\u2019 Salleh, SMK Raja Shahriman.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapannya, Azhar menekankan kepentingan penguasaan AI dalam kalangan pelajar bagi mempersiapkan mereka menghadapi perubahan dunia pekerjaan, selain menggalakkan mereka menjadi pencipta teknologi dan bukan sekadar pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p>Program itu turut menampilkan alumni sekolah berkenaan yang juga Perwakilan Dewan Belia Perak, Meor Asyraf Rostam Affandi, yang berkongsi pengalaman serta peluang kerjaya dalam bidang teknologi maklumat.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada sesi 15 Jun, pelajar menyertai bengkel amali di makmal komputer dengan mereka bentuk dan membuat simulasi litar elektronik menggunakan perisian Tinkercad sebelum membina litar sebenar menggunakan kit Arduino, termasuk komponen diod pemancar cahaya (LED) dan penderia ultrasonik.<\/p>\n\n\n\n<p>Dapatan kaji selidik sebelum dan selepas program menunjukkan hampir 90 peratus pelajar bersetuju bahawa kesedaran, pengetahuan dan minat mereka terhadap bidang STI meningkat, manakala tanggapan bahawa sains merupakan bidang yang membosankan dan sukar turut berkurangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Program itu diharap dapat diteruskan menerusi kerjasama UPSI, MOSTI, KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak bagi memperluas pendedahan teknologi serta menggalakkan lebih ramai pelajar meneroka bidang STEM.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BERUAS \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) memperkasa minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) melalui Program STI 100\u00b3 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Shahriman, di sini. Program yang melibatkan kira-kira 490 pelajar Tingkatan Satu hingga Enam serta guru itu dilaksanakan dalam tiga sesi pada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":41964,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[204,1,147],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41962"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41962"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41962\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41969,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41962\/revisions\/41969"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41964"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41962"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41962"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41962"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}