{"id":42000,"date":"2026-11-12T10:37:43","date_gmt":"2026-11-12T02:37:43","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=42000"},"modified":"2026-11-12T10:37:45","modified_gmt":"2026-11-12T02:37:45","slug":"eksplorasi-bitara-4-0-perkukuh-sinergi-upsi-kvsas-semarak-semangat-kesukarelawanan-dan-kesejahteraan-komuniti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/12\/eksplorasi-bitara-4-0-perkukuh-sinergi-upsi-kvsas-semarak-semangat-kesukarelawanan-dan-kesejahteraan-komuniti\/","title":{"rendered":"EKSPLORASI BITARA 4.0 PERKUKUH SINERGI UPSI-KVSAS, SEMARAK SEMANGAT KESUKARELAWANAN DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: JAYFSON JAINOL<\/p>\n\n\n\n<p>Sungai Besar, Selangor, 1 November 2026 \u2013 Semangat kesukarelawanan, keprihatinan sosial dan perpaduan masyarakat terus disemarakkan menerusi penganjuran Program Eksplorasi BITARA 4.0: Generasi Bitara, Komuniti Sejahtera yang berlangsung selama empat hari, bermula 29 Oktober hingga 1 November 2026 di Sungai Besar, Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p>Program anjuran Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad (KVSAS) itu menghimpunkan mahasiswa UPSI, pelajar KVSAS, peserta antarabangsa serta komuniti setempat dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan dengan masyarakat melalui pelbagai aktiviti kesukarelawanan, khidmat komuniti dan pembangunan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengetua UKLK UPSI, Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob, berkata Program Eksplorasi BITARA 4.0 merupakan platform penting dalam memperkasakan peranan mahasiswa sebagai agen perubahan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berupaya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman melalui penglibatan secara langsung bersama komuniti memberi peluang kepada mahasiswa membina kemahiran kepimpinan, komunikasi, empati dan tanggungjawab sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pengalaman tinggal bersama keluarga angkat serta melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan diharapkan dapat memberikan nilai tambah kepada pembangunan sahsiah mahasiswa. Kita mahu melahirkan generasi BITARA yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan kemahiran, malah memiliki nilai kemanusiaan serta keprihatinan terhadap masyarakat,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi pendekatan program anak angkat, seramai 70 peserta berpeluang tinggal bersama keluarga angkat sepanjang program berlangsung. Pendekatan ini memberikan pendedahan secara langsung kepada peserta tentang kehidupan, budaya dan sosioekonomi masyarakat setempat, selain menyemai nilai kekeluargaan, toleransi, empati serta keprihatinan sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengisian program dimulakan dengan Majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat yang disempurnakan oleh YBhg. Dato\u2019 Haji Baharin bin Mat Akhir di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Sungai Besar. Majlis tersebut menjadi simbolik kepada pembentukan hubungan kekeluargaan serta pengukuhan jalinan silaturahim antara mahasiswa, keluarga angkat dan komuniti setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada hari kedua, program diteruskan dengan pengisian NextGen Pathways yang melibatkan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (<em>experiential learning<\/em>), para peserta mengikuti aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) serta modul MYCROHABITS yang dilaksanakan secara interaktif menerusi lima stesen permainan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengisian ini memberi peluang kepada peserta meneroka potensi diri, meningkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan serta memperkukuh semangat kerja berpasukan. Pendekatan pembelajaran secara santai dan menyeronokkan turut membantu membina keyakinan diri, sahsiah positif serta kemahiran insaniah sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam memperluas manfaat kepakaran dan kemahiran teknikal kepada masyarakat, program GR TVET D\u2019HATI turut dilaksanakan dengan penglibatan aktif pelajar KVSAS. Menerusi inisiatif ini, para pelajar mengaplikasikan kemahiran vokasional yang dipelajari melalui kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan awam berdasarkan keperluan yang dikenal pasti oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif ini bukan sahaja menjadi medan aplikasi ilmu dalam situasi sebenar, malah memperlihatkan peranan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemangkin kesejahteraan komuniti, di samping memupuk tanggungjawab sosial dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Kepelbagaian warisan budaya turut diketengahkan menerusi pengisian Heritage on a Plate: Warisan Rasa, Jalinan Komuniti yang menggabungkan demonstrasi penyediaan makanan sihat berasaskan bahan tempatan Sungai Besar, demonstrasi kulinari dan bakeri oleh pelajar KVSAS serta pengenalan hidangan tradisional negara asal oleh pelajar antarabangsa UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara keunikan pengisian tersebut ialah perkongsian sajian tradisional dari China, iaitu <em>Carrot and Lamb Dumplings<\/em>, serta makanan popular Indonesia, seblak. Aktiviti ini turut diserikan dengan khidmat komuniti seperti perkhidmatan penjagaan kuku, hiasan biskut dan seni gubahan tangan yang membuka ruang kepada perkongsian kemahiran serta interaksi bersama masyarakat setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Aspek kesejahteraan dan kebajikan komuniti turut diberikan perhatian menerusi perkhidmatan saringan kesihatan dengan kerjasama pihak Klinik Kesihatan Daerah serta pertandingan mewarna yang melibatkan peserta Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Pengisian ini menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan, di samping menggalakkan penglibatan golongan berkeperluan khas dalam aktiviti kemasyarakatan secara inklusif.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"427\" height=\"320\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-56.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42002\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-56.png 427w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-56-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 427px) 100vw, 427px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Barisan VIP ketika penutupan majlis<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"447\" height=\"335\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-53.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42003\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-53.png 447w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-53-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 447px) 100vw, 447px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Ucapan daripada Encik Zainal bin Bahaudin<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"420\" height=\"316\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-43.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42004\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-43.png 420w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-43-300x226.png 300w\" sizes=\"(max-width: 420px) 100vw, 420px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Penyampaian cenderamata<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Keprihatinan terhadap golongan memerlukan pula dizahirkan menerusi aktiviti Skuad Penyayang yang melibatkan ziarah kebajikan dan penyampaian sumbangan kepada keluarga asnaf. Inisiatif ini turut disusuli dengan kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan gotong-royong membersihkan kawasan PAWE bagi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan kondusif untuk kegunaan komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam usaha mengimbangi pembangunan sahsiah dan kecemerlangan diri, para peserta turut mengikuti pengisian kerohanian yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Luqman Hakim bin Othman (Da\u2019i Hakim) di Masjid Nurdiniah, Parit 2, Sungai Haji Dorani. Pengisian tersebut memberikan penekanan terhadap penghayatan nilai spiritual, pembinaan akhlak dan pengukuhan jati diri, sekali gus menyemai kesedaran bahawa khidmat kepada masyarakat perlu berpaksikan keikhlasan, kasih sayang dan tanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ketiga program dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan sukan rakyat di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Limau. Pelbagai acara seperti tarik tali, futsal, baling selipar, bola beracun dan boling kelapa berjaya memeriahkan suasana. Pengisian ini membuka ruang kepada mahasiswa dan penduduk setempat untuk berinteraksi dalam suasana santai, sekali gus menggalakkan gaya hidup aktif serta semangat kesukanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Semangat muafakat dan kebersamaan seterusnya disemarakkan menerusi pengisian Citra Bangsa yang melibatkan aktiviti gotong-royong memasak bersama mahasiswa UPSI, pelajar KVSAS dan masyarakat Sungai Besar dengan kerjasama JPKK. Aktiviti ini bukan sekadar menyediakan juadah untuk dinikmati bersama, malah menjadi wadah penyatuan komuniti yang merentas latar belakang dan generasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjelang malam, suasana di PAWE terus dimeriahkan dengan Malam Kebudayaan \u201cGema Seni, Jiwa Budaya\u201d yang mengetengahkan kepelbagaian seni, budaya dan bakat para peserta. Persembahan marhaban, nyanyian lagu berunsurkan budaya masyarakat Cina, persembahan pelajar antarabangsa serta pertandingan karaoke menjadi antara pengisian utama yang mencerminkan keharmonian, toleransi dan semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang berlangsung selama empat hari itu melabuhkan tirainya menerusi Majlis Penutupan Program Eksplorasi BITARA 4.0 di PAWE, Sungai Besar pada 1 November 2026. Majlis dimulakan dengan ucapan wakil anak angkat yang mewakili pelajar antarabangsa dan KVSAS, diikuti ucapan Pengarah KVSAS sebelum disempurnakan oleh Encik Zainal bin Bahaudin, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan).<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapan alu aluan penutup, Pengarah KVSAS, Pn. Roselawati Awang, berkata kerjasama antara UPSI dengan KVSAS menerusi program berkenaan merupakan satu inisiatif bermakna yang membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, kemahiran dan pengalaman antara kedua-dua institusi pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, penglibatan pelajar KVSAS dalam pelbagai aktiviti, khususnya menerusi pengisian GR TVET D\u2019HATI dan Heritage on a Plate, membolehkan mereka mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam situasi sebenar, di samping meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan kesedaran terhadap tanggungjawab sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kerjasama seperti ini wajar diteruskan kerana memberikan manfaat bukan sahaja kepada pelajar, malah kepada komuniti setempat. Pengalaman mengaplikasikan kemahiran dalam persekitaran masyarakat sebenar turut membantu membentuk pelajar yang lebih kompeten, kreatif dan prihatin,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p><a><\/a>Majlis turut menyaksikan penyampaian cenderamata dan sijil penghargaan kepada keluarga angkat serta pihak-pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang pelaksanaan program. Penghargaan tersebut merupakan tanda apresiasi atas komitmen semua pihak dalam menjayakan inisiatif berkenaan, sekali gus memperkukuh hubungan kerjasama antara UPSI, KVSAS dan komuniti Sungai Besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, Program Eksplorasi BITARA 4.0 bukan sekadar sebuah program khidmat komuniti, sebaliknya merupakan platform pembelajaran berasaskan pengalaman yang mengintegrasikan ilmu, kemahiran dan nilai kemanusiaan dengan keperluan sebenar masyarakat. Penglibatan mahasiswa secara langsung dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan memberikan ruang untuk membina empati, kepimpinan, tanggungjawab sosial, kesukarelawanan serta keupayaan berinteraksi dalam persekitaran masyarakat yang pelbagai.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran program ini turut mencerminkan komitmen UPSI dalam melahirkan graduan yang holistik, berdaya saing dan mempunyai kesedaran sosial yang tinggi. Kecemerlangan mahasiswa bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik, tetapi juga melalui keupayaan menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun program telah melabuhkan tirainya, pengalaman, nilai kebersamaan dan ukhuwah yang terjalin diharapkan terus menjadi inspirasi kepada para peserta untuk kekal berbakti serta berperanan sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Inilah manifestasi Generasi BITARA yang bukan sahaja berilmu dan berkemahiran, malah prihatin, berjiwa besar serta sentiasa bersedia menyumbang kepada kesejahteraan ummah dan komuniti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: JAYFSON JAINOL Sungai Besar, Selangor, 1 November 2026 \u2013 Semangat kesukarelawanan, keprihatinan sosial dan perpaduan masyarakat terus disemarakkan menerusi penganjuran Program Eksplorasi BITARA 4.0: Generasi Bitara, Komuniti Sejahtera yang berlangsung selama empat hari, bermula 29 Oktober hingga 1 November 2026 di Sungai Besar, Selangor. Program anjuran Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Universiti Pendidikan Sultan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":42001,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[164],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42000"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=42000"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42000\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":42005,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42000\/revisions\/42005"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/42001"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=42000"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=42000"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=42000"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}