{"id":42068,"date":"2026-11-12T15:48:11","date_gmt":"2026-11-12T07:48:11","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=42068"},"modified":"2026-11-12T15:48:12","modified_gmt":"2026-11-12T07:48:12","slug":"menghulur-bakti-menyemai-insani-mahasiswa-santuni-anak-yatim-dan-pelajar-miskin-di-paya-rumput-jaya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/12\/menghulur-bakti-menyemai-insani-mahasiswa-santuni-anak-yatim-dan-pelajar-miskin-di-paya-rumput-jaya\/","title":{"rendered":"Menghulur Bakti, Menyemai Insani: Mahasiswa Santuni Anak Yatim dan Pelajar Miskin di Paya Rumput Jaya"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh Amir Haziq dan Nazalinda Wanie<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Paya Rumput, Melaka- <\/strong>Program Kesukarelawanan yang meblibatkan mahasiswa melalui kerjasama Persatuan Bahasa Arab (PBA), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI dan UNISSA dianjurkan sebagai inisiatif untuk menyemai nilai keprihatinan, memperkukuh hubungan silaturahim serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, khususnya golongan anak yatim dan miskin.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang berlangsung pada 25 Oktober 2026 ini melibatkan kunjungan ke Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Paya Rumput Jaya Sungai Udang, Melaka (PAYASUM). Penganjuran program ini menjadi platform kepada mahasiswa untuk mendekati komuniti setempat, di samping memupuk semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa.<\/p>\n\n\n\n<p>Perjalanan ke destinasi bermula seawal jam 4.30 pagi dan dijadualkan tiba pada jam 9.00 pagi. Sepanjang perjalanan, para peserta berhenti di R&amp;R Seremban bagi menunaikan solat Subuh sebelum meneruskan perjalanan. Sarapan pagi turut disediakan bagi memastikan kebajikan dan keselesaan para peserta sepanjang program berlangsung.<\/p>\n\n\n\n<p>Setibanya di PAYASUM pada jam 9.00 pagi, program diteruskan dengan pengisian bersama mahasiswa daripada PBA, MPP UPSI dan MPP UNISSA yang berlangsung sehingga jam 12.00 tengah hari. Pengisian ini dimulakan dengan aktiviti <em>ice breaking<\/em> bagi mewujudkan suasana mesra serta menggalakkan interaksi antara mahasiswa dengan para pelajar PAYASUM.<\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya, sesi pembelajaran bersama pelajar PAYASUM diadakan sebagai salah satu pengisian utama program. Melalui sesi ini, mahasiswa berpeluang berkongsi ilmu, memberikan sokongan pembelajaran serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan. Pengisian ini juga diharapkan dapat meningkatkan motivasi pelajar serta menyemai minat terhadap pembelajaran.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"449\" height=\"304\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-67.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42070\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-67.png 449w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-67-300x203.png 300w\" sizes=\"(max-width: 449px) 100vw, 449px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"462\" height=\"304\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-62.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42071\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-62.png 462w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-62-300x197.png 300w\" sizes=\"(max-width: 462px) 100vw, 462px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"949\" height=\"443\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-48.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42072\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-48.png 949w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-48-300x140.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-48-768x359.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-48-600x280.png 600w\" sizes=\"(max-width: 949px) 100vw, 949px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Selain itu, program turut merangkumi edaran bantuan serta sumbangan kebajikan kepada pelajar PAYASUM sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap kebajikan mereka. Inisiatif ini mencerminkan semangat saling membantu dan kepentingan menyantuni golongan yang memerlukan melalui penglibatan aktif mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Program diakhiri dengan sesi penutup dan penyampaian cenderahati. Sesi ini menjadi tanda penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program, di samping mengeratkan hubungan antara mahasiswa, pihak pengurusan PAYASUM dan para pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, program ini bukan sekadar memenuhi tuntutan aktiviti kesukarelawanan, malah menjadi wadah untuk membentuk mahasiswa yang prihatin, bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan masyarakat. Diharapkan agar usaha ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh budaya kesukarelawanan serta menyemai nilai kemanusiaan dalam kalangan mahasiswa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Amir Haziq dan Nazalinda Wanie Paya Rumput, Melaka- Program Kesukarelawanan yang meblibatkan mahasiswa melalui kerjasama Persatuan Bahasa Arab (PBA), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI dan UNISSA dianjurkan sebagai inisiatif untuk menyemai nilai keprihatinan, memperkukuh hubungan silaturahim serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, khususnya golongan anak yatim dan miskin. Program yang berlangsung pada 25 Oktober 2026 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":42069,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[140,108],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42068"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=42068"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42068\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":42073,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42068\/revisions\/42073"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/42069"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=42068"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=42068"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=42068"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}