{"id":42078,"date":"2026-11-12T16:58:34","date_gmt":"2026-11-12T08:58:34","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=42078"},"modified":"2026-11-12T16:58:35","modified_gmt":"2026-11-12T08:58:35","slug":"program-mobiliti-antarabangsa-pelajar-komunikasi-upsi-bina-kerjasama-pengalaman-bersama-unnes","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/12\/program-mobiliti-antarabangsa-pelajar-komunikasi-upsi-bina-kerjasama-pengalaman-bersama-unnes\/","title":{"rendered":"PROGRAM MOBILITI ANTARABANGSA PELAJAR KOMUNIKASI UPSI \u00a0BINA KERJASAMA, PENGALAMAN BERSAMA UNNES \u00a0\u00a0"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Nur Adlina Aiman &amp; Muhammad Zul\u2019 Ashryn<\/p>\n\n\n\n<p>SEMARANG, INDONESIA\u2013 Seramai 20 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Sosial), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) &nbsp;menyertai Program Mobiliti Antarabangsa ke Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia yang berlangsung selama 10 hari bermula 19 hingga 28 Oktober 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini turut disertai oleh dua orang pensyarah pengiring iaitu Ketua Jabatan Komunikasi dan Media, Dr Sarina Yusuf dan Dr Nur Nadia Abd Mubin sebagai usaha memperkukuh hubungan akademik dan jaringan kerjasama antarabangsa antara kedua-dua institusi pengajian tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Sarina berkata peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti akademik, perkongsian ilmu dan interaksi bersama warga akademik serta mahasiswa UNNES.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenganjuran program mobiliti ini membuktikan komitmen berterusan UPSI dan UNNES dalam melahirkan graduan beraspirasi global yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malahan berkeyakinan tinggi serta mempunyai daya ketahanan budaya yang mantap,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata antara pengisian utama program ialah sesi perkongsian akademik antara pelajar UPSI dan UNNES yang menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta memperluas pengetahuan berkaitan bidang komunikasi dan isu-isu semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain pengisian akademik, katanya, peserta berpeluang menyertai lawatan warisan di sekitar bandar Semarang bagi meneroka keunikan sejarah, seni bina dan warisan budaya masyarakat tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata lawatan itu memberikan pendedahan secara langsung kepada para pelajar tentang kepentingan pemeliharaan bangunan bersejarah serta peranan warisan dalam membentuk identiti dan jati diri sesebuah masyarakat selain membuat perbandingan antara warisan sejarah Indonesia dan Malaysia, sekali gus meningkatkan pemahaman terhadap persamaan dan keunikan budaya kedua-dua negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram ini memberi penekanan terhadap pertukaran budaya melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan sebagai simbol kepelbagaian budaya Malaysia<\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar mempersembahkan gabungan tarian tradisional yang merangkumi tarian Melayu, Sabah, India, Cina dan Sarawak sekali gus memperkenalkan keunikan seni, perpaduan kaum dan budaya Malaysia kepada warga UNNES.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-12-at-16.47.56-768x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-42080\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-12-at-16.47.56-768x1024.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-12-at-16.47.56-225x300.jpeg 225w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-12-at-16.47.56-600x800.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-12-at-16.47.56.jpeg 960w\" sizes=\"(max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pelajar dan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuat lawatan ke UNNES TV, Universitas Negeri Semarang, Indonesia.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"800\" height=\"450\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-12-at-16.48.07.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-42081\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-12-at-16.48.07.jpeg 800w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-12-at-16.48.07-300x169.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-12-at-16.48.07-768x432.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-12-at-16.48.07-600x338.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Delegasi pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama pelajar Universitas Negeri Semarang (UNNES) di hadapan pintu gerbang UNNES, Indonesia, sempena Program Mobiliti Outbound UPSI\u2013UNNES.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"800\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-12-at-16.48.17.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-42082\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-12-at-16.48.17.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-12-at-16.48.17-225x300.jpeg 225w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama pelajar dan pensyarah Universitas Negeri Semarang (UNNES) setelah menyertai aktiviti senamrobik sempena Program Mobiliti Outbound UPSI\u2013UNNES.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Beliau berkata Program Mobiliti Antarabangsa UPSI ke UNNES &nbsp;memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada &nbsp;peserta melalui gabungan pengisian akademik, pertukaran budaya dan penerokaan warisan sejarah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram ini diharapkan dapat menjadi platform berterusan dalam memperkukuh hubungan antara UPSI dan UNNES, di samping melahirkan graduan yang berdaya saing, berfikiran global serta mempunyai kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di peringkat antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar juga berpeluang meneroka dunia penyiaran menerusi lawatan akademik ke UNNES TV, malah mengadakan sesi rakaman podcast bersama mahasiswa UNNES &nbsp;membincangkan topik berkaitan komunikasi antara budaya (<em>Intercultural Communication<\/em>), khususnya perkongsian perspektif, budaya dan pengalaman antara mahasiswa Malaysia dan Indonesia.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain mereka mengikuti program kecergasan dan kebudayaan bersama yang berlangsung meriah di pekarangan Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik (FISIP), UNNES.<\/p>\n\n\n\n<p>Aktiviti kecergasan itu menyuntik semangat gaya hidup sihat, peluang komunikasi dan pengerat silaturahim antara mahasiswa UPSI dan UNNES.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, Acara permainan tradisional seperti lompat getah dan tarik tali sebagai permainan warisan serantau juga membina semangat kesukanan yang tinggi dalam keunikan serta persamaan budaya kedua-dua belah negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nur Adlina Aiman &amp; Muhammad Zul\u2019 Ashryn SEMARANG, INDONESIA\u2013 Seramai 20 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Sosial), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) &nbsp;menyertai Program Mobiliti Antarabangsa ke Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia yang berlangsung selama 10 hari bermula 19 hingga 28 Oktober 2026. Program ini turut disertai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":42079,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[140],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42078"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=42078"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42078\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":42083,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42078\/revisions\/42083"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/42079"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=42078"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=42078"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=42078"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}