{"id":42091,"date":"2026-11-13T15:46:50","date_gmt":"2026-11-13T07:46:50","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=42091"},"modified":"2026-11-13T15:46:51","modified_gmt":"2026-11-13T07:46:51","slug":"polka-dot-wonderland-dare-to-style-dare-to-shine-meriahkan-malam-penghuni-khar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/13\/polka-dot-wonderland-dare-to-style-dare-to-shine-meriahkan-malam-penghuni-khar\/","title":{"rendered":"\u2018Polka Dot Wonderland : Dare To Style, Dare To Shine\u2019 meriahkan malam penghuni KHAR"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh: Fatin Nadia Mohd Zaki<\/p>\n\n\n\n<p>TANJONG MALIM, 1 November 2026 \u2013 Exco Blok Kediaman 2, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) Sidang 2026\/2027 telah menganjurkan program <em>Polka Dot Wonderland<\/em> bertempat di KHAR Central, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program ini mendapat sambutan daripada penghuni perempuan KHAR dengan penyertaan yang menggabungkan elemen seni solekan dan penggayaan fesyen. Penganjuran ini menjadi salah satu inisiatif bagi menggalakkan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kolej yang berteraskan kreativiti dan pembangunan diri.<\/p>\n\n\n\n<p><em>Polka Dot Wonderland<\/em> bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama penghuni kolej di samping memupuk kreativiti dan meningkatkan keyakinan diri. Berlangsung dari jam 7.30 malam hingga 11.00 malam, program ini memberikan peluang kepada peserta untuk meneroka seni solekan serta penggayaan pakaian. Melalui konsep yang diketengahkan, peserta berpeluang menggabungkan idea dan kemahiran masing-masing bagi menghasilkan penampilan yang menarik. Penganjuran ini juga memberi ruang kepada mahasiswa untuk mengembangkan potensi diri melalui aktiviti di luar bilik kuliah.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis dimulakan dengan pendaftaran peserta dan penonton yang melibatkan seramai 7 kumpulan peserta dan 200 orang penonton sebelum ketibaan Pengetua KHAR, Dr. Haji Che Anuar bin Che Abdullah. Para peserta diberikan penerangan awal berkaitan perjalanan program, manakala penonton mengambil tempat yang disediakan. Kehadiran warga kolej ini menunjukkan sambutan yang menggalakkan terhadap penganjuran Polka Dot Wonderland. Suasana di KHAR Central turut dipenuhi dengan kehadiran penghuni kolej yang tidak sabar untuk menyaksikan pengisian yang telah dirancang oleh pihak penganjur.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis, bacaan doa dan ucapan Pengarah Program, Nurfatiesha binti Zamree, yang juga merupakan Exco Blok Kediaman 2 KHAR Sidang 2026\/2027. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengarah Program, Saudari Nurfatiesha binti Zamree, beliau berharap agar program <em>Polka Dot Wonderland<\/em> dapat memberikan peluang kepada peserta untuk meneroka kreativiti dalam seni solekan serta meningkatkan keyakinan diri dalam menampilkan gaya dan penampilan masing-masing. Beliau turut berharap agar program ini dapat berlangsung dengan jayanya dan menjadi pengalaman yang bermakna kepada semua peserta dan penonton.<\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya, majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Pengetua KHAR.Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Pengetua KHAR, Dr. Haji Che Anuar bin Che Abdullah, beliau menzahirkan penghargaan terhadap usaha penganjur dalam menjayakan program <em>Polka Dot Wonderland<\/em>. Beliau turut menyelitkan pesanan kepada para penghuni agar sentiasa menjaga kesihatan diri serta kebersihan blok kediaman demi mewujudkan persekitaran kolej yang bersih, selesa dan harmoni.<\/p>\n\n\n\n<p>Program diteruskan dengan slot pengenalan dan perincian aktiviti sebelum sesi solekan dan penggayaan pakaian dimulakan pada jam 8.30 malam. Setiap kumpulan diberikan masa selama satu jam 30 minit, iaitu sehingga jam 10.00 malam, untuk menyiapkan solekan serta pakaian model masing-masing. Sepanjang tempoh tersebut, ahli kumpulan menjalankan tugas mengikut peranan yang telah ditetapkan bagi memastikan persediaan dapat diselesaikan dalam masa yang diberikan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"579\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-68.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42093\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-68.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-68-300x178.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-68-768x455.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-68-600x356.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Ucapan alu-aluan daripada Pengarah Program, Saudari Nurfatiesha binti Zamree<\/strong><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"470\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-63.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42094\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-63.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-63-300x144.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-63-768x369.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-63-600x289.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Sesi <em>fashion show<\/em> oleh model setiap kumpulan<\/strong><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"427\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-49.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42095\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-49.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-49-300x131.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-49-768x336.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-49-600x262.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Sesi bergambar bersama para peserta dan penonton<\/strong><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Setelah sesi solekan dan penggayaan selesai, acara diteruskan dengan <em>fashion show<\/em> yang menampilkan setiap model memperagakan hasil persediaan kumpulan masing-masing di hadapan para penonton. Setiap model berjalan di pentas dengan memperlihatkan padanan solekan dan pakaian yang telah dipilih. Para penonton turut memberikan sorakan dan tepukan sebagai tanda sokongan, sekali gus mewujudkan suasana yang meriah sepanjang sesi peragaan berlangsung.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai penghargaan atas penyertaan mereka, para peserta dan penonton turut menerima mata CHAMP dan cap aktiviti KHAR. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sesi fotografi bagi model-model yang memperagakan hasil solekan setiap kumpulan peserta serta bersama seluruh penonton. Program <em>Polka Dot Wonderland<\/em> melabuhkan tirainya pada jam 11.00 malam. Secara keseluruhannya, penganjuran program ini berjaya memberikan ruang kepada penghuni kolej untuk mengetengahkan bakat dalam bidang solekan dan fesyen serta mengeratkan hubungan sesama penghuni.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh: Fatin Nadia Mohd Zaki TANJONG MALIM, 1 November 2026 \u2013 Exco Blok Kediaman 2, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) Sidang 2026\/2027 telah menganjurkan program Polka Dot Wonderland bertempat di KHAR Central, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program ini mendapat sambutan daripada penghuni perempuan KHAR dengan penyertaan yang menggabungkan elemen seni solekan dan penggayaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":42092,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[176,200,95],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42091"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=42091"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42091\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":42096,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42091\/revisions\/42096"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/42092"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=42091"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=42091"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=42091"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}