{"id":42164,"date":"2026-11-16T10:38:33","date_gmt":"2026-11-16T02:38:33","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=42164"},"modified":"2026-11-16T10:38:34","modified_gmt":"2026-11-16T02:38:34","slug":"upsi-jadi-rujukan-unesco-dan-timor-leste-perkukuh-pendidikan-sejarah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/16\/upsi-jadi-rujukan-unesco-dan-timor-leste-perkukuh-pendidikan-sejarah\/","title":{"rendered":"UPSI Jadi Rujukan UNESCO dan Timor-Leste Perkukuh Pendidikan Sejarah"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: PM Dr. Nazirah Lee dan Dr. Siti Zahrah Mahfood<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim &#8211;<\/strong> Kredibiliti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan terus mendapat pengiktirafan di persada antarabangsa apabila dipilih sebagai institusi rujukan oleh delegasi UNESCO dan Universidade Nacional Timor Lorosa&#8217;e (UNTL), Timor-Leste. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengiktirafan tersebut diterjemahkan menerusi kunjungan penanda aras dua hari ke Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) UPSI pada 26 dan 27 Oktober lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini digerakkan di bawah inisiatif Projek Pendidikan Sejarah dan Keamanan yang diterajui oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).<\/p>\n\n\n\n<p>Delegasi khas berkenaan diketuai oleh Penyelaras Projek UNESCO, Hye Young Kim, bersama enam orang pensyarah dan bakal tenaga pengajar yang dilantik bagi menerajui penubuhan Jabatan Sejarah baharu di UNTL.<\/p>\n\n\n\n<p>Kunjungan ke Tanjung Malim ini merupakan sebahagian daripada pengisian Program Lawatan Kajian dan Pertukaran Profesional selama dua minggu (18 hingga 31 Oktober 2026). <\/p>\n\n\n\n<p>Kunjungan penanda aras berkenaan bertujuan untuk mendapatkan\u00a0 perkongsian intelektual bagi memperkukuh asas pendidikan sejarah dan latihan perguruan di negara pascakonflik berkenaan. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-13-at-9.03.56-AM-1024x576.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-42166\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-13-at-9.03.56-AM-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-13-at-9.03.56-AM-300x169.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-13-at-9.03.56-AM-768x432.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-13-at-9.03.56-AM-600x337.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-13-at-9.03.56-AM.jpeg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"472\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-13-at-9.10.42-AM-472x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-42167\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-13-at-9.10.42-AM-472x1024.jpeg 472w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-13-at-9.10.42-AM-138x300.jpeg 138w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-13-at-9.10.42-AM.jpeg 498w\" sizes=\"(max-width: 472px) 100vw, 472px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Ketua Jabatan Sejarah, Dr. Siti Zahrah Mahfood bersama barisan pensyarah Jabatan Sejarah memanfaatkan platform ini untuk berkongsi amalan terbaik (<em>best practices<\/em>) pengajaran dan pembelajaran sejarah. <\/p>\n\n\n\n<p>Usaha ini dirangka khusus bagi membantu UNTL memulakan penubuhan jabatan baharunya, di samping memantapkan struktur kurikulum yang berkualiti tinggi dan berdaya saing.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Fokus utama wacana akademik dalam pertemuan tersebut tertumpu kepada pedagogi kontemporari, model latihan praktikum, pengurusan hal ehwal pelajar, serta pemupukan kesedaran sejarah generasi muda. <\/p>\n\n\n\n<p>Melalui pertukaran fikiran dan perbincangan yang diadakan, kedua-dua pihak bersetuju bahawa pengajaran sejarah perlu lebih kreatif dan tidak hanya bergantung kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang pasif atau hafalan fakta semata-mata. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, sejarah perlu dihidupkan dan berfungsi dalam kehidupan masa kini. Selari dengan itu, perbincangan yang diadakan di antara UPSI dengan UNTL bersetuju bahawa pendidikan sejarah perlu dirangka untuk mengasah pemikiran kritis murid menerusi analisis sumber primer dan penghayatan makna peristiwa masa lampau secara objektif. <\/p>\n\n\n\n<p>Amalan PdP di UPSI dikongsikan dengan harapan UNTL boleh menjadikannya sebagai penanda aras bagi program baharu yang dirancang.<\/p>\n\n\n\n<p>Jabatan Sejarah juga membincangkan kepentingan untuk mengangkat subjek Sejarah\u00a0 sebagai instrumen strategik dalam membina keamanan yang berkekalan, memupuk persefahaman, serta menyatupadukan masyarakat. <\/p>\n\n\n\n<p>Elemen berkenaan disampaikan melalui sesi perkongsian mengenai pengalaman merangka, melaksana dan menguruskan kurikulum sejarah dan latihan perguruan berasaskan konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Perkongsian ini diharap akan turut dijadikan rujukan untuk disesuaikan dengan realiti sosial dan bud aya Timor-Leste. <\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang sesi perbincangan yang dilakukan, pihak jabatan juga mengambil kesempatan menyatakan keyakinan dan optimisnya bahawa di bawah kerangka pendidikan keamanan anjuran UNESCO, kurikulum yang bakal dibangunkan UNTL berpotensi menjadi wadah pembentukan naratif kebangsaan yang inklusif, adil, dan progresif. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, pihak UNESCO dan UNTL juga dimaklumkan mengenai kesediaan UPSI dan Jabatan Sejarah khususnya, untuk berkongsi kepakaran instruksional dan dokumen panduan kurikulum. UNTL juga dialu-alukan sebagai rakan strategik kerana UPSI sentiasa komited dan terbuka untuk menyumbangkan kepakarannya dalam usaha membantu memajukan institusi pengajian tinggi serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>Jabatan Sejarah turut berkongsi maklumat mengenai perancangan program, pengurusan pelajar dan juga perkembangan kerjaya yang dijalankan di UPSI.&nbsp; Perbincangan turut menyentuh potensi kerjasama dalam pelbagai bidang pada masa akan datang. Ini termasuklah kerjasama dalam bidang penyelidikan, pertukaran pelajar, staf dan lain-lain aktiviti akademik yang boleh menyumbang kepada peningkatan akademik bagi kedua-dua pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi interaksi dua hala ini bukan sahaja membuka ruang kepada delegasi UNTL mendalami selok-belok pengurusan akademik di UPSI, malah memberi pendedahan berharga kepada pensyarah di UPSI khususnya di Jabatan Sejarah mengenai cabaran membina program universiti di negara serantau. Pengalaman ini juga memberikan pendedahan langsung tentang proses kerja dengan agensi antarabangsa yang berprestij seperti UNESCO.<\/p>\n\n\n\n<p>Jalinan kerjasama trilateral antara UPSI, UNTL, dan UNESCO ini diharap menjadi pemangkin kepada kolaborasi yang lebih lestari pada masa hadapan, khususnya dalam penyelidikan bersama, penerbitan, serta penyeliaan merentas sempadan. Benih ilmu yang disemai di bumi Tanjung Malim ini diyakini mampu melahirkan generasi pendidik sejarah yang berwibawa di Timor-Leste, sekali gus menyumbang kepada masa depan rantau Asia Tenggara yang lebih aman dan makmur.&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: PM Dr. Nazirah Lee dan Dr. Siti Zahrah Mahfood Tanjong Malim &#8211; Kredibiliti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan terus mendapat pengiktirafan di persada antarabangsa apabila dipilih sebagai institusi rujukan oleh delegasi UNESCO dan Universidade Nacional Timor Lorosa&#8217;e (UNTL), Timor-Leste. Pengiktirafan tersebut diterjemahkan menerusi kunjungan penanda aras dua hari ke Jabatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":42165,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[166],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42164"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=42164"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42164\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":42168,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42164\/revisions\/42168"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/42165"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=42164"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=42164"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=42164"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}