{"id":42178,"date":"2026-11-16T10:46:54","date_gmt":"2026-11-16T02:46:54","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=42178"},"modified":"2026-11-16T10:46:55","modified_gmt":"2026-11-16T02:46:55","slug":"merentasi-batas-penglihatan-artisense-tactile-paint-kit-memperkasa-pendidikan-seni-inklusif-dan-potensi-kreatif-komuniti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/16\/merentasi-batas-penglihatan-artisense-tactile-paint-kit-memperkasa-pendidikan-seni-inklusif-dan-potensi-kreatif-komuniti\/","title":{"rendered":"MERENTASI BATAS PENGLIHATAN: ARTISENSE TACTILE PAINT KIT MEMPERKASA PENDIDIKAN SENI INKLUSIF DAN POTENSI KREATIF KOMUNITI"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh Dr. Rosyida Mohd Rozlan<\/p>\n\n\n\n<p>PUTATAN, SABAH, 13 November 2026 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), dengan kerjasama Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB KL), telah melaksanakan Program Penyerahan Sumbangan dan Demonstrasi <em>ArtiSense Tactile Paint Kit <\/em>di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Tuaran (SKPK Tuaran), Putatan, Sabah. Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari di Bilik Mesyuarat SKPK Tuaran ini merupakan sebahagian daripada inisiatif penyelidikan bertajuk \u201cKelestarian Seni Komuniti Inklusif: Impak Intervensi Transdisiplinari <em>ArtiSense Starter Kit<\/em> terhadap Pemerkasaan Bakat Seni Kurang Upaya Penglihatan dan Golongan Rentan di Malaysia\u201d, yang dilaksanakan di bawah Geran Yayasan Sime Darby Art Festival 2026 (No. Geran: 2026-0050-106-29).<\/p>\n\n\n\n<h1 class=\"wp-block-heading\"><strong>Seni sebagai hak, bukan keistimewaan visual<\/strong><\/h1>\n\n\n\n<p>Seni sering dikaitkan dengan keupayaan melihat, mentafsir dan menghayati elemen visual seperti garisan, rupa, bentuk, warna, jalinan dan ruang. Namun, tanggapan bahawa pengalaman seni perlu bergantung sepenuhnya kepada deria penglihatan merupakan suatu batas konseptual yang wajar dinilai semula, khususnya dalam konteks pendidikan seni inklusif. Hakikatnya, pengalaman estetik dan proses penghasilan karya seni turut boleh diterokai melalui sentuhan, pergerakan, pengalaman tubuh, bunyi dan interaksi dengan bahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam konteks ini, pendidikan seni perlu dilihat sebagai ruang pembelajaran yang mengiktiraf kepelbagaian keupayaan deria serta menyediakan peluang yang adil kepada setiap individu untuk berkarya dan mengekspresikan pemikiran kreatif. Pendekatan ini selari dengan <em>Convention on the Rights of Persons with Disabilities<\/em> (CRPD), khususnya Artikel 24 yang menegaskan hak individu kurang upaya untuk memperoleh pendidikan inklusif serta mengembangkan bakat, kreativiti dan potensi diri secara optimum. Artikel 30 pula memperakukan hak penyertaan dalam kehidupan kebudayaan serta peluang untuk mengembangkan potensi kreatif, artistik dan intelektual tanpa diskriminasi (United Nations, 2006).<\/p>\n\n\n\n<p>Di Malaysia, prinsip tersebut turut mempunyai asas perundangan melalui Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685), khususnya Seksyen 28 berkaitan akses kepada pendidikan dan Seksyen 31 berkaitan akses kepada kehidupan kebudayaan. Peruntukan ini memberikan landasan penting kepada usaha memperluas akses terhadap bahan pengajaran, pengalaman pembelajaran dan aktiviti seni yang bersesuaian dengan keperluan individu kurang upaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, pendidikan seni inklusif tidak seharusnya terbatas kepada penyediaan kemudahan fizikal semata-mata. Sebaliknya, ia perlu merangkumi penyesuaian bahan, kaedah pengajaran, strategi pembelajaran dan persekitaran yang membolehkan individu dengan kepelbagaian keupayaan deria terlibat secara bermakna dalam proses penciptaan seni.<\/p>\n\n\n\n<h1 class=\"wp-block-heading\"><strong>ArtiSense Tactile Paint Kit: Inovasi bahan dan peluasan pengalaman seni<\/strong><\/h1>\n\n\n\n<p>Berteraskan aspirasi tersebut, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), dengan sokongan dan kerjasama Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB KL), telah melaksanakan satu inisiatif penyelidikan bertajuk \u201cKelestarian Seni Komuniti Inklusif: Impak Intervensi Transdisiplinari <em>ArtiSense Starter Kit<\/em> terhadap Pemerkasaan Bakat Seni Kurang Upaya Penglihatan dan Golongan Rentan di Malaysia.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif ini dilaksanakan di bawah Geran Yayasan Sime Darby Art Festival 2026 (No. Geran: 2026-0050-106-29) dengan matlamat memperluas akses kepada pendidikan dan pengalaman seni melalui pendekatan yang lebih responsif terhadap keperluan individu kurang upaya penglihatan dan golongan rentan. Antara komponen utama inisiatif ini ialah pembangunan dan penggunaan ArtiSense Tactile Paint Kit, iaitu kit penghasilan seni yang memberi penekanan kepada pengalaman taktil melalui sentuhan dan penerokaan bahan. Pendekatan ini membuka ruang kepada pengalaman seni yang tidak bergantung sepenuhnya pada persepsi visual, sebaliknya memberi perhatian kepada bagaimana elemen seni boleh diteroka, dikenal pasti dan dihasilkan melalui deria sentuhan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut pedagogi, penggunaan bahan taktil mempunyai hubungan yang signifikan dengan prinsip Universal Design for Learning (UDL). Menurut CAST (2024), reka bentuk pembelajaran yang inklusif perlu menyediakan pelbagai kaedah representasi, penglibatan serta tindakan dan ekspresi. Prinsip ini mengiktiraf bahawa setiap pelajar mempunyai cara yang berbeza untuk menerima maklumat, membina kefahaman dan memperlihatkan hasil pembelajaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam konteks <strong><em>ArtiSense,<\/em><\/strong> pengalaman menyentuh, merasai tekstur dan meneroka bahan seni berpotensi menjadi saluran alternatif untuk memahami serta menghasilkan komposisi seni. Hal ini juga membuka ruang kepada kepelbagaian kaedah ekspresi kreatif yang tidak meletakkan keupayaan visual sebagai satu-satunya ukuran kebolehan berkarya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kajian Begeske, Walsh dan Miranda (2023) mengenai adaptasi multisensori dalam pengajaran seni dua dimensi untuk murid buta dan rabun penglihatan turut menekankan kepentingan pengubahsuaian strategi pengajaran dan penggunaan pengalaman deria yang pelbagai bagi menjadikan pendidikan seni lebih mudah diakses.<\/p>\n\n\n\n<p>Dapatan penyelidikan Welewatta et al. (2024) melalui pembangunan sistem SEMA (<em>Specially Enhanced Multi-sensory Art<\/em>) pula memperlihatkan potensi integrasi rangsangan taktil, auditori dan somatosensori dalam meningkatkan pengalaman penghayatan karya seni oleh individu kurang upaya penglihatan. Penyelidikan tersebut memberikan asas empirikal bahawa pengalaman seni boleh diperluas melalui pendekatan multisensori yang dirancang secara sistematik.<\/p>\n\n\n\n<h1 class=\"wp-block-heading\"><strong>Demonstrasi seni oleh seniman OKU Penglihatan: Daripada pengalaman kepada pemerkasaan<\/strong><\/h1>\n\n\n\n<p>Salah satu aspek yang signifikan dalam pelaksanaan program ini ialah penglibatan seniman OKU Penglihatan daripada MAB KL sebagai individu yang mengendalikan sesi demonstrasi penggunaan <em>ArtiSense Tactile Paint Kit<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Penglibatan seniman OKU Penglihatan membawa dimensi yang lebih bermakna daripada sekadar demonstrasi teknik penggunaan bahan. Ia memberikan ruang kepada perkongsian pengalaman sebenar tentang proses penghasilan seni melalui pendekatan yang mengutamakan sentuhan, penerokaan bahan dan strategi kreatif berdasarkan pengalaman individu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam konteks pendidikan inklusif, penglibatan individu kurang upaya sebagai pengamal seni, fasilitator dan sumber pengetahuan merupakan pendekatan yang wajar diberi perhatian. Mereka bukan sekadar penerima manfaat atau peserta dalam sesuatu program, tetapi turut mempunyai kapasiti untuk menyumbang kepada pembangunan pengetahuan, pedagogi dan amalan seni.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan ini juga mencabar persepsi konvensional bahawa individu kurang upaya penglihatan hanya sesuai ditempatkan sebagai penerima bantuan. Sebaliknya, mereka perlu diiktiraf sebagai individu yang mempunyai agensi kreatif, pengalaman estetik dan keupayaan untuk menghasilkan karya seni melalui pendekatan yang bersesuaian. Hal ini selari dengan prinsip pemerkasaan dalam pendidikan inklusif, iaitu memberikan ruang kepada individu untuk membuat pilihan, meneroka potensi dan mengambil bahagian secara aktif dalam pengalaman pembelajaran.<\/p>\n\n\n\n<h1 class=\"wp-block-heading\"><strong>Memperluas akses seni melalui kolaborasi universiti dan komuniti<\/strong><\/h1>\n\n\n\n<p>Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan inisiatif penyelidikan ini, satu program penyerahan sumbangan dan demonstrasi <em>ArtiSense Tactile Paint Kit<\/em> telah diadakan pada 13 November 2026 (Jumaat), dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Tuaran, Putatan (SKPK Tuaran). Program ini merupakan anjuran bersama dengan kerjasama oleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), dengan kerjasama Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB KL). SKPK Tuaran merupakan institusi pendidikan penerima sumbangan kit tersebut untuk kegunaan murid-murid berkeperluan pendidikan khas berkaitan penglihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini turut menerima sokongan dan pandangan profesional daripada penggiat seni di Sabah, Dr. Zaimie Sahibil, pelukis dan pesara Pensyarah Kanan di Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Perkongsian beliau, khususnya tip dan panduan tentang penghasilan karya seni yang sesuai, memberikan nilai tambah kepada inisiatif ini. Pandangan tersebut membantu memperluas pertimbangan tentang kesesuaian idea, pemilihan bahan dan teknik, pendekatan penghasilan dan penyampaian karya dalam konteks pengalaman seni yang lebih inklusif. Sokongan penggiat seni tempatan seperti ini turut memperlihatkan kepentingan jaringan kepakaran antara institusi pengajian tinggi, komuniti seni dan organisasi yang mewakili golongan kurang upaya dalam memperkukuh amalan pendidikan seni inklusif.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan program yang merangkumi pengenalan kepada fungsi dan aplikasi <em>ArtiSense Tactile Paint Kit<\/em>, demonstrasi penggunaan kit oleh seniman OKU Penglihatan jemputan daripada MAB KL, serta sesi penyerahan rasmi kit kepada pihak sekolah. Penyerahan sumbangan ini bukan sekadar penyediaan bahan seni, tetapi merupakan usaha memperluas peluang pembelajaran dan penglibatan dalam seni kepada murid yang mempunyai keperluan akses pembelajaran yang berbeza. Melalui penyediaan bahan yang mengambil kira pengalaman taktil, murid berpeluang meneroka kemungkinan baharu dalam proses penghasilan karya dan ekspresi kreatif.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama antara UPSI, MAB KL dan pihak sekolah turut memperlihatkan kepentingan pendekatan transdisiplinari dalam menangani isu aksesibiliti seni. Universiti menyumbang kepakaran penyelidikan, pedagogi dan pembangunan inovasi; organisasi komuniti OKU membawa pengalaman serta perspektif pengguna; manakala pihak sekolah menyediakan konteks pendidikan sebenar bagi penerapan dan penggunaan bahan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Kolaborasi seperti ini penting kerana pendidikan inklusif tidak boleh digerakkan oleh institusi pendidikan secara bersendirian. Sebaliknya, ia memerlukan hubungan berterusan antara penyelidik, pendidik, pengamal seni, organisasi masyarakat dan komuniti sasaran.<\/p>\n\n\n\n<h1 class=\"wp-block-heading\"><strong>Daripada penyerahan kit kepada kelestarian amalan seni inklusif<\/strong><\/h1>\n\n\n\n<p>Keberhasilan sesuatu inovasi pendidikan tidak seharusnya dinilai hanya berdasarkan jumlah bahan yang disumbangkan atau pelaksanaan aktiviti demonstrasi. Penilaian yang lebih menyeluruh perlu mengambil kira sejauh mana inovasi tersebut dapat digunakan secara berterusan, menyokong proses pembelajaran dan membuka peluang penyertaan yang lebih bermakna kepada komuniti sasaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam konteks ini, <em>ArtiSense Tactile Paint Kit<\/em> mempunyai potensi untuk dikembangkan sebagai salah satu sumber pembelajaran seni yang menyokong pendekatan multisensori. Walau bagaimanapun, impak terhadap perkembangan kemahiran, keyakinan diri, kreativiti dan autonomi murid perlu dinilai secara sistematik melalui penggunaan kit dalam tempoh yang bersesuaian.<\/p>\n\n\n\n<ol>\n<li>Aksesibiliti bahan seni: Sejauh mana bahan dan peralatan membolehkan murid meneroka serta memanipulasi elemen seni melalui sentuhan.<\/li>\n\n\n\n<li>Penyertaan dan autonomi: Tahap penglibatan murid dalam membuat pilihan, menentukan kaedah penghasilan dan melaksanakan proses berkarya.<\/li>\n\n\n\n<li>Ekspresi dan kreativiti: Kepelbagaian idea, pendekatan dan penyelesaian kreatif yang ditunjukkan melalui penghasilan karya.<\/li>\n\n\n\n<li>Pengalaman pembelajaran: Persepsi murid dan guru terhadap kesesuaian, kebolehgunaan dan potensi kit dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.<\/li>\n\n\n\n<li>Kelestarian pelaksanaan: Keupayaan pihak sekolah untuk mengintegrasikan penggunaan kit dalam aktiviti seni secara berterusan.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Cadangan penilaian ini penting bagi memastikan pembangunan inovasi tidak terhenti pada peringkat penyerahan, sebaliknya berkembang menjadi amalan pendidikan yang boleh ditambah baik berdasarkan maklum balas pengguna dan bukti pelaksanaan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4d15c2ac-673d-4e3b-afcc-6db641ce2b85-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-42180\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4d15c2ac-673d-4e3b-afcc-6db641ce2b85-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4d15c2ac-673d-4e3b-afcc-6db641ce2b85-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4d15c2ac-673d-4e3b-afcc-6db641ce2b85-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4d15c2ac-673d-4e3b-afcc-6db641ce2b85-600x450.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4d15c2ac-673d-4e3b-afcc-6db641ce2b85.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/33264b55-db00-4eec-ba9f-f4334b200ab9-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-42181\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/33264b55-db00-4eec-ba9f-f4334b200ab9-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/33264b55-db00-4eec-ba9f-f4334b200ab9-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/33264b55-db00-4eec-ba9f-f4334b200ab9-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/33264b55-db00-4eec-ba9f-f4334b200ab9-1536x1152.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/33264b55-db00-4eec-ba9f-f4334b200ab9-2048x1536.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/33264b55-db00-4eec-ba9f-f4334b200ab9-600x450.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/e5bc0e01-bba8-40d8-a1ac-4695eab95cd9-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-42182\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/e5bc0e01-bba8-40d8-a1ac-4695eab95cd9-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/e5bc0e01-bba8-40d8-a1ac-4695eab95cd9-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/e5bc0e01-bba8-40d8-a1ac-4695eab95cd9-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/e5bc0e01-bba8-40d8-a1ac-4695eab95cd9-600x450.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/e5bc0e01-bba8-40d8-a1ac-4695eab95cd9.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<h1 class=\"wp-block-heading\"><strong>Kesimpulan: Mengiktiraf kepelbagaian cara manusia mengalami seni<\/strong><\/h1>\n\n\n\n<p>Inisiatif <em>ArtiSense Tactile Paint Kit<\/em> memperlihatkan bahawa pendidikan seni mempunyai ruang yang luas untuk berkembang melangkaui kerangka pengajaran yang terlalu berorientasikan penglihatan. Seni bukan hanya tentang perkara yang dapat dilihat, tetapi turut melibatkan pengalaman tubuh, sentuhan, penerokaan bahan, imaginasi dan ekspresi individu.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui kerjasama antara UPSI, FSKIK, MAB KL dan SKPK Tuaran, inisiatif ini membawa aspirasi untuk membina persekitaran seni yang lebih terbuka, mudah diakses dan responsif terhadap kepelbagaian keupayaan manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih penting, usaha ini mengingatkan bahawa individu kurang upaya penglihatan bukan sekadar perlu diberikan akses untuk menikmati seni, malah perlu diberikan peluang yang setara untuk mencipta, bereksperimen, berkongsi idea dan menyumbang kepada perkembangan budaya seni masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejajar dengan aspirasi kelestarian dan tanggungjawab sosial universiti, <strong><em>ArtiSense <\/em><\/strong>diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem seni inklusif yang menghubungkan penyelidikan, inovasi, pendidikan dan komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cKerana seni bukan semata-mata untuk dilihat. Seni juga boleh dirasai, diterokai, dicipta dan dimiliki oleh semua.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<h1 class=\"wp-block-heading\"><strong>Penghargaan<\/strong><\/h1>\n\n\n\n<p>Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Yayasan Sime Darby melalui Geran Yayasan Sime Darby Art Festival 2026 (No. Geran: 2026-0050-106-29), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB KL), pihak pengurusan dan warga Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Tuaran serta semua pihak yang telah menyumbang kepada pelaksanaan inisiatif ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh Dr. Rosyida Mohd Rozlan PUTATAN, SABAH, 13 November 2026 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), dengan kerjasama Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB KL), telah melaksanakan Program Penyerahan Sumbangan dan Demonstrasi ArtiSense Tactile Paint Kit di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Tuaran (SKPK Tuaran), Putatan, Sabah. Program [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":42179,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[90],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42178"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=42178"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42178\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":42183,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42178\/revisions\/42183"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/42179"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=42178"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=42178"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=42178"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}