{"id":42184,"date":"2026-11-16T10:56:48","date_gmt":"2026-11-16T02:56:48","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=42184"},"modified":"2026-11-16T10:56:50","modified_gmt":"2026-11-16T02:56:50","slug":"inovasi-berasaskan-black-soldier-fly-mahasiswa-sains-pertanian-upsi-raih-pengiktirafan-di-sinovets-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/16\/inovasi-berasaskan-black-soldier-fly-mahasiswa-sains-pertanian-upsi-raih-pengiktirafan-di-sinovets-2026\/","title":{"rendered":"Inovasi Berasaskan Black Soldier Fly Mahasiswa Sains Pertanian UPSI Raih Pengiktirafan di SINOVETS 2026"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Ts. Dr. Fazhana Ismail, Danial Azlan Johari, Mohammad Zazwansyah Abidin, Anwar Nabon dan Faiq Wa\u2019ie Fazil @ Fadzil<\/p>\n\n\n\n<p>TANJONG MALIM, 31 Oktober 2026 \u2013 Dua projek tahun akhir mahasiswa Sains Pertanian, Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), meraih pengiktirafan dalam <em>Student Innovation Competition Exhibition<\/em> 2026 (SINOVETS 2026) yang berlangsung di Panggung Percubaan, UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-dua projek di bawah penyeliaan Ts. Dr. Fazhana binti Ismail, pensyarah Jabatan Sains Pertanian, mengetengahkan penggunaan lalat askar hitam atau <em>Black Soldier Fly<\/em> (<em>BSF<\/em>) dalam pembangunan makanan ternakan alternatif serta pembelajaran penternakan yang menyokong pengurusan sisa organik.<\/p>\n\n\n\n<p>BSFL ProPellet, dibangunkan oleh Danial Azlan bin Johari dan Anwar bin Nabon , meraih Anugerah Emas dan Anugerah Pembentangan Terbaik bagi Kategori Keusahawanan dan Pengkomersialan. Manakala proejk FREPRO (<em>Fly Recycle Project<\/em>), dibangunkan oleh Mohammad Zazwansyah bin Abidin dan Faiq Wa\u2019ie bin Fazil @ Fadzil , menerima Anugerah Perak dalam kategori yang sama. Kedua-dua projek turut memperoleh Anugerah Emas dalam Kolokium Projek Tahun Akhir Fakulti Teknikal dan Vokasional pada Julai 2026 yang lalu.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"929\" height=\"833\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-78.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42186\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-78.png 929w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-78-300x269.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-78-768x689.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-78-600x538.png 600w\" sizes=\"(max-width: 929px) 100vw, 929px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Pasukan produk \u00a0BSFL ProPellet<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"854\" height=\"845\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-73.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42187\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-73.png 854w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-73-300x297.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-73-768x760.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-73-600x594.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-73-100x100.png 100w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-73-24x24.png 24w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-73-48x48.png 48w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-73-96x96.png 96w\" sizes=\"(max-width: 854px) 100vw, 854px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Pasukan produk Starter Kit FREPRO<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"991\" height=\"779\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-59.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42188\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-59.png 991w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-59-300x236.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-59-768x604.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-59-600x472.png 600w\" sizes=\"(max-width: 991px) 100vw, 991px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Mahasiswa, penyelia dan pencapaian kedua-dua projek di SINOVETS 2026<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>BSFL ProPellet: Meneroka Sumber Protein Alternatif untuk Ayam Pedaging<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>BSFL ProPellet ialah inovasi makanan alternatif untuk ayam pedaging yang menggunakan serbuk larva BSF ternyah lemak bersama hampas soya, jagung, tepung pulut, minyak masak, premix vitamin dan air. Larva dikeringkan, dikisar dan dinyahlemak sebelum dicampur dengan bahan lain, dibentuk menjadi pelet dan dikeringkan. Dapatan kajian ini memberikan petunjuk awal tentang potensi penggunaan BSFL ProPellet sebagai alternatif protein yang murah dan mudah serta selamat untuk digunakan dalam bidang ternakan ayam pedaging.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>FREPRO: Kit Pembelajaran Penternakan BSF yang Praktikal<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>FREPRO (<em>Fly Recycle Project<\/em>) ialah kit permulaan penternakan BSF yang mudah alih dan sesuai untuk demonstrasi serta pembelajaran. Inovasi ini dibangunkan bagi menangani cabaran pengurusan sisa organik dan peningkatan kos makanan ternakan, khususnya dalam kalangan penternak kecil dan sederhana di sekitar daerah Muallim.<\/p>\n\n\n\n<p>Kit ini menggabungkan jaring perindukan, rumah larva dan bekas pengutipan hasil. Penggunaan bahan mudah diperoleh serta reka bentuk kompak membolehkan aktiviti pembelajaran dilaksanakan tanpa memerlukan ruang yang besar. FREPRO turut menerapkan prinsip 3R (<em>Reduce, Reuse, Recycle<\/em>), dengan memperkenalkan larva BSF sebagai sumber protein alternatif makanan ternakan dan frass sebagai baja organik.<\/p>\n\n\n\n<p>Kajian pembangunan menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR) dan Model ADDIE melalui fasa analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan, serta penilaian produk. Hasil kajian mendapati produk ini sangat bersesuaian dan dapat digunakan untuk memulakan pemeliharaan BSF di skala rumah bagi membantu pengurusan sisa buangan dapur selain menghasilkan larva yang boleh dimanfaatkan kepada ternakan dan juga penghasilan baja frass untuk tanaman.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>enyelidikan FYP ke Arah Produk Berdaya Saing<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Kejayaan kedua-dua projek memperlihatkan potensi Projek Tahun Akhir sebagai ruang untuk mahasiswa mengaplikasikan ilmu TVET kepada penyelesaian masalah sektor agromakanan. BSFL ProPellet memberi tumpuan kepada formulasi makanan ternakan, manakala FREPRO menekankan pemindahan pengetahuan dan kemahiran penternakan BSF kepada pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut penyelia kedua-dua projek, Ts. Dr. Fazhana binti Ismail, kejayaan ini merupakan langkah awal untuk memperkukuh potensi penyelidikan mahasiswa menjadi inovasi yang mempunyai nilai komersial.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cKedua-dua projek ini mempunyai potensi untuk dikembangkan daripada hasil penyelidikan akademik kepada produk inovasi yang berdaya saing. Perancangan seterusnya adalah untuk memperkukuh kajian, khususnya dari aspek keberkesanan kos pengeluaran, kesesuaian penggunaan serta penambahbaikan reka bentuk dan fungsi produk. Kami juga berhasrat untuk meneroka integrasi teknologi digital dan teknologi pintar bagi meningkatkan kecekapan, kemudahan penggunaan serta nilai tambah kedua-dua inovasi ini. Usaha ini penting bagi memastikan produk yang dibangunkan bukan sahaja praktikal dan ekonomik, malah mempunyai potensi pengkomersialan yang lebih kukuh, lestari dan relevan dengan keperluan industri pertanian masa kini,\u201d jelas beliau.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menekankan kepentingan pembangunan produk secara berfasa, termasuk pengujian, pengesahan keberkesanan dan penilaian kebolehlaksanaan komersial sebelum inovasi diperluas kepada pengguna.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Potensi Pembangunan dan Pengkomersialan<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Bagi BSFL ProPellet, kajian lanjutan boleh memberi tumpuan kepada pengoptimuman nutrisi, kos pengeluaran, kestabilan produk semasa penyimpanan dan ujian pemakanan pada skala komersial. Peluang perlindungan harta intelek serta kerjasama industri juga boleh diteroka.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi FREPRO pula, penambahbaikan boleh meliputi ketahanan bahan, kemudahan penggunaan, panduan pengendalian dan penilaian bersama lebih ramai pengguna. Potensinya sebagai kit latihan untuk institusi pendidikan, komuniti dan penternak kecil boleh dinilai sebelum dipasarkan secara lebih meluas.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhan, pencapaian BSFL ProPellet dan FREPRO di SINOVETS 2026 memperlihatkan keupayaan mahasiswa Sains Pertanian UPSI membangunkan inovasi gunaan berasaskan penyelidikan, dengan ruang penambahbaikan yang jelas ke arah produk pertanian lebih lestari dan berdaya saing.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Ts. Dr. Fazhana Ismail, Danial Azlan Johari, Mohammad Zazwansyah Abidin, Anwar Nabon dan Faiq Wa\u2019ie Fazil @ Fadzil TANJONG MALIM, 31 Oktober 2026 \u2013 Dua projek tahun akhir mahasiswa Sains Pertanian, Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), meraih pengiktirafan dalam Student Innovation Competition Exhibition 2026 (SINOVETS 2026) yang berlangsung di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":42185,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[151],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42184"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=42184"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42184\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":42189,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42184\/revisions\/42189"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/42185"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=42184"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=42184"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=42184"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}