{"id":42235,"date":"2026-11-17T09:37:26","date_gmt":"2026-11-17T01:37:26","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=42235"},"modified":"2026-11-17T09:37:28","modified_gmt":"2026-11-17T01:37:28","slug":"keluar-zon-selesa-melangkaui-kebiasaan-dimensi-baharu-bersama-petronas-lubricants-marketing-malaysia-sdn-bhd","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/17\/keluar-zon-selesa-melangkaui-kebiasaan-dimensi-baharu-bersama-petronas-lubricants-marketing-malaysia-sdn-bhd\/","title":{"rendered":"KELUAR ZON SELESA, MELANGKAUI KEBIASAAN: DIMENSI BAHARU BERSAMA PETRONAS LUBRICANTS MARKETING (MALAYSIA) SDN. BHD."},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Muhammad Faheem Mohd. Dahlan, Abdullah Hasif Ismail, Muhammad Hafizudin Kamaruddin &amp; Nur Adriana Nadirah Mohd. Tarmizee<\/p>\n\n\n\n<p><strong>KUALA LUMPUR<\/strong> \u2013 Bahagian Sumber Manusia (BSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus meneroka pendekatan baharu dalam memperkukuh agenda penjanaan pendapatan universiti menerusi jalinan kerjasama strategik bersama PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd., khususnya melalui pelaksanaan program latihan dan pembangunan kakitangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Delegasi Bahagian Sumber Manusia, UPSI telah diwakili oleh En. Muhammad Faheem Mohd. Dahlan, En. Abdullah Hasif Ismail, En. Muhammad Hafizudin Kamaruddin dan Cik Nur Adriana Nadhirah Mohd. Tarmizee. Sementara itu, pihak PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. diketuai oleh En. Hadi Haidiri bersama-sama beberapa orang pegawai daripada Jabatan Sumber Manusia syarikat tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi perbincangan yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu melibatkan pembentangan profil Bahagian Sumber Manusia UPSI sebagai penyedia latihan serta cadangan pelaksanaan kursus latihan yang berpotensi untuk dilaksanakan pada tahun 2027. Hasil perbincangan tersebut, wakil pihak syarikat telah menunjukkan minat dan memberikan maklum balas positif terhadap cadangan serta perkara yang dibincangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi tersebut turut disusuli dengan acara pertukaran cenderamata antara kedua-dua pihak sebelum diakhiri dengan jamuan makan tengah hari dan lawatan sekitar Menara Berkembar PETRONAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif ini mencerminkan kesungguhan UPSI dalam memperluas jaringan kerjasama bersama sektor industri, sekali gus membuka ruang kepada universiti untuk memanfaatkan kepakaran, pengalaman dan sumber latihan yang dimiliki bagi memenuhi keperluan pembangunan modal insan organisasi luar.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"489\" height=\"339\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-85.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42237\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-85.png 489w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-85-300x208.png 300w\" sizes=\"(max-width: 489px) 100vw, 489px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi penyerahan cenderahati &amp; lawatan di sekitar Menara KLCC bersama pihak Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"477\" height=\"356\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-79.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42238\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-79.png 477w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-79-300x224.png 300w\" sizes=\"(max-width: 477px) 100vw, 477px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi Penerangan oleh Unit Progam Komersial berkaitan penawaran program\/kursus yang bersesuaian dengan <em>market demand <\/em>oleh pihak Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"474\" height=\"356\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-63.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42239\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-63.png 474w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-63-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 474px) 100vw, 474px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi Penerangan oleh Unit Progam Komersial berkaitan penawaran program\/kursus yang bersesuaian dengan <em>market demand <\/em>oleh pihak Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Kerjasama ini turut memperlihatkan perubahan pendekatan BSM dalam memperkasa fungsi pengurusan sumber manusia, bukan sahaja sebagai peneraju pembangunan kompetensi warga universiti, malah sebagai pemudah cara strategik dalam meneroka peluang penjanaan pendapatan melalui penawaran perkhidmatan latihan kepada pihak industri.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>MEMPERKASA KEPAKARAN UNIVERSITI, MEMENUHI KEPERLUAN INDUSTRI<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Melalui kerjasama ini, UPSI berpotensi menawarkan program latihan yang bersesuaian dengan keperluan pembangunan kompetensi kakitangan Petronas Lubricants Marketing (Malaysia), merangkumi aspek pengurusan organisasi, komunikasi berkesan, pembangunan profesionalisme, kecemerlangan kendiri serta bidang kepakaran lain yang bersesuaian.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan latihan berasaskan keperluan industri ini membolehkan universiti mengoptimumkan kepakaran tenaga akademik, tenaga pengajar profesional dan fasiliti latihan sedia ada bagi menghasilkan program pembangunan kakitangan yang lebih relevan, praktikal serta mempunyai nilai tambah kepada organisasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih penting, kerjasama seumpama ini membuka peluang kepada UPSI untuk memperluas peranan sebagai penyedia perkhidmatan latihan profesional yang bukan sahaja memenuhi keperluan sektor pendidikan, malah turut menyokong pembangunan kompetensi sektor korporat dan industri. Usaha ini juga bertepatan dengan keperluan semasa yang menuntut institusi pendidikan tinggi memperkukuh hubungan universiti-industri sebagai satu daripada pendekatan strategik dalam memperluas impak kepakaran universiti kepada masyarakat dan organisasi luar.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>BSM SEBAGAI PEMACU DIMENSI BAHARU PENJANAAN UNIVERSITI<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif bersama Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) turut memberikan dimensi baharu kepada peranan BSM, khususnya Unit Latihan dan Unit Program Komersial, dalam merancang dan menyelaras program pembangunan kakitangan yang mempunyai potensi penjanaan kewangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan ini memperlihatkan bahawa fungsi latihan universiti mempunyai potensi yang lebih luas daripada sekadar menguruskan program pembangunan kompetensi dalaman. Sebaliknya, kepakaran dan kapasiti latihan yang dimiliki boleh dimanfaatkan sebagai satu sumber strategik dalam menyumbang kepada peningkatan pendapatan universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui model kerjasama ini, BSM berperanan mengenal pasti peluang pasaran latihan, meneroka keperluan pembangunan organisasi luar, menyelaras kepakaran tenaga pengajar serta membangunkan pakej latihan yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan terutamanya syarikat korporat bertaraf <em>Government-Linked Company <\/em>(GLC)<\/p>\n\n\n\n<p>Usaha ini juga menyokong agenda kepelbagaian sumber pendapatan universiti dalam mendepani cabaran peningkatan kos operasi dan keperluan pengurusan kewangan yang lebih mampan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam konteks ini, penjanaan pendapatan melalui perkhidmatan latihan bukan sekadar berorientasikan pulangan kewangan, malah merupakan satu pendekatan untuk memastikan kepakaran universiti terus dimanfaatkan secara optimum dan memberikan nilai kepada pihak berkepentingan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>SINERGI UNIVERSITI-INDUSTRI: MEMBINA HUBUNGAN STRATEGIK JANGKA PANJANG<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama UPSI bersama PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. turut membawa mesej penting bahawa hubungan universiti dengan sektor industri perlu bergerak melangkaui kerjasama konvensional kepada perkongsian strategik yang memberikan manfaat bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pihak universiti, kerjasama ini menyediakan platform untuk memperluas jaringan profesional, meningkatkan keterlihatan kepakaran institusi dan meneroka peluang baharu dalam penawaran program latihan kepada sektor korporat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, pihak industri berpeluang memanfaatkan kepakaran dan pengalaman universiti dalam menyediakan program pembangunan kakitangan yang lebih tersusun, berstruktur dan berorientasikan hasil pembelajaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Hubungan strategik ini berpotensi dikembangkan melalui pelaksanaan program latihan secara berkala, pembangunan modul khusus mengikut keperluan organisasi serta perkongsian kepakaran dalam bidang pembangunan sumber manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, kerjasama ini diharapkan menjadi asas kepada pembentukan hubungan jangka panjang antara UPSI dengan Petronas Lubricants Marketing (Malaysi) Sdn. Bhd., sekali gus membuka peluang kolaborasi yang lebih luas pada masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>MELANGKAH KE HADAPAN: PENJANAAN MAMPAN MELALUI KEPAKARAN DAN INOVASI LATIHAN<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, inisiatif kerjasama antara BSM dengan PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. membuktikan bahawa kepakaran universiti mempunyai potensi besar untuk diterjemahkan kepada nilai ekonomi melalui pendekatan kerjasama strategik bersama sektor industri.<\/p>\n\n\n\n<p>Usaha ini juga menjadi pemangkin kepada transformasi fungsi latihan universiti daripada pendekatan pengurusan latihan secara konvensional kepada ekosistem pembangunan kompetensi yang lebih dinamik, responsif terhadap keperluan pasaran dan berorientasikan penjanaan pendapatan.<\/p>\n\n\n\n<p>BSM akan terus memperkukuh peranan strategiknya dalam meneroka peluang kerjasama bersama pelbagai kementerian, jabatan, agensi kerajaan, badan berkanun dan sektor korporat bagi memperluas penawaran program latihan serta mengoptimumkan kepakaran yang dimiliki UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan ini selaras dengan aspirasi universiti untuk memperkukuh kelestarian kewangan, memperluas jaringan strategik dan memastikan kepakaran institusi terus memberikan impak yang signifikan kepada pembangunan modal insan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Muhammad Faheem Mohd. Dahlan, Abdullah Hasif Ismail, Muhammad Hafizudin Kamaruddin &amp; Nur Adriana Nadirah Mohd. Tarmizee KUALA LUMPUR \u2013 Bahagian Sumber Manusia (BSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus meneroka pendekatan baharu dalam memperkukuh agenda penjanaan pendapatan universiti menerusi jalinan kerjasama strategik bersama PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd., khususnya melalui pelaksanaan program latihan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":42236,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[136],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42235"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=42235"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42235\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":42240,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42235\/revisions\/42240"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/42236"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=42235"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=42235"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=42235"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}