{"id":42322,"date":"2026-11-23T08:40:40","date_gmt":"2026-11-23T00:40:40","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=42322"},"modified":"2026-11-23T08:40:41","modified_gmt":"2026-11-23T00:40:41","slug":"junior-chemist-camp-2026-kembali-mencetus-minat-saintis-cilik-meneroka-dunia-sains-kimia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/23\/junior-chemist-camp-2026-kembali-mencetus-minat-saintis-cilik-meneroka-dunia-sains-kimia\/","title":{"rendered":"JUNIOR CHEMIST CAMP 2026: KEMBALI MENCETUS MINAT SAINTIS CILIK MENEROKA DUNIA SAINS &#038; KIMIA"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Muhammad Najwan bin Mohd Nizam, Khadijah binti Lias, Dr. Mohamad Idris Saidin dan Dr. Maizatul Najwa Jajuli<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 15 November 2026 <\/strong>\u2013 Program Junior Chemist Camp (JCC) 2026 anjuran Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 80 orang kanak-kanak berumur antara 6 hingga 13 tahun. Bertemakan \u201cSparks Curiosity, Ignites Discovery!\u201d, penganjuran kali ketiga ini sekali lagi menjadi platform untuk menyemai minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), khususnya Kimia, dalam kalangan generasi muda.<\/p>\n\n\n\n<p>Menariknya, penganjuran JCC pada tahun ini bukan sahaja menerima penyertaan daripada peserta baharu, malah turut disertai oleh beberapa orang peserta yang telah mengikuti program ini selama tiga tahun berturut-turut sejak penganjuran pertamanya. Kesetiaan mereka untuk kembali menyertai JCC setiap tahun mencerminkan pengalaman positif dan keterujaan yang berjaya dibina melalui pendekatan pembelajaran berasaskan eksperimen dan aktiviti secara <em>hands-on<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengisisan program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta dan sesi ice-breaking melalui aktiviti senamrobik. Aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan suasana ceria, membina intreraksi antara peserta serta mempersiapkan mereka untuk mengikuti pelbagai aktiviti sepanjang program berlangsung. Seterusnya, para peserta dibawa ke makmal Kimia dan bilik kuliah untuk menyertai dua slot utama yang bertemakan <em>Chemistry Wonderland<\/em> dan <em>Secret Kitchen<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Chemistry Wonderland: Meneroka Keajaiban Kimia melalui Eksperimen<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Slot <em>Chemistry Wonderland<\/em> mengetengahkan tiga eksperimen menarik yang memberi peluang kepada peserta untuk mengenali fenomena Sains melalui pemerhatian dan aktiviti amali. Eksperimen pertama, <em>Alien Spaceship Reactor<\/em>, memperkenalkan peserta kepada fenomena pergerakan cecair melalui interaksi antara bahan yang mempunyai sifat berbeza bagi menghasilkan <em>Lava Lamp<\/em>. Eksperimen ini bukan sahaja mencetuskan keterujaan peserta melalui kesan visual yang menarik, malah memberikan pendedahan awal terhadap konsep ketumpatan, keterlarutan dan tindak balas kimia dalam kehidupan seharian.<\/p>\n\n\n\n<p>Eksperimen kedua, <em>Bubble Rainbow<\/em> pula memberi pengalaman kepada peserta untuk meneroka pembentukan buih serta memahami fenomena tegangan permukaan. Aktiviti ini menjadikan konsep sains yang lazim ditemui dalam kehidupan seharian lebih mudah difahami melalui pemerhatian secara langsung. Aktiviti ini mengajak peserta menghasilkan buih dalam pelbagai saiz serta memerhatikan bentuk, pergerakan dan ketahanan gelembung yang terhasil. Keterujaan jelas terpancar melalui reaksi peserta apabila berjaya menghasilkan buih yang menarik.<\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya, eksperimen <em>Chromatography Rainbow<\/em> memperkenalkan peserta kepada teknik kromatografi, iaitu kaedah pengasingan komponen dalam sesuatu campuran. Melalui eksperimen ini, peserta berpeluang menyaksikan bagaimana warna yang bercampur dapat dipisahkan kepada beberapa komponen warna yang berbeza. Eksperimen ini menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna apabila peserta dapat menyaksikan sendiri bagaimana sesuatu campuran boleh diasingkan menggunakan kaedah saintifik yang sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Secret Kitchen: Menggabungkan Sains dalam Dunia Makanan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Selain penerokaan eksperimen Kimia, program ini turut menampilkan slot <em>Secret Kitchen <\/em>yang menggabungkan elemen sains dan penyediaan makanan melalui dua aktiviti interaktif iaitu <em>Edible Rice Paper Lab <\/em>dan <em>Ice Cream Shaker. <\/em>Melalui eksperimen <em>Edible Rice Paper Lab, <\/em>peserta didedahkan kepada penerokaan bahan yang boleh dimakan serta penghasilan kertas beras. Aktiviti ini memberi pengalaman kepada peserta dalam menghubungkan ilmu Kimia dengan aplikasi dalam industri makanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Eksperimen <em>Ice Cream Shaker <\/em>pula memberi peluanng kepada peserta untuk menghasilkan aiskrim melalui kaedah penggoncangan menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Aktiviti ini memperkenalkan konsep pemindahan haba dan perubahan suhu yang memainkan peranan penting dalam proses pembekuan makanan. Kedua-dua aktiviti membuktikan bahawa pembelajaran Kimia tidak semestinya terhad kepada buku teks atau persekitaran makmal, sebaliknya boleh diterokai melalui aktiviti kreatif yang dekat dengan pengalaman harian peserta.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, <em>Junior Chemist Camp<\/em> 2026 berjaya mencerminkan komitmen UPSI dalam menyokong pemerkasaan pendidikan STEM melalui pendekatan pembelajaran yang inovatif, kreatif dan berpusatkan peserta. Inisiatif ini juga selari dengan aspirasi JIWA UPSI yang dalam membentuk insan yang seimbang serta memberi manfaat kepada masyarakat. Lebih bermakna apabila penyertaan berulang serta hasrat turut disuarakan oleh para peserta serta ibu bapa agar program JCC dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Diharapkan <em>Junior Chemist Camp<\/em> akan terus menjadi program tahunan yang dinanti-nantikan, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka, mencuba dan mengenali keunikan dunia Sains.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"529\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-92.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42324\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-92.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-92-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-92-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-92-600x337.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Peserta menghasilkan aiskrim melalui eksperimen kelima iaitu <em>Ice Cream Shaker<\/em><\/strong><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"481\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-85.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42325\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-85.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-85-300x153.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-85-768x393.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-85-600x307.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Peserta berjaya menghasilkan kertas beras (<em>Rice Paper<\/em>) tersendiri<\/strong><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"947\" height=\"489\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-69.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42326\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-69.png 947w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-69-300x155.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-69-768x397.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-69-600x310.png 600w\" sizes=\"(max-width: 947px) 100vw, 947px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Peserta menjalankan eksperimen <em>Bubble Rainbow<\/em> di makmal Kimia<\/strong><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Muhammad Najwan bin Mohd Nizam, Khadijah binti Lias, Dr. Mohamad Idris Saidin dan Dr. Maizatul Najwa Jajuli Tanjong Malim, 15 November 2026 \u2013 Program Junior Chemist Camp (JCC) 2026 anjuran Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":42323,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[121],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42322"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=42322"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42322\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":42327,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42322\/revisions\/42327"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/42323"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=42322"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=42322"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=42322"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}