{"id":42392,"date":"2026-11-23T16:52:11","date_gmt":"2026-11-23T08:52:11","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=42392"},"modified":"2026-11-23T16:52:12","modified_gmt":"2026-11-23T08:52:12","slug":"lawatan-teknikal-dan-sesi-perkongsian-jabatan-kerja-raya-jkr-negeri-johor-ke-muzium-pendidikan-nasional-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/23\/lawatan-teknikal-dan-sesi-perkongsian-jabatan-kerja-raya-jkr-negeri-johor-ke-muzium-pendidikan-nasional-upsi\/","title":{"rendered":"LAWATAN TEKNIKAL DAN SESI PERKONGSIAN JABATAN KERJA RAYA (JKR) NEGERI JOHOR KE MUZIUM PENDIDIKAN NASIONAL, UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p> oleh: Puan Adi Ratna binti Mohammed Nor<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 20 NOVEMBER 2026<\/strong> \u2013 Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan seramai 17 orang delegasi Bahagian Bangunan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor sempena Program Lawatan Teknikal dan Sesi Perkongsian yang bertujuan mendapatkan pendedahan serta rujukan berkaitan perancangan dan pembangunan muzium.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Lawatan yang berlangsung di Bangunan Suluh Budiman, Muzium Pendidikan Nasional, UPSI ini menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan reka bentuk, sejarah, seni bina, pengurusan serta penyelenggaraan bangunan muzium. Kunjungan ini turut memberi peluang kepada delegasi JKR Negeri Johor untuk melihat secara langsung pendekatan pengurusan dan pengoperasian Muzium Pendidikan Nasional sebagai rujukan bagi perancangan muzium yang bakal dibangunkan oleh pihak mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang lawatan, delegasi berpeluang menelusuri ruang pameran Muzium Pendidikan Nasional serta mendapatkan penerangan berkaitan reka bentuk ruang, susun atur pameran, penyampaian informasi, pengurusan persekitaran dan pendekatan dalam menampilkan kandungan sejarah kepada pengunjung. Pendedahan ini memberikan gambaran tentang aspek yang perlu dipertimbangkan dalam merancang sebuah muzium yang berfungsi sebagai ruang pendidikan, dokumentasi, pemeliharaan sejarah dan penyampaian maklumat.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut terlibat sesi perkongsian ini bersama pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan &amp; Harta Benda, JPPHB UPSI iaitu Ts. Jamal Abdul Nasir bin Baharuddin, Ts. Mohd Fauzi Bin Zakaria dan Encik Hazman Bin Ya&#8217;akob. Sesi perkongsian dan perbincangan tersebut turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan serta pengalaman berkaitan aspek teknikal, pengurusan bangunan, penyelenggaraan fasiliti dan pengoperasian ruang muzium. Bersama dengan pihak Perkongsian ini diharapkan dapat memberikan input serta idea kepada delegasi JKR Negeri Johor dalam merangka konsep, perancangan ruang dan keperluan muzium yang bakal dibangunkan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"595\" height=\"395\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-99.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42394\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-99.png 595w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/2-99-300x199.png 300w\" sizes=\"(max-width: 595px) 100vw, 595px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Para delegasi memberikan perhatian terhadap perkongsian yang berlangsung sepanjang program sebagai usaha memperluas pengetahuan dan pengalaman.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"449\" height=\"300\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-92.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42395\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-92.png 449w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/3-92-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 449px) 100vw, 449px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Nasir bin Baharuddin, Jabatan Pengurusan Pembangunan &amp; Harta Benda, JPPHB UPSI pihak berlangsung dalam suasana santai dan profesional bagi memberi ruang kepada pertukaran maklumat serta memperkukuh hubungan antara kedua-dua pihak.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"485\" height=\"322\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-74.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-42396\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-74.png 485w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/4-74-300x199.png 300w\" sizes=\"(max-width: 485px) 100vw, 485px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi pengenalan dan taklimat di sampaikan oleh Dr. Mohd Fadhil Harfiez Bin Abdul Muttalib, Timbalan Pengarah, Institut Peradaban Melayu menjadi pembuka kepada program, memberikan gambaran mengenai institusi serta pengisian lawatan yang dirancang.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Lawatan ini bukan sahaja memberikan pendedahan secara langsung terhadap pengurusan dan pengoperasian Muzium Pendidikan Nasional, malah menjadi medium untuk mengeratkan hubungan profesional serta menggalakkan perkongsian kepakaran antara institusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Muzium Pendidikan Nasional, UPSI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh delegasi Bahagian Bangunan, JKR Negeri Johor atas kunjungan serta kesudian menjadikan muzium sebagai destinasi lawatan teknikal dan rujukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran yang diperoleh menerusi program ini memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak, selain menjadi asas kepada hubungan kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh: Puan Adi Ratna binti Mohammed Nor TANJONG MALIM, 20 NOVEMBER 2026 \u2013 Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan seramai 17 orang delegasi Bahagian Bangunan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor sempena Program Lawatan Teknikal dan Sesi Perkongsian yang bertujuan mendapatkan pendedahan serta rujukan berkaitan perancangan dan pembangunan muzium.&nbsp; Lawatan yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":42393,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[154],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42392"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=42392"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42392\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":42397,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42392\/revisions\/42397"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/42393"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=42392"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=42392"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=42392"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}