{"id":42423,"date":"2026-11-27T14:51:46","date_gmt":"2026-11-27T06:51:46","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=42423"},"modified":"2026-11-27T14:51:53","modified_gmt":"2026-11-27T06:51:53","slug":"sarat-hamil-tidak-halang-aini-genggam-ijazah-kelas-pertama-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/11\/27\/sarat-hamil-tidak-halang-aini-genggam-ijazah-kelas-pertama-upsi\/","title":{"rendered":"Sarat hamil tidak halang Aini genggam ijazah kelas pertama UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p>TANJONG MALIM \u2013 Keadaan sarat hamil 35 minggu tidak menghalang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti Nur Aini Najihah Azauha, 24, menghadiri Istiadat Konvokesyen UPSI Ke-28 untuk menerima ijazah selepas menamatkan pengajian dengan Kepujian Kelas Pertama dan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.88.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih istimewa, graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) dengan Kepujian dari Fakulti Sains Kemanusiaan itu turut menantikan kelahiran cahaya mata pertama yang dijangka pada Disember ini, sekali gus menjadikan konvokesyen berkenaan detik bermakna dalam kehidupannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Aini berkata beliau tidak pernah membayangkan akan menghadiri istiadat konvokesyen dalam keadaan hamil, apatah lagi apabila dua detik penting dalam kehidupannya, iaitu menerima ijazah dan menyambut kelahiran anak pertama, berlaku dalam tempoh yang begitu dekat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerasaan saya bercampur baur kerana dalam masa yang sama saya sedang menantikan dua detik penting dalam kehidupan, iaitu menerima ijazah dan menyambut kelahiran cahaya mata pertama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun sedikit bimbang memikirkan keadaan fizikal, saya tetap teruja kerana konvokesyen kali ini menjadi pengalaman yang cukup istimewa,\u201d katanya ketika ditemui sempena istiadat berkenaan di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan memulakan pengajian di UPSI pada 2022 berkata kejayaan memperoleh Kepujian Kelas Pertama dengan PNGK 3.88 serta menerima Anugerah Dekan sepanjang tempoh pengajian merupakan kepuasan peribadi selepas mencurahkan usaha selama empat tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, perjalanan Aini di UPSI bukan sekadar tentang kuliah, tugasan dan peperiksaan apabila universiti itu turut menjadi tempat beliau bertemu pasangan hidupnya yang juga merupakan rakan sekelas dalam program Pendidikan Geografi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, beliau dan suami mendirikan rumah tangga ketika menjalani Latihan Mengajar pada semester kelapan, sebelum disahkan hamil selepas menamatkan latihan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSuami banyak memberikan sokongan ketika saya menjalani Latihan Mengajar, menguruskan tugasan pengajian dan menyelesaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Sepanjang tempoh kehamilan sehingga menamatkan pengajian, beliau terus menjadi sumber kekuatan saya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Aini berkata beliau pernah mempertimbangkan untuk tidak menghadiri konvokesyen kerana menyedari keadaan kandungan yang semakin menghampiri tarikh bersalin, selain perlu mengambil kira perjalanan, tempoh menunggu dan keadaan fizikal sepanjang majlis.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, keinginan untuk meraikan hasil usaha selama empat tahun mendorong beliau membuat persediaan sewajarnya, termasuk merancang perjalanan lebih awal, mendapatkan rehat mencukupi serta memastikan suami dan ahli keluarga sentiasa bersedia membantu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menegaskan bahawa aspek keselamatan diri dan bayi menjadi keutamaan dengan mengambil kira keadaan kesihatan serta pandangan pihak perubatan sebelum menghadiri istiadat berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Aini, kejayaan menggenggam ijazah ketika menantikan kelahiran anak pertama membawa makna yang lebih mendalam kerana beliau menamatkan satu fasa kehidupan sebagai mahasiswa dan kini bersedia memikul tanggungjawab baharu sebagai seorang ibu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berharap konvokesyen ini menjadi kenangan yang akan kami ceritakan kepada anak kami suatu hari nanti, bahawa ketika ibu menerima ijazah, dia juga berada bersama-sama ibu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>27 NOVEMBER 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Bazli Razak TANJONG MALIM \u2013 Keadaan sarat hamil 35 minggu tidak menghalang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti Nur Aini Najihah Azauha, 24, menghadiri Istiadat Konvokesyen UPSI Ke-28 untuk menerima ijazah selepas menamatkan pengajian dengan Kepujian Kelas Pertama dan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.88. Lebih istimewa, graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":42425,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42423"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=42423"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42423\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":42426,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42423\/revisions\/42426"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/42425"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=42423"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=42423"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=42423"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}