{"id":432,"date":"2016-06-29T03:52:05","date_gmt":"2016-06-29T03:52:05","guid":{"rendered":"http:\/\/www.epenaupsi.com\/?p=432"},"modified":"2016-12-27T02:26:07","modified_gmt":"2016-12-27T02:26:07","slug":"kesatuan-pegawai-am-upsi-diiktiraf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2016\/06\/29\/kesatuan-pegawai-am-upsi-diiktiraf\/","title":{"rendered":"Kesatuan Pegawai Am UPSI Diiktiraf"},"content":{"rendered":"<p><strong><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-433 alignleft\" src=\"http:\/\/www.epenaupsi.com\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/13122859_10154155931661972_2986138289417022073_o-225x300.jpg\" alt=\"13122859_10154155931661972_2986138289417022073_o\" width=\"324\" height=\"432\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/13122859_10154155931661972_2986138289417022073_o-225x300.jpg 225w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/13122859_10154155931661972_2986138289417022073_o-600x800.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/13122859_10154155931661972_2986138289417022073_o-768x1024.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/13122859_10154155931661972_2986138289417022073_o.jpg 960w\" sizes=\"(max-width: 324px) 100vw, 324px\" \/><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>UPSI<\/strong>, <strong>1 Mei 2016<\/strong> \u2013 Kesatuan Pegawai Am (KPA), UPSI dianugerahkan Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang 2016 (Sektor Awam) oleh YAB Perdana Menteri Dato\u2019 Seri Najib Tun Abdul Razak dalam satu majlis yang diadakan bersempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, sekaligus membawa pulang hadiah berupa trofi, cek bernilai RM 6000.00 dan sijil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut Presiden, Puan Nazeema Bebe Mohamed Yusof, pengiktirafan ini merupakan usaha bersama Jawatankuasa kerja dan hubungan harmoni dengan Pengurusan Universiti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau turut menjelaskan, kepimpinannya bermula tahun 2011 mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan dalam memastikan segala tuntutan dan perancangan aktiviti selari dengan kehendak mencapai Universiti Pendidikan yang terulung di Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSaya melihat kunci utama kejayaan\u00a0 ini adalah sinergi di dalam barisan kepimpinan saya di antara\u00a0 Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa yang dilantik bersama ahli-ahli. Antara sinergi yang dikenalpasti faham memahami, mengenali kekuatan dan kebolehan, sentiasa muhasabah diri, saling menghormati dan menerima pandangan, integriti, komunikasi yang baik, sentiasa bersyukur dan memperbaiki kesilapan serta terus mempelajari perkara baharu\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cBagi mencapai tuntutan ahli-ahli dalam memastikan kebajikan terpelihara, konsep yang digunakan <em>Open Door<\/em> oleh Pengurusan Universiti membantu memudahkan urusan-urusan segera. Asam garam lumrah kehidupan pasti ada. Justeru, saya menggunakan medium yang diberikan sebaik mungkin di dalam Majlis Bersama Jabatan yang diadakan setiap tiga bulan dengan penuh bermakna walaupun\u00a0 kadang kala ada perdebatan dan percanggahan pandangan. Melalui konsep berani bersuara dan memberikan pandangan dan teguran melalui mesyuarat yang dihadiri kadang kala menimbulkan kurang sennag juga bagi beberapa pihak. Itulah cabaran yang dihadapi apabila kesatuan membuat teguran, ada yang boleh menerima ada yang tidak boleh itu lumrah alam,\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cBiasanya tuntutan kami adalah yang berasaskan kepada Pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Dalam memastikan kejayaan organisasi setiap kumpulan pekerja merupakan pelengkap antara satu sama lain tanpa mengira pangkat jawatan dan kedudukan,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\" wp-image-434 alignright\" src=\"http:\/\/www.epenaupsi.com\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/13112769_10154072268116668_3081407046252147605_o-300x169.jpg\" alt=\"13112769_10154072268116668_3081407046252147605_o\" width=\"533\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/13112769_10154072268116668_3081407046252147605_o-300x169.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/13112769_10154072268116668_3081407046252147605_o-600x338.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/13112769_10154072268116668_3081407046252147605_o-768x432.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/13112769_10154072268116668_3081407046252147605_o-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/13112769_10154072268116668_3081407046252147605_o.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 533px) 100vw, 533px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tambah beliau, antara individu yang menjadi rujukan kesatuan dalam mendapatkan pandangan dan nasihat adalah Dato\u2019 Omar Osman, Mantan Presiden CUEPACS, Presiden UUM, YM Ku Azmi Ku Ibrahim dan Rakan Strategik, Razak Darus, Setiausaha Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cMereka ini sumber inspirasi yang sentiasa memberi sokongan dan semangat dalam memastikan kepimpinan kesatuan berada di tahap hari ini\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cPrinsip kesatuan jika kita berpegang kepada konsep bekerja dalam sebuah pasukan dan bukan silo pasti konsep menerima teguran itu punca kejayaan dan kebersamaan untuk melahirkan idea yang lebih baik. Walaupun yang memberi teguran dan padangan itu pekerja bawahan atau generasi muda kerana setiap daripada kita tidak lari dari melakukan kesilapan termasuklah majikan\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cMelihat kepada senario Kesatuan hari ini, adakala pandangan Generasi Y atau X sukar diterima oleh genarasi Baby Boomers yang mencipta GAP. Dalam perjuangan zaman era globalisasi terdapat perubahan-perubahan yang perlu diikuti dan tidak perlu mencipta masalah demi satu matlamat dalam perjuangan bagi perkhidmatan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">KPA bermula pada 19 Mei 2011 dengan kepimpinan presiden pertama iaitu Pn. Nazeema Mohamad yusof dan di bantu oleh sembilan Jawatankuasa Tertinggi. Penglibatan KPA bermula di peringkat dalaman bersama Pengurusan Universiti. Kesatuan mula memperluaskan jaringan hubungan di peringkat negeri dan kebangsaan bersama-sama Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Sumber Manusia, INTAN, AKEPT dan agensi kerajaan lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">KPA kemudiannya diperkukuhkan lagi melalui gabungan bersama GAKUM, CUEPACS, MTSU, MTUC dan majlis bersama kebangsaan badan berkanun seterusnya ke peringkat antarabangsa menerusi International Labour Organization (ILO) di Geneva, Jakarta dan Thailand serta Public Service International (PSI) yang berpusat di Singapura.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">KPA kini mempunyai seramai 31 barisan Jawatankuasa yang mewakili semua Bahagian dan Unit di setiap pusat tanggungjawab berfungsi untuk menyampaikan maklumat dan menerima cadangan dan masalah yang dihadapi ahli-ahli.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UPSI, 1 Mei 2016 \u2013 Kesatuan Pegawai Am (KPA), UPSI dianugerahkan Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang 2016 (Sektor Awam) oleh YAB Perdana Menteri Dato\u2019 Seri Najib Tun Abdul Razak dalam satu majlis yang diadakan bersempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, sekaligus membawa pulang hadiah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":433,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/432"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=432"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/432\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/433"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=432"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=432"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=432"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}