{"id":5067,"date":"2021-08-24T10:39:11","date_gmt":"2021-08-24T02:39:11","guid":{"rendered":"http:\/\/www.epenaupsi.com\/?p=5067"},"modified":"2021-08-24T10:50:52","modified_gmt":"2021-08-24T02:50:52","slug":"kawal-aktiviti-sukan-rekreasi-elak-risiko-kecederaan-semasa-pandemik-covid-19","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2021\/08\/24\/kawal-aktiviti-sukan-rekreasi-elak-risiko-kecederaan-semasa-pandemik-covid-19\/","title":{"rendered":"Kawal Aktiviti Sukan, Rekreasi Elak Risiko Kecederaan Semasa Pandemik COVID-19"},"content":{"rendered":"\n<p>TANJUNG MALIM: Beberapa kes kemalangan maut dan kecederaan yang berlaku sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)&nbsp; memberikan imej yang kurang baik terhadap aktiviti sukan dan rekreasi sekali gus memberi cabaran secara langsung kepada pengurusan risiko aktiviti berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dekan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dr Jaffry Zakaria berpendapat dalam keghairahan menjalankan aktiviti untuk kesihatan dan juga riadah, masyarakat&nbsp; perlu memikirkan&nbsp; faktor risiko dan juga keselamatan diri.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/www.epenaupsi.com\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/kk-360-ans-22-ogos-dr-jaffry-copy-768x856-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-5064\" width=\"282\" height=\"314\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/kk-360-ans-22-ogos-dr-jaffry-copy-768x856-1.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/kk-360-ans-22-ogos-dr-jaffry-copy-768x856-1-269x300.jpg 269w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/kk-360-ans-22-ogos-dr-jaffry-copy-768x856-1-600x669.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 282px) 100vw, 282px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>DR JAFFRY ZAKARIA<\/p>\n\n\n\n<p id=\"caption-attachment-5982\"><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAntara aktiviti yang menjadi trending kini adalah berbasikal dan larian selain pertandingan secara virtual menyebabkan berlakunya peningkatan yang mendadak dalam aktiviti ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, katanya, beberapa kes seperti kejadian di Perlis apabila seorang penunggang basikal maut dilanggar kereta, manakala seorang lelaki&nbsp; maut ketika aktiviti mendaki gunung di Pulau Pinang memberi implikasi negatif terhadap perkembangan aktiviti sukan dan rekreasi di negara ini semasa pandemik.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, katanya,&nbsp; bagi mengawal risiko dalam kalangan penggiat mahupun individu setiap aktiviti perlu beretika walaupun kebanyakannya kurang memahami dan mengetahui etika setiap aktiviti yang ingin dijalankan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata kelemahan itu dapat mengundang dan menjadi punca kepada berlakunya kemalangan sama ada kepada diri sendiri mahupun individu yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai contohnya, katanya, dalam aktiviti berbasikal, setiap penunggang perlulah mematuhi etika aktiviti tunggangan seperti memakai helmet, memakai pakaian yang cerah, kayuhan tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain dan juga mematuhi peraturan jalan raya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTidak kira apa sahaja aktiviti sukan dan rekreasi yang ingin dijalankan, setiap individu seharusnya terlebih dahulu melakukan regangan dan memanaskan badan bagi membolehkan otot-otot dalam keadaan bersedia untuk aktiviti,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Jaffry menyarankan mana-mana individu menjalankan aktiviti secara berperingkat bagi membolehkan tubuh badan beradaptasi dengan aktiviti lebih-lebih lagi jika aktiviti tersebut adalah yang baru pertama kali dijalankan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap individu perlu mengetahui status kemampuan diri dengan aktiviti yang akan dijalankan dan merujuk dengan garis panduan aktiviti fizikal Malaysia yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, katanya, menilai kemampuan diri adalah penting kerana setiap individu dengan individu lain tidak sama dari aspek tahap kecergasannya seperti berlari jarak jauh yang perlu bermula dengan jarak yang pendek dan sederhana&nbsp; beberapa kali.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata jika terus berlari dalam jarak yang jauh dikhuatiri boleh menyebabkan risiko kecederaan kepada individu tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu elakkan&nbsp; diri melakukan aktiviti senaman dalam keadaan cuaca yang tidak menentu seperti kepanasan yang melampau, panas terik, hujan lebat dan juga angin kencang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mencadangkan supaya aktiviti dijalankan pada awal pagi atau lewat petang kerana cuaca agak redup dan\u00a0 menyemak ramalan kaji cuaca daripada laman web rasmi pihak berkuasa.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"800\" height=\"469\" src=\"http:\/\/www.epenaupsi.com\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/aktiviti-berbasikal-copy.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-5065\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/aktiviti-berbasikal-copy.jpg 800w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/aktiviti-berbasikal-copy-300x176.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/aktiviti-berbasikal-copy-768x450.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/aktiviti-berbasikal-copy-600x352.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"has-small-font-size\" id=\"caption-attachment-5983\">PATUHI \u2026 Dr Jaffry menasihati masyarakat agar sentiasa mematuhi segala saranan berkaitan keselamatan diri sebelum menjalankan aktiviti fizikal.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiap peralatan yang akan digunakan, katanya,&nbsp; perlu diperiksa agar berada dalam keadaan yang baik terutamanya aktiviti-aktiviti seperti berbasikal dan juga mesin latihan bebanan kerana bersifat teknikal.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Jaffry menasihati masyarakat agar sentiasa mematuhi segala saranan berkaitan keselamatan diri sebelum menjalankan aktiviti fizikal.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKesihatan dan juga keselamatan perlu diimbangi agar tidak berlaku risiko kecederaan kepada penggiat mahupun individu terutamanya dalam kemelut pandemik Covid-19 yang belum bila berakhir.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>demiupsi #cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia #upsino1pendidikan #upsino1education #Malaysiamembaca UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI NO.1 PENDIDIKAN | NO.1 EDUCATION UNIVERSITY<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>&#8211; SABAH 360online<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TANJUNG MALIM: Beberapa kes kemalangan maut dan kecederaan yang berlaku sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)&nbsp; memberikan imej yang kurang baik terhadap aktiviti sukan dan rekreasi sekali gus memberi cabaran secara langsung kepada pengurusan risiko aktiviti berkenaan. Dekan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dr Jaffry Zakaria berpendapat dalam keghairahan menjalankan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":5066,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[29,1,21],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5067"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5067"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5067\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5066"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5067"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5067"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5067"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}