{"id":5200,"date":"2021-09-07T12:58:50","date_gmt":"2021-09-07T04:58:50","guid":{"rendered":"https:\/\/www.epenaupsi.com\/?p=5200"},"modified":"2021-09-07T13:00:55","modified_gmt":"2021-09-07T05:00:55","slug":"120-peribahasa-melayu-dipugar-kembali","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2021\/09\/07\/120-peribahasa-melayu-dipugar-kembali\/","title":{"rendered":"120 Peribahasa Melayu dipugar kembali"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Tanjong Malim, 19 Ogos<\/strong> \u2013 Sungguh indah dan berseni peribahasa Melayu yang diciptakan oleh orang dahulu. Ungkapan \u201cSeperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak dan sebagainya kini semakin kurang dituturkan, malah hampir tenggelam dalam arus dunia digital.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, bagi memelihara khazanah tersebut, Institut Peradaban Melayu (IPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil inisiatif menganjurkan program Pemugaran Peribahasa Melayu secara bersiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, langkah besar yang dilakukan IPM itu amat bertepatan bagi memelihara warisan peribahasa Melayu sebagai lambang kearifan tempatan yang&nbsp; mengandungi&nbsp; pengajaran&nbsp; dan&nbsp; teladan&nbsp; bagi&nbsp; diri&nbsp; dan&nbsp; kehidupan bermasyarakat di samping membantu pelajar memperkukuh pengetahuan dan menghayati warisan peribahasa Melayu secara mendalam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI sebagai Universiti pendidikan ulung mempunyai kepakaran dalam bidang kebahasaan dan persuratan dan berupaya menjadi peneraju usaha ini. Pengupayaan dan pendekatan ini sekali gus dapat menampung kelemahan pengajaran dan pembelajaran peribahasa Melayu di sekolah,\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan penyebaran ilmu dan pendidikan seperti siri memugar kembali kearifan pemikiran orang Melayu dalam mengungkapkan sesuatu berdasarkan pemerhatian mereka dalam bentuk peribahasa, pantun, seloka, dan bidalan ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur di mana saja anda berada,\u201d katanya pada majlis perasmian yang diadakan secara dalam talian di Facebook rasmi IPM UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, bagi menyubur penggunaan peribahasa Melayu dalam kalangan masyarakat, IPM mengumpulkan seramai 20 orang panel yang akan mengupas hampir 120 peribahasa Melayu dalam 20 siri program yang berlangsung dari 3 Ogos hingga 30 Disember 2021.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAntara cendikiawan ternama yang terlibat, seperti Prof. Emeritus, Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Sasterawan Negara Prof. Datuk Dr. Siti Zainon Ismail, Dato\u2019 Hj. Abang Salehuddin Abang Shokeran, Ketua Pengarah Dewan Bahasa Pustaka, kalangan ahli akademik dan penggiat budaya, guru-guru sekolah, kumpulan pakar dari luar negara Singapura, Indonesia dan Brunei,\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi pelayar di Facebook pula, ambillah peluang keemasan dengan menyertai setiap siri pemugaran peribahasa Melayu ini bagi menambah ilmu dan kecekapan kita dalam berbahasa Melayu dan menghargai warisan bangsa kita,\u201d ucap beliau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tanjong Malim, 19 Ogos \u2013 Sungguh indah dan berseni peribahasa Melayu yang diciptakan oleh orang dahulu. Ungkapan \u201cSeperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak dan sebagainya kini semakin kurang dituturkan, malah hampir tenggelam dalam arus dunia digital. Justeru, bagi memelihara khazanah tersebut, Institut Peradaban Melayu (IPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":5203,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[29,23,21],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5200"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5200"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5200\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5200"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5200"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5200"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}