{"id":5449,"date":"2021-10-08T15:03:25","date_gmt":"2021-10-08T07:03:25","guid":{"rendered":"https:\/\/www.epenaupsi.com\/?p=5449"},"modified":"2021-10-08T15:04:41","modified_gmt":"2021-10-08T07:04:41","slug":"upsi-kongsi-kepakaran-bangunkan-modul-jauhar-ypkdt","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2021\/10\/08\/upsi-kongsi-kepakaran-bangunkan-modul-jauhar-ypkdt\/","title":{"rendered":"UPSI Kongsi Kepakaran Bangunkan Modul Jauhar YPKDT"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Tanjung Malim 29 September 2021<\/strong> \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyerahkan Modul Jauhar yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) &nbsp;kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta\u2019zim (YPKDT) baru-baru ini secara dalam talian.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.epenaupsi.com\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/gambar-2-pengarah-ncdrc-1024x576.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-5450\" width=\"841\" height=\"472\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/gambar-2-pengarah-ncdrc-1024x576.png 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/gambar-2-pengarah-ncdrc-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/gambar-2-pengarah-ncdrc-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/gambar-2-pengarah-ncdrc-1536x864.png 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/gambar-2-pengarah-ncdrc-600x338.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/gambar-2-pengarah-ncdrc.png 1920w\" sizes=\"(max-width: 841px) 100vw, 841px\" \/><figcaption><strong>Pengarah NCDRC, Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa (kanan) ketika memberi ucapan dalam penyampaian modul Jauhar menerusi siaran langsung Facebook NCDRC UPSI.<\/strong><\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Menurut Pengarah NCDRC, Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa berkata pembangunan modul Jauhar ini merupakan satu inisiatif hasil kerjasama antara pihak YPKDT dan NCDRC untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran awal kanak-kanak di Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) YPKDT yang dikenali sebagai Jauhar Child Care Centre (JCC).<\/p>\n\n\n\n<p><strong>\u201c<\/strong>Modul Jauhar didatangkan dengan empat buah modul berasingan mengikut peringkat bermula daripada bayi yang baru dilahirkan sehingga berumur empat tahun. Istimewanya rekaan grafik modul mengandungi elemen Negeri Johor dan penerapan keluarga sakinah serta dibangunkan hasil kepakaran pasukan penyelidik dan pendidik berpengalaman UPSI untuk YPKDT. Usahasama pembangunan dan penerbitan Modul Jauhar ini telah mewujudkan kesepakatan antara YPKDT dan UPSI dalam menentukan konsep, tema, illustrasi, grafik dan skop idea bagi kandungan modul,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Penghasilan modul ini juga akan turut dimantapkan dengan program latihan berterusan kepada pendidik-pendidik di TASKA JCC dan penaziran daripada pihak NCDRC UPSI bagi melihat keberkesanan modul yang dibangunkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInisiatif baharu ini amat bertepatan dengan matlamat dan hasrat UPSI dalam memperkukuhkan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif dan jalinan kerjasama dengan pihak luar bagi meningkatkan reputasi terutamanya berkaitan pendidikan awal kanak-kanak,\u201d jelas Mazlina lagi<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.epenaupsi.com\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/gambar-1-ypkdt-1024x576.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-5451\" width=\"764\" height=\"429\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/gambar-1-ypkdt-1024x576.png 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/gambar-1-ypkdt-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/gambar-1-ypkdt-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/gambar-1-ypkdt-1536x864.png 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/gambar-1-ypkdt-600x338.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/gambar-1-ypkdt.png 1920w\" sizes=\"(max-width: 764px) 100vw, 764px\" \/><figcaption><strong>&nbsp; Pn. Nurul Naqiah Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT<\/strong><\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT, Pn. Nurul Naqiah Fadzil berkata usaha pembangunan modul Jauhar menyokong kepada matlamat penubuhan YPKDT bagi membentuk masyarakat yang harmoni, bahagia, sejahtera dan penyayang melalui pengukuhan Institusi Keluarga, membawa wanita ke arus pembangunan dan menangani masalah sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami berharap kerjasama antara UPSI dan YPKDT dapat berterusan ke arah usaha membentuk modal insan yang lebih mapan.&nbsp; Kesemua kerjasama ini dapat mewujudkan perkongsian pintar dalam aspek pengetahuan, kemahiran, pengalaman, dan kepakaran untuk meningkatkan kualiti dan martabat pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dan serantau,\u201d jelasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tanjung Malim 29 September 2021 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyerahkan Modul Jauhar yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) &nbsp;kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta\u2019zim (YPKDT) baru-baru ini secara dalam talian. Menurut Pengarah NCDRC, Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa berkata pembangunan modul Jauhar ini merupakan satu inisiatif hasil kerjasama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":5450,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[29,17,23],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5449"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5449"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5449\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5450"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5449"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5449"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5449"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}