{"id":5536,"date":"2021-10-29T11:36:58","date_gmt":"2021-10-29T03:36:58","guid":{"rendered":"https:\/\/www.epenaupsi.com\/?p=5536"},"modified":"2021-11-01T09:07:16","modified_gmt":"2021-11-01T01:07:16","slug":"perkasakan-bahasa-melayu-demi-identiti-kebangsaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2021\/10\/29\/perkasakan-bahasa-melayu-demi-identiti-kebangsaan\/","title":{"rendered":"PERKASAKAN BAHASA MELAYU DEMI IDENTITI KEBANGSAAN"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<ul><li>oleh: <strong>Prof Madya Dr Ghazali Din \/ Ammar Fathir Nazri<\/strong><\/li><\/ul>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjung Malim, 28 Oktober 2021:<\/strong> Pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara perlu dilakukan pelbagai pihak terutamanya oleh pemimpin negara agar matlamat pembinaan negara bangsa dan membentuk identiti kebangsaan berjaya dilaksanakan di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika menyampaikan Syarahan Perdana Professor&nbsp; anjuran Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris &nbsp;bertajuk \u201cPeradaban Pendidikan Bahasa Melayu: Pembangunan Jati Diri Negara Bangsa\u201d, Prof Dr&nbsp; Abdul Rasid Jamian berkata segala teguran dan ketajaman pena berkesan dengan menggunakan bahasa Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata pendidikan Bahasa Melayu menerusi guru-guru di sekolah harus memberi penekanan kepada Konteks Budaya Belajar iaitu bagaimana cara menyampaikan ilmu kepada pelajar yang secara berhemah.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan pengalaman menjadi pensyarah Bahasa Melayu sejak tahun 1999 dan melahirkan ramai guru Bahasa Melayu, katanya,&nbsp; guru perlu membimbing murid dengan lakuan bahasa, kesantunan dan budaya ilmu tinggi. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, katanya, kesantunan komunikasi dalam kalangan pensyarah atau pendidik menerusi proses interaktif yang menggunakan bahasa yang baik dengan pelajar demi membina keyakinan diri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai pendidik niat perlu betul &nbsp;untuk melahirkan generasi yang holistik yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek.,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, katanya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan hasilnya kelancaran berkomunikasi, jangan segan silu dengan bahasa Melayu dan perlu diangkat di dalam atau luar negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Abdul Rasid, bahasa Melayu bukan sahaja bahasa kebangsaan sebagai alat penyatuan dan perpaduan, alat kreativiti insan membentuk kehidupan lebih baik, malah bahasa ilmu yang mengangkat ekonomi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun realitinya bahasa Melayu masih terpinggir di bumi sendiri yang menjadi cabaran kepada ahli bahasa, malah memerlukan kecaknaan kerajaan dan masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) &nbsp;yang selalu melakukan penambahbaikan dan pengukuhan terhadap bahasa Melayu, malah bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam pendidikan. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam pendidikan Bahasa Melayu, pembinaan peradaban menerusi bahasa Melayu perlu melewati semua bidang sebagai &nbsp;bahasa pengantar termasuk dalam bidang perundangan dan&nbsp; ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata melalui sistem pendidikan, aktiviti jati diri yang tinggi, menerusi kurikulum atau kokurikulum,&nbsp; ia memberi peluang untuk &nbsp;belajar secara semula jadi demi &nbsp;melahirkan generasi yang bertindak dengan bijak dan mampu menghadapi cabaran globalisasi .<\/p>\n\n\n\n<p>Syarahan&nbsp; sempena sambutan 100 Tahun UPSI \u2013 Maktab Perguruan Sultan Idris \u2013Institut Perguruan Sultan Idris &nbsp;itu disampaikan secara hibrid di &nbsp;Fakulti Pembangunan Manusia , Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Naib Canselor, Prof Dato\u2019 Dr Md Amin Md Taff&nbsp; dalam ucapan perasmiannya&nbsp; berkata apalah maknanya bangsa tanpa bahasa kerana bahasa mencerminkan bangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya menggalakkan kalangan akademia UPSI berkongsi ilmu dan pandangan&nbsp; termasuk aspek bahasa sempena &nbsp;sambutan 100 tahun UPSI , \u201c katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata UPSI sedang &nbsp;menggagaskan agar bahasa Melayu&nbsp; meluas ke luar negara sebagai satu perjuangan dan inisiatif mengembangkan bahasa<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Dekan FBK, Prof. Madya Dr Mazura@Mastura Muhammad berkata Prof Dr Abdul Rasid Jamian melalui pengalaman yang panjang dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu dan syarahan dilaksanakan sebagai menghargai dunia kesarjanaan dan keilmuan beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Marzita Puteh serta Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),&nbsp; Prof Dr Suriani Abu Bakar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh: Prof Madya Dr Ghazali Din \/ Ammar Fathir Nazri Tanjung Malim, 28 Oktober 2021: Pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara perlu dilakukan pelbagai pihak terutamanya oleh pemimpin negara agar matlamat pembinaan negara bangsa dan membentuk identiti kebangsaan berjaya dilaksanakan di negara ini. Ketika menyampaikan Syarahan Perdana Professor&nbsp; anjuran Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":5537,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[29],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5536"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5536"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5536\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5537"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5536"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5536"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5536"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}