{"id":5945,"date":"2022-03-03T10:46:56","date_gmt":"2022-03-03T02:46:56","guid":{"rendered":"https:\/\/www.epenaupsi.com\/?p=5945"},"modified":"2022-03-03T10:50:05","modified_gmt":"2022-03-03T02:50:05","slug":"prn-johor-tidak-ganggu-spm-radzi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2022\/03\/03\/prn-johor-tidak-ganggu-spm-radzi\/","title":{"rendered":"PRN Johor tidak ganggu SPM \u2013 Radzi"},"content":{"rendered":"\n<p>PASIR GUDANG: Kementerian Pendidikan memberi jaminan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan 147 buah sekolah menengah di negeri ini sebagai pusat daerah mengundi tidak akan menjejaskan perjalanan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"586\" src=\"https:\/\/www.epenaupsi.com\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/radzi-1-1024x586.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-5946\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/radzi-1-1024x586.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/radzi-1-300x172.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/radzi-1-768x439.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/radzi-1-600x343.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/radzi-1.jpeg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr.&nbsp;<a href=\"https:\/\/www.utusan.com.my\/?s=radzi+jidin\">Radzi Jidin<\/a>&nbsp;berkata, walaupun sekolah-sekolah berkenaan digunakan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, proses tersebut tidak akan melibatkan bilik peperiksaan sedia ada.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebelum ini kita memang berbincang dengan SPR sekiranya boleh agar tidak menggunakan sekolah menengah. Namun disebabkan kekangan tertentu, sebanyak 147 sekolah menengah perlu digunakan.\u00a0Jadi keputusan yang dicapai jika sekolah itu digunakan (untuk PRN). Ia tidak akan sentuh bilik peperiksaan walaupun sukar kerana peperiksaan kali ini hampir semua bilik digunakan disebabkan faktor susunan jarak meja antara calon yang lebih jauh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTetapi mereka (SPR) ada kaedah dan sedang usahakan yang terbaik bagi memastikan proses peperiksaan berjalan lancar dan teratur,\u201d katanya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan sempena hari pertama SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai 2 di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, seramai 50,317 pelajar di negeri ini menduduki hari pertama peperiksaan SPM 2021 yang melibatkan keseluruhan 407,097 calon di 3,000 pusat peperiksaan seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\">Nyah cemar<\/h4>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut Radzi berkata, proses sanitasi juga akan dilakukan sejurus selepas tamat proses pengundian bagi memastikan kawasan berkenaan dinyah cemar secepat mungkin.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekolah-sekolah rendah yang dijadikan sebagai pusat membuang undi dalam PRN Johor ini jauh lebih banyak, beratus-ratus jumlahnya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Peperiksaan bertulis SPM 2021 akan dijalankan sehingga 29 Mac ini, manakala PRN Johor telah ditetapkan pada 12 Mac dengan pengundian awal akan dibuat pada 8 Mac ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) negeri ini membantah keputusan SPR menggunakan sekolah menengah sebagai pusat daerah mengundi dalam PRN Johor kali ini.\u00a0Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Impian Emas, Mazlan Sulor berkata, ibu bapa khususnya bimbang keputusan itu akan menyebabkan berlaku penularan Covid-19 di sekolah terlibat sehingga mengganggu tumpuan calon SPM.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>-utusanonline<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PASIR GUDANG: Kementerian Pendidikan memberi jaminan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan 147 buah sekolah menengah di negeri ini sebagai pusat daerah mengundi tidak akan menjejaskan perjalanan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr.&nbsp;Radzi Jidin&nbsp;berkata, walaupun sekolah-sekolah berkenaan digunakan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, proses tersebut tidak akan melibatkan bilik peperiksaan sedia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":5946,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[29,17,1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5945"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5945"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5945\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5946"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5945"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5945"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5945"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}