{"id":6062,"date":"2022-03-14T10:28:31","date_gmt":"2022-03-14T02:28:31","guid":{"rendered":"https:\/\/www.epenaupsi.com\/?p=6062"},"modified":"2022-03-14T10:28:54","modified_gmt":"2022-03-14T02:28:54","slug":"upsi-uum-tubuh-kelab-badminton","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2022\/03\/14\/upsi-uum-tubuh-kelab-badminton\/","title":{"rendered":"UPSI, UUM tubuh kelab badminton"},"content":{"rendered":"\n<p><em>Meraikan kejayaan Kelab Badminton UUM yang meraih beberapa anugerah dalam pertandingan disertai.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Nama-nama seperti Datuk Misbun dan Datuk Rashid Sidek, Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia, Liew Daren, Cheam June Wei, Goh Liu Ying dan Leong Jun Hao tidak perlu diperkenalkan lagi kerana mereka telah mengharumkan Malaysia dalam sukan badminton dengan kehebatan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk menjadi seperti mereka, bukanlah mudah malah ia mengambil masa dan perlukan latihan berpanjangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru itu, beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) dilihat mula menubuhkan kelab badminton dalam usaha mencari dan mengasah bakat pelapis baharu dalam sukan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) antara universiti yang menjadikan badminton ini sebagai salah satu sukan utama di institusi mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi penubuhan kelab ini, sukan badminton dilihat mampu melahirkan lebih ramai atlet yang dapat dijadikan pelapis negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden Kelab Badminton UPSI, Ikmal Haikal Abu Bakar berkata, kelab berkenaan ditubuhkan pada 2008 tetapi mula aktif hanya pada 2013.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cObjektif penubuhan kelab ini adalah untuk mendedahkan dan memberi pengalaman kepada ahli kelab berkomunikasi, mengelola dan mengendalikan sesuatu program.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa juga bertujuan mewujudkan keseimbangan penguasaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dalam kalangan ahli serta membina jaringan kerjasama antara ahli dengan badan persatuan sukan peringkat negeri dan negara,\u201d kata pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) ini.<\/p>\n\n\n\n<div id=\"attachment_32324\" class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/sinarbestari.sinarharian.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Untitled-design-11.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-32324\"\/><figcaption>Ikmal Haikal<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Menurut Ikmal Haikal, seramai 138 pelajar menjadi ahli Kelab Badminton UPSI dan ada antara mereka berpengalaman luas dalam sukan badminton.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita buka keahlian kepada pelajar yang berminat dalam sukan ini. Tapi, jika sudah ada pengalaman, ia satu bonus buat kelab,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ikmal Haikal yang merupakan salah seorang pemain badminton UPSI memberitahu, tugas dan tanggungjawabnya sebagai presiden cukup besar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya perlu melaksanakan misi dan visi yang terdapat di dalam penubuhan kelab ini iaitu memupuk minat juga mengembangkan sukan badminton serta merancang program bagi membangunkan jati diri dan disiplin semua ahli kelab.<\/p>\n\n\n\n<div id=\"attachment_32321\" class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/sinarbestari.sinarharian.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/1412756.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-32321\"\/><figcaption>Sebahagian ahli Kelab Badminton UPSI yang menyertai kejohanan badminton.<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun masih baru memegang jawatan ini kira-kira enam bulan lalu, namun saya sudah merancang beberapa pembaharuan yang akan dilakukan iaitu membawa ahli badminton serlahkan bakat dengan lebih yakin tanpa mengira peringkat pemain untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan mengeratkan hubungan sesama ahli,\u201d katanya yang masih berhubung dengan presiden lama, Rajkumar Kathirevan bagi mendapatkan khidmat nasihat demi kebaikan kelab.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Sediakan program menarik<\/h3>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Presiden Kelab Badminton UUM, Hiu Kang Yeh berkata, seramai 390 pelajar telah menyertai kelab itu bagi sesi 2020\/2021.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenyertaan yang ramai ini membuktikan bahawa badminton sememangnya ada pengikut yang tersendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalah, dengan kepelbagaian manfaat yang ada dalam sukan ini, ia menjadikan badminton antara sukan yang paling mendapat tempat dalam kalangan pelajar universiti,\u201d katanya.<br><\/p>\n\n\n\n<p>Ditubuhkan pada 2002, Kang Yeh berkata, beberapa program menarik telah dianjurkan untuk semua ahlinya.<\/p>\n\n\n\n<div id=\"attachment_32323\" class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/sinarbestari.sinarharian.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Untitled-design-1-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-32323\"\/><figcaption>Kang Yeh<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>\u201cKami pernah menganjurkan Word Search Competition, Badminton Forum \u2013 Fly With Badminton, Parent\u2019s Day Photography Contest dan Poster Design Competition.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAkan datang, kami ingin menganjurkan program seperti Bounce The Birdies, Bond With Badminton, Behind Badminton are Countless Stories and Dreams, Badminton e-Exhibition dan lain-lain aktiviti yang akan diumumkan melalui Facebook page Badminton Club UUM nanti,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ditanya mengenai tugasnya selaku presiden, Kang Yeh yang merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi berkata, tugasnya adalah mengurus dan mentadbir kelab secara keseluruhan dan bertanggungjawab dalam meluluskan dan menandatangani kertas kerja kelab.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya juga bertanggungjawab memantau gerak kerja exco-exco dan majlis tertinggi serta mengambil tahu mengenai status kewangan kelab.<\/p>\n\n\n\n<div id=\"attachment_32322\" class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/sinarbestari.sinarharian.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/1412757.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-32322\"\/><figcaption>Meraikan kejayaan Kelab Badminton UUM yang meraih beberapa anugerah dalam pertandingan disertai.<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun baru tiga bulan menggalas jawatan ini, saya sangat berharap dapat menerapkan pelbagai idea baharu demi kecemerlangan kelab,\u201d katanya.<br>Kang Yeh berharap, Kelab Badminton UUM dapat melahirkan lebih ramai ahli yang aktif dalam sukan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTak lupa juga, saya inginkan exco-exco di bawah kepimpinan saya ini dapat berkongsi idea yang kreatif dan inovatif hingga mampu membantu Kelab Badminton UUM terus berkembang,\u201d tuturnya.<\/p>\n\n\n\n<p>-SINAR BESTARI@SINAR HARIAN<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Meraikan kejayaan Kelab Badminton UUM yang meraih beberapa anugerah dalam pertandingan disertai. Nama-nama seperti Datuk Misbun dan Datuk Rashid Sidek, Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia, Liew Daren, Cheam June Wei, Goh Liu Ying dan Leong Jun Hao tidak perlu diperkenalkan lagi kerana mereka telah mengharumkan Malaysia dalam sukan badminton dengan kehebatan masing-masing. Untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":6063,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[29,17,21],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6062"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6062"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6062\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6063"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6062"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6062"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6062"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}