{"id":6573,"date":"2022-06-13T10:23:50","date_gmt":"2022-06-13T02:23:50","guid":{"rendered":"https:\/\/www.epenaupsi.com\/?p=6573"},"modified":"2022-06-13T10:46:27","modified_gmt":"2022-06-13T02:46:27","slug":"faizul-dinobat-ikon-ulul-albab-upsi-sedia-galas-tanggungjawab","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2022\/06\/13\/faizul-dinobat-ikon-ulul-albab-upsi-sedia-galas-tanggungjawab\/","title":{"rendered":"Faizul dinobat Ikon Ulul Albab UPSI, sedia galas tanggungjawab"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: <strong>Roshlawaty Md Raieh (Sinar Karangkraf)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia Dengan Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (<a href=\"https:\/\/sinarbestari.sinarharian.com.my\/gen-z\/inovasi\/pensyarah-pelajar-upsi-hasilkan-produk-inovasi-untuk-subjek-matematik-tingkatan-tiga\/\" rel=\"noreferrer noopener\" target=\"_blank\">UPSI<\/a>), Muhammad Faizul Nazrul Hamzah dinobatkan Ikon Ulul Albab&nbsp;<a href=\"https:\/\/sinarbestari.sinarharian.com.my\/ipt\/upsi-uum-tubuh-kelab-badminton\/\" rel=\"noreferrer noopener\" target=\"_blank\">UPSI<\/a>&nbsp;2021 pada Misi Pencarian Ikon Ulul Albab 3.0, UPSI baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan pengiktirafan tersebut, Muhammad Faizul Nazrul akan membawa imej seorang ikon yang pastinya akan menjadi ikutan ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>Tempat kedua bagi program itu menjadi milik pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahfiz &amp; Qiraat Dengan Pendidikan, Rahiq Mohamad Rodi manakala tempat ketiga dan keempat disandang oleh dua pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dengan Pendidikan iaitu Nur Sabrina Ramli dan Norhadisah Mohamed Shalikin<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\">.<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/img-s-msn-com.akamaized.net\/tenant\/amp\/entityid\/AAYn4rQ.img?h=400&amp;w=267&amp;m=6&amp;q=60&amp;o=f&amp;l=f&amp;x=287&amp;y=147\" alt=\"\"><\/p>\n\n\n\n<p>Hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, Toh Seri Lela Paduka Datuk Dr Khalid Ismail.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapannya, beliau berharap program berkenaan menjadi pemangkin dalam melahirkan pemimpin mahasiswa yang berketrampilan.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, seramai 23 peserta terpilih dalam peringkat saringan pada Misi Pencarian Ikon Ulul Albab 3.0,&nbsp;<a href=\"https:\/\/sinarbestari.sinarharian.com.my\/gen-alpha\/imbau-kisah-lalu-4-guru-teruja-kongsi-kenangan-terindah-sepanjang-pengajian-di-upsi\/\" rel=\"noreferrer noopener\" target=\"_blank\">UPSI<\/a>.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, hanya 10 peserta sahaja berjaya melepasi syarat penyertaan yang dilaksanakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka layak ke peringkat akhir dan pertandingan dilaksanakan secara bersemuka di Dewan Sri Tanjong, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,&nbsp;<a href=\"https:\/\/sinarbestari.sinarharian.com.my\/buletin\/upsi-tawar-azizulhasni-awang-biasiswa-lanjutkan-pengajian\/\" rel=\"noreferrer noopener\" target=\"_blank\">UPSI.<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>Program anjuran Pusat Ulul Albab (PUA), UPSI bertujuan melahirkan tokoh Ulul Albab yang bercirikan khalifah profesional, berfikiran kreatif dan mencipta keputusan berasaskan quranik, ensiklopedik dan ijtihadik (QEI) serta melatih bakal pemimpin yang bijak menguruskan organisasi, keterampilan, berani mengutarakan pendapat dan sedia berkongsi idea.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\">Misi Pencarian Ikon Ulul Albab 3.0 ini terbuka kepada semua ahli Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) yang telah melepasi syarat penyertaan iaitu nilai PNGK sekurang-kurangnya 3.5, menyertai Pensijilan Profesional Ulul Albab serta Program Ulul Albab Peringkat 1 (P1) dan Peringkat 2 (P2).<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/img-s-msn-com.akamaized.net\/tenant\/amp\/entityid\/AAYn4rV.img?h=400&amp;w=600&amp;m=6&amp;q=60&amp;o=f&amp;l=f\" alt=\"\"><\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pengarah program, Masrihanna Masrupi berkata, pelbagai pengalaman bernilai yang diperoleh peserta melalui cabaran yang diberikan sepanjang program berlangsung.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa sekali gus dapat menghasilkan graduan yang berakhlak mulia dan mampu menguasai pelbagai bidang yang menggabungkan tuntutan duniawi dan ukhrawi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSecara tak langsung ia membuktikan bahawa universiti ini mampu melahirkan mahasiswa yang hebat dan berkualiti,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">INFO<\/h3>\n\n\n\n<p>1) \u201cMisi Pencarian Ikon Ulul Albab 3.0 merupakan platform yang baik untuk memberi peluang kepada ahli KeSUA untuk berkongsi idea dan hujah dalam mengasah bakat kepimpinan dalam diri mereka.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u2013 Pengarah PUA, Prof Dr Abd Halim Ali<\/p>\n\n\n\n<p>2) \u201cPanel dapat menilai kebolehan mahasiswa dalam penguasaan bahasa asing dan menjadikan mereka sebagai seorang yang berkeupayaan berdepan dengan pelbagai cabaran di samping berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u2013 Penasihat KeSUA, Nor Hayati Aziz<\/p>\n\n\n\n<p>3) \u201cProgram selama tiga hari ini berjaya memperlihatkan kredibiliti dan kreativiti ahli sepanjang ia berlangsung. Selain itu, ia dapat menghasilkan graduan yang mempunyai ciri kebolehpasaran tinggi serta memenuhi tuntutan pihak universiti bagi menghasilkan graduan cemerlang akademik dan akhlak.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>&#8211;  <a href=\"https:\/\/sinarbestari.sinarharian.com.my\/ipt\/faizul-dinobat-ikon-ulul-albab-upsi-sedia-galas-tanggungjawab\/\" data-type=\"URL\" data-id=\"https:\/\/sinarbestari.sinarharian.com.my\/ipt\/faizul-dinobat-ikon-ulul-albab-upsi-sedia-galas-tanggungjawab\/\">Sinar Bestari,<\/a> <a href=\"https:\/\/www.msn.com\/en-my\/news\/berita\/faizul-dinobat-ikon-ulul-albab-upsi-sedia-galas-tanggungjawab\/ar-AAYnhRF\" data-type=\"URL\" data-id=\"https:\/\/www.msn.com\/en-my\/news\/berita\/faizul-dinobat-ikon-ulul-albab-upsi-sedia-galas-tanggungjawab\/ar-AAYnhRF\">MSN<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Roshlawaty Md Raieh (Sinar Karangkraf) Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia Dengan Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Faizul Nazrul Hamzah dinobatkan Ikon Ulul Albab&nbsp;UPSI&nbsp;2021 pada Misi Pencarian Ikon Ulul Albab 3.0, UPSI baru-baru ini. Dengan pengiktirafan tersebut, Muhammad Faizul Nazrul akan membawa imej seorang ikon yang pastinya akan menjadi ikutan ramai. Tempat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":6576,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[17,24,1],"tags":[74],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6573"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6573"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6573\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6576"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6573"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6573"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6573"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}