{"id":6823,"date":"2022-08-03T01:16:01","date_gmt":"2022-08-02T17:16:01","guid":{"rendered":"https:\/\/www.epenaupsi.com\/?p=6823"},"modified":"2022-08-03T01:16:08","modified_gmt":"2022-08-02T17:16:08","slug":"elvienie-johan-sayembara-deklamasi-sajak-peringkat-ipt-2022","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2022\/08\/03\/elvienie-johan-sayembara-deklamasi-sajak-peringkat-ipt-2022\/","title":{"rendered":"ELVIENIE JOHAN SAYEMBARA DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT IPT 2022"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Kuala Lumpur, 1 Julai 2022 &#8211; Berbekal sajak berjudul \u201cAnak Muda\u201d karya WS Rendra, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian, Elvienie Petrus, muncul Johan Sayembara Deklamasi Sajak IPT 2022 yang berlangsung\u00a0 di Auditorium Utama, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sayembara anjuran&nbsp; Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi Universiti Malaya membawa tuah kepada&nbsp; Elvienie apabila berjaya mempersembahkan deklamasi dengan penuh penghayatan dan penjiwaan sekali gus memukau penonton untuk menghayati persembahannya yang&nbsp; berdurasi sekitar 7 minit 45 saat.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.epenaupsi.com\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/sajak1-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-6824\" width=\"725\" height=\"483\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/sajak1-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/sajak1-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/sajak1-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/sajak1-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/sajak1-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/sajak1-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 725px) 100vw, 725px\" \/><figcaption><strong>Elvienie sedang menyampaikan sajak<\/strong> <strong>dengan penuh penghayatan<\/strong><\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Elvienie membawa pulang wang tunai berjumlah RM400, plak, hamper dan sijil kemenangan manakala Imran dan Shazlan membawa pulang plak dan sijil kemenangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut mewakili UPSI dalam pertandingan tersebut adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kesusasteraan Melayu dengan kepujian, Imran Mursyid William yang mendapat tempat keempat, manakala Muhammad Shazlan Shaffie pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Muzik) berjaya mendapat tempat keenam daripada keseluruhan 18 peserta lain yang turut bertanding.<\/p>\n\n\n\n<p>Elvienie berkata dia\u00a0 sejujurnya tidak menyangka\u00a0 akan menjuarai sayembara itu kerana para peserta lain juga hebat-hebat belaka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c Saya bersyukur atas kemenangan yang diperoleh dan bangga kerana dapat memacu kecemerlangan UPSI dalam pertandingan ini\u201d, katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut\u00a0 Elvienie Pusat Kebudayaan sentiasa memberi ruang dan peluang untuk beliau serta para pelajar UPSI untuk menggilap bakat seterusnya memastikan UPSI sentiasa cemerlang dalam segala bidang yang dipertandingkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tempat kedua disandang oleh \u00a0Sasha Shafiqah Abdul Aziz dari Universiti Malaya, manakala tempat ketiga, Muhammad Hanif Naim dari Universiti Sains Islam Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib&nbsp; Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff melahirkan rasa bangga atas pencapaian pelajar UPSI yang memperlihatkan bakat yang tinggi sehingga berjaya menjadi juara antara institusi pengajian tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI sentiasa menggalakkan pelajar berkreatif dan budaya kreativiti diterapkan seawal semester satu supaya mereka tampil akhirnya sebagai graduan yang versatil untuk menceburi bidan kerjaya masing-masing,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan , beliau amat bersyukur apabila kejayaan demi kejayaan kembali menyusul sebaik sahaja kebenaran untuk aktiviti pelajar dibuka pasca Covid-19. Dua tahun sudah berlalu, kami amat mengalu-alukan penyertaan pelajar untuk segala pertandingan yang dianjurkan dalam melahirkan graduan Anak Kandung Suluh Budiman yang cekap dalam kemahiran insaniah selain akademik yang cemerlang.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kuala Lumpur, 1 Julai 2022 &#8211; Berbekal sajak berjudul \u201cAnak Muda\u201d karya WS Rendra, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian, Elvienie Petrus, muncul Johan Sayembara Deklamasi Sajak IPT 2022 yang berlangsung\u00a0 di Auditorium Utama, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Sayembara anjuran&nbsp; Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi Universiti Malaya membawa tuah kepada&nbsp; Elvienie apabila [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":6825,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[49,71,29,21],"tags":[53],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6823"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6823"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6823\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6825"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6823"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6823"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6823"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}