{"id":7149,"date":"2022-09-28T10:46:14","date_gmt":"2022-09-28T02:46:14","guid":{"rendered":"https:\/\/www.epenaupsi.com\/?p=7149"},"modified":"2022-09-29T11:11:02","modified_gmt":"2022-09-29T03:11:02","slug":"upsi-sahut-inisiatif-kerjasama-penyelidikan-dengan-the-world-bank-group","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2022\/09\/28\/upsi-sahut-inisiatif-kerjasama-penyelidikan-dengan-the-world-bank-group\/","title":{"rendered":"UPSI SAHUT INISIATIF KERJASAMA PENYELIDIKAN DENGAN THE WORLD BANK GROUP"},"content":{"rendered":"\n<p><br>oleh: <strong>Prof Madya Dr Ghazali Din<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) dipilih sebagai universiti pertama untuk berkolaborasi dengan The World Bank Group dalam melaksanakan penyelidikan berkaitan asuhan dan didikan kanak-kanak dalam konteks pembangunan inklusif dan kelestarian kewangan di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; &nbsp;Justeru, UPSI diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff&nbsp; mendatangani surat niat kerjasama bersama Pengurus The World Bank Group, Dr. Yasuhiko Matsuda, di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur Isnin lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Md Amin berkata inisiatif yang diambil kedua-dua pihak bertujuan membantu dalam memberi pemahaman kepada komuniti dan negara berkaitan isu serta cabaran asuhan dan didikan kanak-kanak di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; \u201cUPSI akan membantu The World Bank melengkapkan laporan mengenai kanak-kanak dan pusat asuhan&nbsp; di samping penyelidikan kuantitatif tentang penentuan akses awal pendidikan kanak-kanak untuk isi rumah berpendapatan rendah berdasarkan data daripada Pusat Data Kanak-kanak Kebangsaan (NCDC) yang dibangunkan oleh NCDRC, \u201c katanya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Sehingga kini, katanya,&nbsp; NCDC berjaya merekodkan 74,292 kanak-kanak, 21,626 pendidik dan 4,731 pusat asuhan di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Menurut beliau data yang direkodkan mampu membantu pihak berkepentingan dalam memberi manfaat bukan sahaja kepada&nbsp; aspek asuhan dan perkembangan kanak-kanak, malah melonjakkan ekosistem pendidikan awal usia di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Berdasarkan keperluan untuk memperkasakan Pendidikan Awal Kanak-kanak di peringkat antarabangsa, katanya, kerjasama dengan World Bank Group bakal mewujudkan kepakaran dua hala bagi memberi manfaat melalui perolehan data yang komprehensif dalam bidang berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; \u201cNDCRC yang berperanan sebagai pusat penyelidikan, pembangunan pengajaran dan pengeluaran produk kanak-kanak,&nbsp; menjadi pilihan yang tepat bagi World Bank Group dalam mendapatkan maklumat berkaitan gambaran melalui data berkaitan Perkembangan Kanak-kanak, Pusat Asuhan Kanak-Kanak, Pengasuh dan Pengusaha Taska di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; \u201cDiharapkan dengan kerjasama melalui penyelidikan ini bakal memberi manfaat kepada UPSI untuk merealisasikan misi NCDRC menjadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) yang pertama dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak pertama di Malaysia selain&nbsp; meningkatkan lagi penarafan UPSI di persada antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Suriani Abu Bakar;&nbsp; Pengarah NCDRC, Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa, para penyelidik NCDRC serta pakar ekonomi dari World Bank bagi menyaksikan majlis merealisasikan kerjasama bersejarah itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut diterbitkan di: <a href=\"https:\/\/suaramerdeka.com.my\/upsi-sahut-inisiatif-kerjasama-penyelidikan-dengan-the-world-bank-group\/\" data-type=\"URL\" data-id=\"https:\/\/suaramerdeka.com.my\/upsi-sahut-inisiatif-kerjasama-penyelidikan-dengan-the-world-bank-group\/\">Suara Merdeka<\/a>, <a href=\"https:\/\/www.edisi9.com.my\/2022\/09\/upsi-the-world-bank-kerjasama-selidik-didikan-kanak-kanak\/\" data-type=\"URL\" data-id=\"https:\/\/www.edisi9.com.my\/2022\/09\/upsi-the-world-bank-kerjasama-selidik-didikan-kanak-kanak\/\">Edisi9<\/a>, <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2022\/09\/28\/upsi-bakal-lonjak-ekosistem-pendidikan-awal-kanak-kanak\/\" data-type=\"URL\" data-id=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2022\/09\/28\/upsi-bakal-lonjak-ekosistem-pendidikan-awal-kanak-kanak\/\">Kosmo!<\/a>, <a href=\"https:\/\/www.hmetro.com.my\/mutakhir\/2022\/09\/886537\/upsi-sahut-inisiatif-kerjasama-penyelidikan-dengan-bank-dunia\" data-type=\"URL\" data-id=\"https:\/\/www.hmetro.com.my\/mutakhir\/2022\/09\/886537\/upsi-sahut-inisiatif-kerjasama-penyelidikan-dengan-bank-dunia\">Harian Metro<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh: Prof Madya Dr Ghazali Din Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) dipilih sebagai universiti pertama untuk berkolaborasi dengan The World Bank Group dalam melaksanakan penyelidikan berkaitan asuhan dan didikan kanak-kanak dalam konteks pembangunan inklusif dan kelestarian kewangan di Malaysia. &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; &nbsp;Justeru, UPSI diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":7150,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[49,1,102],"tags":[46],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7149"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7149"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7149\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7150"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7149"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7149"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7149"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}