{"id":805,"date":"2016-12-22T07:38:14","date_gmt":"2016-12-22T07:38:14","guid":{"rendered":"http:\/\/www.epenaupsi.com\/?p=805"},"modified":"2016-12-22T07:38:14","modified_gmt":"2016-12-22T07:38:14","slug":"kunjungan-unsri-bina-kerjasama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2016\/12\/22\/kunjungan-unsri-bina-kerjasama\/","title":{"rendered":"Kunjungan UNSRI Bina Kerjasama"},"content":{"rendered":"<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-807 aligncenter\" src=\"http:\/\/www.epenaupsi.com\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/Pix-1-gambar-kenangan-beramai-300x139.jpg\" alt=\"OLYMPUS DIGITAL CAMERA\" width=\"581\" height=\"269\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/Pix-1-gambar-kenangan-beramai-300x139.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/Pix-1-gambar-kenangan-beramai-600x278.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/Pix-1-gambar-kenangan-beramai-768x356.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/Pix-1-gambar-kenangan-beramai-1024x475.jpg 1024w\" sizes=\"(max-width: 581px) 100vw, 581px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>UPSI, 5 Oktober &#8211; <\/strong>Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti \u00a0Bahasa dan Komunikasi, \u00a0menerima kunjungan seramai 80 pensyarah dan pelajar daripada Fakultas Keguruan Ilmu Pendidikan (FKIP), Universitas Sriwijaya, \u00a0Palembang Indonesia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa),\u00a0 Profesor Madya Dr. Dahlia Janan ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya\u00a0 berharap pertemuan itu dapat meningkatkan lagi hubungan silaturrahim kedua-dua pihak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau berkata, kunjungan itu dapat mempertingkatkan lagi hubungan untuk merancang pelbagai program khususnya dalam aspek pendidikan, artikal jurnal serta kerjasama antara pensyarah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cPertemuan itu, memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dalam akademik\u00a0 sesama pensyarah dan pelajar ini kerana kedua-dua universiti ini mempunyai pensyarah yang memiliki kekuatan tersendiri&#8221;, katanya.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-806 alignleft\" src=\"http:\/\/www.epenaupsi.com\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/Pix-3-perbincangan-300x225.jpg\" alt=\"OLYMPUS DIGITAL CAMERA\" width=\"420\" height=\"315\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/Pix-3-perbincangan-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/Pix-3-perbincangan-600x450.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/Pix-3-perbincangan-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/Pix-3-perbincangan-1024x768.jpg 1024w\" sizes=\"(max-width: 420px) 100vw, 420px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">UNSRI sebelum ini menandatangan memorandum persefahaman dan\u00a0 ia menjadi kesinambungan\u00a0 untuk\u00a0 merancang program kerjasama dalam pendidikan, pertukaran pelajar, penerbitan jurnal serta\u00a0 penyelidikan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam majlis yang berlangsung di Dewan Seri Tanjung itu juga, pelajar UNSRI mengadakan persembahan tarian &#8220;Tari Tanggai&#8221; dan menyanyikan lagu patriotik Indonesia berjudul &#8220;Tanah Airku&#8221; manakala wakil UPSI, Dr. Ariff\u00a0 Mohamad menyampaikan sajak berjudul &#8220;Mati Persahabatan&#8221; dan Profesor Madya Dr. Abdul Halim Ali dengan puisinya berjudul &#8220;Kita Serumpun dan Selenggara&#8221; dan &#8220;Kembali ke Akar Leluhur&#8221;.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Delegasi dari UNSRI kemudiannya dibawa melawat Muzium Pendidikan Nasional, Perpustakaan Tunku Bainun, Kampus Sultan Azlan Shah, serta Masjid Al-Mursyidin.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hadir bersamanya Dr. Kasmansyah dari\u00a0 Unit Bahasa dan Kesusasteraan Universitas Sriwijaya; Ketua Jabatan\u00a0 Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Dr. Zulkifli Osman; penyelaras program Kesusasteraan Melayu, Dr Norazimah Zakaria.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sementara itu,\u00a0 wakil\u00a0 UNSRI,\u00a0 Dr. Subadyono berkata\u00a0 tujuan mereka mengunjungi UPSI adalah sebahagian\u00a0 daripada tugasan di lapangan mahasiswa mendapat pengalaman\u00a0 baharu daripada universiti luar negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Kami yakin UPSI adalah pilihan yang tepat kerana ia adalah universiti pendidikan yang terkenal\u00a0 yang mendorong kepada usaha kerjasama yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Melalui kunjungan juga, katanya, UNSRI dapat menyaksikan\u00a0 kehebatan operasi perpustakaan,\u00a0 sistem kuliah \u00a0serta\u00a0 pembangunan sahsiah pelajar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu UPSI, Khadijah Mohd Khusairi, 23, pertemuan dengan pelajar UNSRI membolehkan beliau berkongsi pengalaman selain mengeratkan hubungan silaturrahim.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Mungkin suatu hari nanti kami pula akan berkunjung ke Palembang untuk memahami budaya dan sistem pendidikan UNSRI pula,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UPSI, 5 Oktober &#8211; Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti \u00a0Bahasa dan Komunikasi, \u00a0menerima kunjungan seramai 80 pensyarah dan pelajar daripada Fakultas Keguruan Ilmu Pendidikan (FKIP), Universitas Sriwijaya, \u00a0Palembang Indonesia. Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa),\u00a0 Profesor Madya Dr. Dahlia Janan ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya\u00a0 berharap pertemuan itu dapat meningkatkan lagi hubungan silaturrahim kedua-dua pihak. Beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":807,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[17],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/805"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=805"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/805\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/807"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=805"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=805"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=805"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}