{"id":9859,"date":"2023-06-27T17:13:29","date_gmt":"2023-06-27T09:13:29","guid":{"rendered":"https:\/\/www.epena.com.my\/?p=9859"},"modified":"2023-06-28T07:58:28","modified_gmt":"2023-06-27T23:58:28","slug":"pelbagai-cabang-kerjaya-bantu-kebolehpasaran-mahasiswa-holistik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2023\/06\/27\/pelbagai-cabang-kerjaya-bantu-kebolehpasaran-mahasiswa-holistik\/","title":{"rendered":"Pelbagai Cabang Kerjaya Bantu Kebolehpasaran Mahasiswa Holistik"},"content":{"rendered":"\n<p><em>oleh: MOHD FADHLI BIN ROSLI &amp; FARAH ADILLA AZIM<\/em><\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM \u2013<\/strong> Peluang pekerjaan yang meliputi pelbagai bidang kemahiran dilihat mampu memberikan sinar kebolehpasaran kepada para graduan universiti khususnya yang mengikuti bidang pengajian pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika berucap sewaktu merasmikan <strong>Festival Hala Tuju Kerjaya 2023 \u201cSatu Permohonan, Pelbagai Peluang Pekerjaan\u201d Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)<\/strong>, Pengerusi Majlis Pengetua Kolej-Kolej Kediaman UPSI, Profesor Madya Dr. Mohd Nizam bin Nasrifan berkata mahasiswa-mahasiswi zaman kini tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada peluang pekerjaan mengikut bidang yang dipelajari semata-mata, sebaliknya perlu cakna dalam mencari peluang kerjaya mengikut kemahiran diri masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"417\" height=\"277\" src=\"https:\/\/www.epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/Picture-1-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-9861\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/Picture-1-1.jpg 417w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/Picture-1-1-300x199.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 417px) 100vw, 417px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, katanya, penganjuran Festival Hala Tuju Kerjaya 2023 adalah selari dengan matlamat yang terkandung di dalam aspirasi Pelan Pembangunan Malaysia 2015-2025, iaitu melahirkan graduan yang holistik, menghayati nilai-nilai patriotisme dan jati diri beracuan Malaysia serta menguasai kemahiran insaniah dalam memenuhi kebolehpasaran kerja.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai gimik perasmian Nizam memecahkan bongkah ais mengandungi poster mini festival tersebut bagi memeriahkan majlis perasmian Festival Hala Tuju Kerjaya 2023 yang berlangsung di Dewan Harun Aminurrashid pada 21 Jun 2023 yang lalu.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Festival ini yang dihadiri oleh 500 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Wisma PERKESO Perak, para majikan dan agensi tapak pameran dunia kerjaya, mahasiswa-mahasiswi UPSI dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK Khir Johari Tanjong Malim turut menyaksikan persembahan nyanyian bertenaga daripada saudari Shahazwani Nafisha binti Shahrul Nizam, pelajar semester 3 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik dari Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu Pegawai Perhubungan Majikan PERKESO Tapah, Encik Amir Syazwan bin Mohamad Roslan dalam ucapannya berkata festival anjuran UPSI ini dilihat mampu mengurangkan isu lambakan graduan yang menghadapi masalah pengangguran yang semakin meruncing pada masa kini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagaimana perancangan program ini telah bermula sejak Disember tahun lalu, program ini pasti memberi impak yang cukup positif kepada hadirin yang hadir mencari peluang pekerjaan pada hari ini dan pasti ramai yang bersyukur tanpa kita sedari,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full is-style-default\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"304\" height=\"275\" src=\"https:\/\/www.epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/Picture-2.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-9862\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/Picture-2.jpg 304w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/Picture-2-300x271.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 304px) 100vw, 304px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Pengetua Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) merangkap penasihat program, Dr. Hj. Che Anuar Che Abdullah berkata festival ini dilihat mampu memberikan pendedahan luas khususnya kepada pelajar-pelajar KHAR dari segi aspek pengurusan dan perancangan kerjaya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAdalah diharapkan supaya program dengan kerjasama pihak PERKESO ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,\u201d ujar beliau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh: MOHD FADHLI BIN ROSLI &amp; FARAH ADILLA AZIM TANJONG MALIM \u2013 Peluang pekerjaan yang meliputi pelbagai bidang kemahiran dilihat mampu memberikan sinar kebolehpasaran kepada para graduan universiti khususnya yang mengikuti bidang pengajian pendidikan. Ketika berucap sewaktu merasmikan Festival Hala Tuju Kerjaya 2023 \u201cSatu Permohonan, Pelbagai Peluang Pekerjaan\u201d Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Pengerusi Majlis [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":9861,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[49,29,149,136],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9859"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9859"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9859\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9872,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9859\/revisions\/9872"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9861"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9859"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9859"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9859"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}