Tanjong Malim, 20 April 2026 – Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Sesi Serahan Sumbangan kepada Jemaah Haji UPSI bagi tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat BC 2-7, Bangunan Canselori KSAJS.
Majlis ini diadakan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan universiti melalui WEZAS dalam membantu kebajikan warga UPSI yang bakal menunaikan ibadah haji.
Seramai 10 orang jemaah haji telah menerima sumbangan dengan peruntukan sebanyak RM2,500 sebagai saguhati sebagi simbol keperihatinan UPSI dalam menjaga Kebajikan dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan kakitangan serta sebagai dorongan dalam melaksanakan rukun Islam kelima dengan lebih sempurna.
Senarai penerima sumbangan adalah seperti berikut:
- Dr. Ruaibah Yazani binti Tengah
- Profesor Dr. Mohd Nizam bin Nasrifan
- Profesor Madya Dr. Sharul Effendy bin Janudin
- Dr. Md Azman bin Shahadan
- Profesor Madya Dr. Siti Rahaimah binti Ali
- Cik Puteri Khairul Syafida binti Megat Khas
- Profesor Madya Dr. Muhammad Bazlan bin Mustafa
- Profesor Dr. Ramlee bin Mustapha
- INSP / PB Siti Suriana binti Yahya
- Dr. Raja Ahmad Shalaby bin Raja Hassan
Sesi serahan ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Md Amin Md Taff, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Professor Dr. Suriani Abu Bakar Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Norkhalid Salimin, serta barisan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU).
Dalam ucapannya, Profesor Dato’ Dr. Md Amin Md Taff telah menyampaikan pesanan dan perkongsian kepada para jemaah haji agar sentiasa menjaga adab, kesihatan serta memanfaatkan peluang beribadah di Tanah Suci dengan sebaiknya.
Beliau turut berharap agar para jemaah memperoleh keberkatan dan barakah yang berpanjangan walaupun setelah kembali ke tanah air.
Penganjuran majlis sebegini merupakan sebahagian daripada aspirasi BITARA yang digarapkan menerusi penghayatan JIWA UPSI, merangkumi JIWA Ketaqwaan, Keinsanan, Kekeluargaan, Kecemerlangan dan Jiwa Pendidik.
Ini diterjemahkan denggan cara UPSI meraikan Jemaah haji yang terpilih pada tahun ini. Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua dan memohon agar mendoakan untuk UPSI sepanjang berada di tanah suci.

Sementara itu, Pengarah WEZAS, Profesor Madya Dr. Mohd Abdul Nasir Abd Latiff, turut merakamkan ucapan selamat menunaikan ibadah haji serta menasihati para jemaah agar sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal, di samping memperbanyakkan doa agar dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci.
esempatan yang ada perlu digunakan dengan sebaiknya bagi menyempurnakan ibadah haji kerana peluang sebegini sangat sukar diperoleh mutakhir ini di samping kos perbelanjaan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Diharapkan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada para jemaah dalam membuat persiapan rapi sebelum berangkat ke Tanah Suci, di samping mendoakan agar mereka dikurniakan haji yang mabrur.
WEZAS akan terus komited dalam memperkasakan kebajikan dan kesejahteraan warga universiti melalui pelbagai inisiatif berteraskan wakaf, zakat dan sedekah demi kemaslahatan bersama.

