TANJUNG MALIM, 10 OKTOBER 2026 – Program FITIK Kolej Za’ba telah dilaksanakan pada pagi Sabtu dengan penglibatan para pelatih daripada skuad Senior dan Inter. Program dimulakan dengan sesi panggil nama roll call bagi memastikan kehadiran serta kesiapsiagaan semua pelatih sebelum bergerak menjalankan aktiviti FITIK di sekitar kawasan kolej dan kawasan kediaman masing-masing. Kehadiran pelatih seramai 90 orang .
Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pelatih tentang kepentingan menjaga kebersihan, kekemasan dan kesejahteraan persekitaran kolej kediaman. Melalui aktiviti ini, para pelatih berpeluang untuk bersama-sama memastikan kawasan kediaman sentiasa bersih, teratur dan selesa untuk didiami.
Selain itu, program ini turut memberikan manfaat dalam membentuk sikap bertanggungjawab, meningkatkan semangat kerjasama serta memupuk disiplin dalam kalangan pelatih. Aktiviti seumpama ini juga dapat mengeratkan hubungan antara pelatih melalui usaha bersama dalam menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran kolej.


Diharapkan agar program ini bukan sekadar menjadi aktiviti rutin, malah dapat menyemai kesedaran yang berterusan dalam diri setiap pelatih untuk menjaga kebersihan kawasan kediaman masing-masing. Setiap pelatih memainkan peranan penting dalam memastikan Kolej Za’ba kekal sebagai persekitaran yang bersih, selamat, selesa dan kondusif.
Semoga semangat kerjasama dan tanggungjawab yang diterapkan melalui program ini dapat diteruskan dalam kehidupan seharian. Kebersihan merupakan tanggungjawab bersama, dan perubahan yang besar bermula daripada tindakan kecil setiap individu.
