UPSI, 8 September – Pilihan Raya Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris berjalan dengan lancar dengan hampir 75 % pelajar turun membuang undi.
Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata, proses mengundi bermula pada jam 9.05 pagi dan berakhir pada jam 5.05 petang dengan jumlah hampir 75% pelajar turun untuk mengundi.
“Jumlah itu disebabkan oleh ramai calon yang menang tanpa bertanding iaitu 19 calon selain ramai pelajar yang masih bercuti kerana masih pada awal semester serta akan menyambut perayaan. Selain itu, terdapat juga pelajar yang sedang mengikuti latihan mengajar juga tidak dapat kembali untuk menunaikan tangungjawab.”
“Walau bagaimanapun, jumlah ini boleh diterima dan keputusan ini hampir sama seperti tahun lepas iaitu calon yang bertanding pada tahun 2015 masih bertanding untuk tahun ini termasuk juga muka-muka baharu” katanya.
Beliau turut berharap wakil yang menang pada tahun ini dapat memberi perkhidmatan yang baik kepada rakan mereka.
“MPP pada tahun lepas juga menjalankan tugas dengan begitu baik. Selain berjumpa dengan pengurusan universiti dan kami memberikan apa jua bantuan yang diperlukan untuk memastikan kehidupan dan kebajikan pelajar dalam kampus menjadi lebih mudah dan selesa dengan adanya rakan perwakilan yang membantu dalam banyak perkara,” ujarnya.