UPSI, 20 Mei – Kira-kira 700 warga UPSI yang terdiri daripada kalangan pelajar dan kakitangan memenuhi perkarangan tempat letak kereta Pusat Pelajar bagi menyaksikan siaran langsung Perlawanan Akhir Piala FA 2017 antara Kedah menentang Pahang.
Sekali gus menjadikan suasana pada malam itu gamat dengan sorakan para penyokong Hijau Kuning dan Tok Gajah yang hadir memberi sokongan kepada pasukan kegemaran masing-masing.
Program yang dibawakan oleh Pusat Kebudayaan sebagai salah satu program berkonsepkan “Pusat Kebudayaan bersama Warga UPSI & masyarakat sekitar” itu turut dihadiri oleh Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Md Amin Md Taff.
Turut disediakan minuman percuma kepada penonton, busking, dan gerai jualan makanan bagi memeriahkan majlis.