_MG_8767-1

Gambar: Mohd Reduan Ibrahim

UPSI, 1 Jun-Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran  menyeru pelajar baharu diploma ambilan Mei 2017 supaya  memanfaatkan peluang menuntut ilmu dan menimba pengalaman semasa berada di kampus sepanjang pengajian anda.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ikrar Pelajar Baharu Diploma ambilan Mei 2017  di Dewan Besar, Kampus Sultan Azlan Shah.

Berucap di hadapan lebih 700 pelajar baharu berkenaan Mohammad Shatar berharap mereka akan berusahalah dengan gigih agar dapat mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki termasuk menjadi penerima Anugerah Dekan setiap semester. Letakkan sasaran menjadi pelajar yang cemerlang (dengan PNGK 3.70 ke atas).

 “Sentiasalah mempertajamkan kemahiran insaniah yang diperlukan oleh majikan seperti kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, bekerja dalam pasukan, boleh memimpin dan berkeupayaan menyelesaikan masalah,” katanya.

Malah, beliau  menyarankan agar pelajar mencari pensyarah-pensyarah/mentor yang  diamanahkan untuk membimbing mereka  jika bermasalah dalam hal ehwal akademik dan diyakini dengan anda rajin berjumpa dengan pensyarah mentor dan dibimbing dengan baik, mereka mampu bergraduat sebagai pelajar cemerlang.

_MG_8798

Pelajar baharu berkenaan akan mengikuti pengajian Diploma Sains, Diploma Sains (Matematik), Diploma teknologi Makmal, Diploma Sains Sukan & Kejurulatihan, Diploma Muzik,  Diploma Tari, Diploma Teater, Diploma Bahasa Inggeris, Diploma Rekabentuk dan Pembangunan Permainan, Diploma Keusahawanan, Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak serta Diploma Sains Komputer (Komputeran Internet).

Terdahulu pelajar baharu mendaftar di Kolej Harun Aminurrashid dan Kolej Ungku Omar sekali gus menginap di kedua-dua  kolej berkenaan yang terletak di Kampus Sultan Azlan Shah.

Beliau berkata pelajar perlu memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan  dan frasarana di kedua-dua kampus sedia ada ini termasuk di kolej-kolej kediaman yang selesa dan sentiasa dibuat penambahbaikan demi keselesaan semua mahasiswa.

Tambah beliau lagi UPSI mengambil inisiatif melahirkan pelajar UPSIBEST iaitu cemerlang 2A (Akademik dan Akhlak),  mengadakan transformasi pedagogi di setiap fakulti, mengembalikan kegemilangan UPSI sebelum ini, sebagai “premier education university in this region”, melengkapkan pelajar dengan  Kemahiran Insaniah (7 softskill) dan 10 atribut kemahiran abad ke-21 serta pelajar akan diterapkan dengan kemahiran lain seperti keusahawanan dan kesukarelawanan yang bakal melahirkan pelajar UPSI yang berbeza daripada graduan universiti awam lain, serta menjadi calon pilihan majikan.

 

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan