DSC_4103Kuala Lumpur, 24 April-Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran menerima  Anugerah  Sumbangan Cemerlang  Kepada Pendidikan sempena majlis penganugerahan  The Golden Globe Tigers  Award 2017.

Anugerah yang diadakan di Hotel Pullman, Kuala Lumpur itu disampaikan oleh  World CSR Day  & World Sustainability yang berpangkalan di Mumbai, India menerusi pengasasnya, Dr. R. L. Bhatia.

Mohammad Shatar yang mewakili  UPSI menerima anugerah berikutan sumbangan besarnya dalam dunia pendidikan dan pembangunan kemahiran insaniah  dalam bidang berkenaan.

Beliau yang memulakan tugas sebagai Naib Canselor UPSI pada 24 Februari lalu, adalah penceramah motivasi berkaitan pembelajaran dan kecemerlangan, kepimpinan, keibubapaan  serta masalah sosial yang menyampaikan lebih 700 ceramah motivasi.

Mohammad Shatar sebelum ini pernah menerima anugerah Extra Ordinary Perfomance Award dari Iowa State University,  Anugerah Personaliti Media 2010, Anugerah Akademik Negara  Bidang Pengajaran  2011  selain menjadi pakar rujuk soft skills  dari lebih 20 agensi kerajaan.

DSC_4115

Beliau berkata anugerah yang diterimanya itu mendorong  untuk bersungguh-sungguh  membangunkan UPSI sebagai universiti pendidikan nombor satu di rantau ini.

 “UPSI memiliki pelbagai prasarana lengkap serta kepakaran dan diyakini  usaha menjadikan graduan UPSI diberi keutamaan dalam pasaran kerjaya akan dicapai,” katanya.

Turut menerima anugerah, Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Prof. Madya Zaharul Lailiddin Saidon  yang membawa pelbagai kejayaan kepada UPSI melalui muzik yang dijana oleh pelbagai persembahan kontemporari dan tradisional.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)