edukit

Tanjong Malim, 28 November – UPSI cipta alat pengukur kecergasan yang dikenali sebagai E-One Digital Measurement (E1-DM).

Inovasi baharu hasil ciptaan pensyarah UPSI, Dr. Mohd Izwan Shahril, Profesor Madya Dr. Norkhalid Salimin dan Muhamad Ikhwan Sansudin, ini dapat membantu guru dan pelatih dalam sesi pelajaran dan latihan.

Dr. Mohd Izwan berkata, E1-DM berfungsi sebagai alat yang mengukur kekuatan otot kaki dan jarak yang ditempuh ketika melompat jauh.

E1 DM mempunyai potensi pasaran yang tinggi kerana dapat menunjukkan durasi masa semasa mengukur, serta senang dikendalikan oleh atlet dan pelajar kerana hanya mempunyai start button, reset button, sensor dan measurement monitor.

Tambah beliau, alat ini boleh dilihat sebagai batu lonjatan dalam membina daya kreativiti pelajar dan pelatih dalam membina lebih banyak alat ukuran yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran dan latihan.

boleh dibawa ke mana-mana tempat sama ada di dalam atau luar kelas, senang difahami, ringan dan serba boleh, harga berpatutan dan berkualiti tinggi, menyenangkan kerja guru dan pelatih sebagai fasilitator.

Tambah beliau, alat tersebut jugak boleh meluaskan cara pengajaran dengan menggunakan cara interaksi dengan objektif pembelajaran, kandungan pengajaran, pengajar/pelatih dan pelajar, menolong pelatih/pengajar ketika mengajar atau melatih, boleh menolong pengajar atau pelatih dalam menjelaskan sesebuah konsep dengan lebih jelas, boleh menjimatkan masa dan pelajar boleh belajar dalam masa yang lebih singkat, serta meningkatkan kreativiti pelajar.

E1 DM pernah memenangi pingat perak pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2017.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan