MAJLIS PELANCARAN INISIATIF MEMPROMOSI AKTIVITI 4P
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TARIKH : 10 MAC 2021 (RABU)
UPSI, 10 Mac – RMIC UPSI telah melancarkan beberapa inisiatif untuk mempromosi aktiviti-aktiviti 4P (penyelidikan, perundingan, pengkomersialan dan penerbitan) pensyarah-pensyarah UPSI. Pelancaran ini bertujuan menguar-uarkan aktiviti 4P ahli akademik UPSI melalui inisiatif-inisiatif berpaksikan aplikasi internet dan media sosial supaya produk-produk penyelidikan dapat dipromosikan dengan lebih efektif dan melangkau sempadan. Inisiatif-inisiatif yang dilancarkan adalah :
UPSI innomart @ shopee – kedai pemasaran produk pengkomersialan secara digital di platform e-dagang Shopee untuk urusan jual beli produk dan perkhidmatan khususnya produk-produk hasil penyelidikan pensyarah UPSI.
e-coffee Table Produk Inovasi UPSI –merupakan sebuah e-book kompilasi produk-produk inovasi yang dihasilkan oleh ahli akademik UPSI. Ia dimuat naik di laman sesawang rasmi RMIC bertujuan menyebarluas informasi tentang produk-produk inovasi kakitangan akademik UPSI.
Official UPSI Edu Innovation @ Youtube – merupakan sebuah platform video interaktif media sosial aktiviti-aktiviti berkaitan 4P yang dihasilkan oleh RMIC, ahli akademik dan pelajar UPSI yang dimuat naik untuk tatapan dan rujukan umum.
Inisiatif-inisiatif ini juga adalah antara usaha RMIC menangani pendemik Covid-19 melalui penggunaan teknologi. Usaha RMIC ini turut dilihat akan dapat membajai semangat warga universiti untuk menghasilkan lebih banyak penyelidikan dan inovasi bagi manfaat masyarakat dan negara, ujar Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff selaku perasmi dalam majlis pelancaran ini yang berlangsung secara dalam talian di aplikasi Facebook.